BAB 6

Horror & Thriller Completed 541

“Selamat datang ke kem remaja 2016. Anda adalah remaja-remaja yang sangat bertuah kerana terpilih untuk menyertai kem remaja pada tahun ini. Bukan semua remaja yang mampu menyertai kem ini. Hanya mereka yang terpilih sahaja. Oleh itu, anda harus bersyukur kerana berada di sini pada hari ini.” Komander Saten memberi sedikit kata-kata aluan sebelum memasuki ke topik utama di dalam taklimat yang sedang berlangsung itu.

Yang terpilih saja? Jadi memang betullah kata mak dan ayah kem ni memang sentiasa penuh. Perlukah aku rasa bangga menghadiri kem ni atau sebaliknya? Mungkin aku boleh canang pada rakan-rakan sekolah nanti yang aku dah sertai kem ni berbanding mereka sama ada berpeluang atau tidak. Ha ha ha .... Terselit satu niat di dalam diri Mustapha . Mahu juga rasa bangga selepas balik dari kem remaja itu nanti.

“Baiklah, mari kita lakukan sedikit sesi taaruf sebelum kita lakukan apa-apa aktiviti selepas ini. Nama saya Komander Saten yang akan menerajui kem remaja ini selama dua minggu. Inilah adalah barisan guru-guru yang akan bersama-sama saya dan kamu semua di dalam sesi kali ini,” lalu Komander Saten memperkenalkan barisan pendidik yang akan membimbing mereka sehingga ke akhir sesi.

“Kita akan ada banyak lagi aktiviti selepas ini. Saya tahu kamu semua baru sahaja sampai dan kami akan hantar kamu semua ke dorm masing-masing untuk berehat seketika menunaikan kewajipan kita pada Yang Maha Satu, kemudian kita akan turun makan dan terus ke dewan ini semula. Kita akan mulakan sesi yang sebenar. Kami akan memecahkan anda semua kepada beberapa kumpulan dan sesi memperkenalkan diri masing-masing akan dilakukan bersama-sama kumpulan. Kamu semua akan membentuk nama kumpulan, misi dan visi kumpulan serta akan lakukan apa-apa saja aktiviti bersama-sama kumpulan. Faham semua?” Komander Saten ingin mendengar balasan daripada mereka yang hadir ke kem remaja itu.

“Faham komander.” Laung mereka ramai-ramai.

Komander Saten mengukir senyuman kepuasan. Dia juga amat berharap agar mereka semua dapat mengikuti sesi latihan di dalam kem ini tanpa ada sebarang masalah. Selama dia mengendalikan kem remaja ini, tidak pernah ada lagi peserta yang membuat hal. Dia yakin, kali ini juga para pesertanya terdiri daripada mereka yang sangat bagus keperibadiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience