BAB 21

Thriller Completed 545

“Kenapa kamu keluar tengah-tengah malam dan pergi kat tengah hutan tu? Kamu kan tahu bahawa tiada seorang pun peserta kem ini yang dibenarkan merayau pada waktu malam. Bahaya.” Tajam pandangan Komander Saten memanah wajah Mustapha .

Sekali lagi Mustapha menelan liurnya. Haruskah dia berterus-terang dengan apa yang berlaku? Jika tidak berterus-terang dia pasti Komander Saten akan terus-terusan menyalahkan dirinya.

“Sebenarnya saya tak merayau komander.” Mustapha cuba bersuara untuk mempertahankan dirinya.

“Kalau kamu tak merayau, jadi apa yang kamu buat di tengah-tengah hutan tu?” Masih tajam pandangan Komander Saten kepada Mustapha .

“Saya telah diheret keluar dari dorm oleh makhluk berbulu. Dia tinggalkan saya di tengah-tengah hutan tu sebelum menghilang diri. Kemudian, saya dengar orang kawad dan ketika itulah askar-askar Jepun itu datang pada saya.” Jelas Mustapha dalam takut-takut.

Komander Saten tidak lagi memandang tajam malah dia menghamburkan ketawa pula. Pelik sungguh Mustapha melihat tingkah Komander Saten itu.

“Mana ada makhluk berbulu di sini atau askar-askar Jepun? Kamu mesti mengigau. Sudah, lain kali jangan merayau lagi kerana kamu tidak tahu apa yang ada di luar sana.” Pesan Komander Saten .

Berkerut dahi Mustapha memandang Komander Saten . “Memang komander tak nampak ya askar-askar Jepun tu?” Mustapha inginkan kepastian.

“Kenapa mereka nak bunuh saya sedangkan saya tak buat salah? Saya cuma nak balik ke dorm saya semula. Apakah tu menjadi kesalahan bagi mereka?” Mustapha bersuara lagi memandangkan Komander Saten masih menguncikan suaranya.

“Pergi balik kedorm kamu. Lain kali jangan merayap keluar dari dorm pada waktu-waktu macam ni kerana apa yang kamu lihat tidak semestinya benar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience