BAB 25

Horror & Thriller Completed 541

“Hei, Mustapha . Kau tak mandi lagi?” Bahar yang baru pulang dari tandas terus menegur Mustapha .

“Belum. Aku nak mandilah ni.” Mustapha mula menggalas tualanya walaupun mata masih melihat pada Bahar yang sedang menyidai tualanya di tepi katil.

“Kau cakap dengan siapa tu? Dari semalam aku tengok kau bercakap dengan seseorang.” Bahar sudah tidak tahan lagi dengan gelagat Mustapha lalu bertanya kepada tuan tubuh setelah mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian.

“Lah, takkan kau tak nampak Izzani kot? Dia kan ada dengan kita dalam dewan semalam? Dia kan tinggal atas katil atas bertentangan dengan aku?” Mustapha semakin pelik dengan kejadian-kejadian yang menimpa dirinya di kem remaja itu.

“Izzani ? Kau jumpa dengan Izzani ?” Bahar inginkan kepastian.

“Yalah. Kau pun ada cakap dengan Izzani semalam, kan? Aku nampak kau berbual-bual dengan Izzani .” Ni apa hal pula tiba-tiba tak nampak Izzani ? Gumam Mustapha di dalam hati.

“Mustapha , aku rasa kau telah dipermainkan. Izzani yang kau jumpa tu tak wujud. Izzani dah lama meninggal dunia. Izzani adalah peserta kem tahun lepas yang lemas di kolam ikan belakang dorm kita ni.” Terang Bahar membuatkan mata Mustapha terbeliak.

Kalau Izzani dah meningal, dengan siapa pula yang selalu dia berbual? Mustahil dalam waktu yang singkat dia mengalami pelbagai perkara mistik. Dia sudah tidak dapat menerima lagi dengan permainan kem itu.

“Kalau Izzani dah meninggal, kat depan kita ni siapa?” Mustapha menghala bebola matanya menghadap Izzani tetapi wajah Izzani sudah tiada diganti dengan wajah yang tidak dikenalinya.

“Dari semalam aku yang layan kau. Tapi kau tak habis-habis panggil aku Izzani sedangkan nama aku Iemran Iesmail. Dari semalam aku cuba beritahu kau tapi kau masih panggil aku Izzani . Aku yang duduk bertentangan dengan kau bukannya Izzani .” Iemran Iesmail barulah ada peluang berterus-terang dengan Mustapha tentang namanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience