BAB 5

Thriller Completed 545

“Kalau berlarutan sebulan macam mana mak? Mak sanggup tak jumpa Mustapha selama sebulan?” Mustapha tidak puas hati dengan keputusan emaknya yang tidak langsung mahu bersimpati atau termakan dengan pujuk rayunya. Dia juga tidak tahu kenapa emaknya begitu degil untuk menuruti kehendak hatinya. Selalunya Puan Hazura tidak begini.

“Sekolahkan cuti selama sebulan? Jadi, takkan ada masalah buat Mustapha jika kem ni berlarutan selama sebulan. Mak akan tahan rasa rindu mak pada Mustapha sampai Mustapha pulang. Mak janji akan tunggu Mustapha . Mak sendiri akan jemput Mustapha sebaik saja sesi kem Mustapha tamat. Ya sayang?” Masih lembut bicara Puan Hazura walaupun ada nada tegas di dalamnya.

Mustapha sudah putus asa untuk memujuk Puan Hazura lagi. Dia tahu walau apa pun dia cakap, Puan Hazura tidak akan menaruh simpati pada dirinya. Mustapha mengeluh hampa. Nampaknya mahu atau tidak, suka atau tidak dia harus jalani sesi kem remaja ini sehingga bertemu ke waktu penamat. Dia amat berharap agar dia mampu bertahan selama dua minggu. Dia tidak tahu bagaimana perjalanan hidupnya di dalam kem ini. Mudah-mudahan dipermudahkan semuanya. Itulah doa Mustapha di dalam hati.

“Mustapha , ayah dah selesai daftarkan nama Mustapha dalam kem ni. Pergilah jumpa komander Mustapha di sana. Ada taklimat akan diberikan kepada peserta kem. Nanti ayah dan mak akan jemput Rudi dua minggu lagi. Mudah-mudahan Mustapha dapat manfaat dengan segala pembelajaran di dalam kem ni nanti. Ayah amat berharap sangat agar Mustapha akan berubah. Belajarlah sesuatu yang tidak dapat di sekolah mahupun di rumah. Jangan degil sangat. Dengar cakap ketua Mustapha .” Encik Saifuddin menggosok-gosok kepala Mustapha sebagai memberi semangat sebelum memeluk anak muda itu.

Mustapha menarik muka ketika bersalaman dan berpelukkan dengan emak dan ayahnya. Dia memandang jauh ke kem remaja itu, entah apalah nasibnya ketika berada di sana. Mudah-mudahan dia dapat bergaul dengan mereka semua walaupun dia tidak suka bercampur dengan golongan bahawahan tetapi di kem remaja ini sudah pasti tidak mengira sama ada golongan atasan mahupun sebaliknya kerana mereka semua sama sahaja. Mustapha memejam matanya seketika sebelum melangkah kaki ke sana. Hatinya dipukul ombak rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Namun, dia harus tempuhi juga walau apa pun berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience