BAB 15

Thriller Completed 545

“Kau tengah tuduh akulah ni yang tarik selimut kau?” Bahar menggosok-gosok matanya. Masih cuba menghadam apa yang sedang diperkatakan oleh Mustapha .

“Ya. Aku tahu kau saja buat macam tu supaya aku percaya yang hantu tu wujud.” Mustapha mencekak pinggangnya sambil memandang tepat ke wajah Bahar .

“Apa faedahnya aku buat macam tu? Kita sama-sama penat kot, Mustapha . Tak ada kerja aku nak bangun tengah-tengah malam tarik selimut kau. Aku tengah tidur kot ni. Entah-entah kau yang reka cerita untuk kenakan aku, kan? Sudahlah Rudi, pergi tidur. Esok nak bangun pagi.” Bahar terus tarik selimut semula tanpa mempedulikan Mustapha .

“Amboi, amboi. Sedapnya mereka tidur selepas kacau aku. Kau orang ingat aku akan percaya ke hah? Jangan harap. Aku akan buktikan yang kau orang punya angkara. Esok aku akan mengadu pada Komander Saten biar kau orang yang kena.” Mustapha bertekad di dalam hati.

Lampudorm ditutup semula dan Mustapha kembali tidur. Dia sudah lelah hendak melayan kerenah mereka. Gara-gara dia seorang habis semua peserta kem remaja terjaga dari tidur. Nasib baiklah Komander Saten tidak datang menjengah. Kalau tidak, masak mereka didenda esok pagi. Mustapha ! Mustapha !

Sedang enak dibuai mimpi, tiba-tiba tubuh Mustapha ditolak dengan kasar sehingga jatuh dari katil atas sehingga katil bawah. Menjerit kesakitan Mustapha diperlakukan sedemikian rupa. Sekali lagi amarahnya terjentik tetapi kali ini dia tidak boleh tahan dengan permainan kasar yang diciptakan mereka.

“Hoi! Apa main tolak-tolak aku ni? Ingat aku tak sakit ke tolak macam tu? Kalau kepala aku terkena bucu katil ni macam mana? Siapa yang nak bertanggungjawab?” Sekali lagi suara Mustapha bergema di dalam dorm itu.

Terbeliak mata Mustapha memandang sesuatu yang sedang menyeringai di hadapan wajahnya. Muka makhluk itu sangat hodoh dan berbulu bagaikan seekor haiwan. Giginya yang runcing tajam melelehkan air liur membuatkan Mustapha terpana dalam kegelian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience