BAB 7

Thriller Completed 545

Mustapha yang duduk di bahagian tengah hanya mencebik melihat riak kepuasan yang terlukis di wajah Komander Saten . Di dalam hati terbetik satu niat untuk menghuru-harakan kem remaja itu sebagai menunjukkan tanda protes terhadap ibu bapanya. Sudah pasti apa yang akan dilakukannya menjadi lebih menarik. Mungkin dia boleh mencetuskan suasana huru-hara dengan menyamar sebagai hantu. Ha ha ha ... Mustapha ketawa di dalam hati dengan niat yang dipasang. Sebenarnya dia hendak mengecewakan Encik Saifuddin yang telah mencampakkannya ke dalam kem ortodoks ini.

“Assalamualaikum. Awak ni nama apa? Saya Bahar .”

Dalam keasyikkan memasang angan-angan, Mustapha telah ditegur oleh seorang remaja yang duduk di sebelah kanannya. Remaja yang mengenalkan dirinya sebagai Bahar telah menghulurkan tangan untuk berjabat sebagai tanda perkenalan.

Mustapha serba-salah pada mulanya hendak menyambut huluran salam itu kerana dia ke sini bukan untuk bersahabat dengan siapa-siapa tetapi kalau dia tidak berjabat tangan dengan Bahar , dia takut dia tidak mempunyai teman bicara langsung. Sekurangt-kurangnya Bahar boleh membantu dirinya dalam melaksanakan suasana huru-hara. Mustapha tersungging senyuman sinis.

“Mustapha . Panggil Mustapha . Saya tak suka panggilan nama saya ditukar kepada panggilan nama lain.” Begitu sombongnya Mustapha memperkenalkan dirinya.

Bahar hanya mengangguk-angguk faham dan mereka saling berjabat tangan. Senyuman Bahar tampak ikhlas tetapi bukan Mustapha .

“Saya Izzani . Panggil Sab.” Rakan yang duduk di sebelah kiri Mustapha pula memperkenalkan dirinya.

Sekali lagi Mustapha terpaksa menyambut huluran tangan itu. Dia akan belajar bersahabat dengan mereka yang tidak setaraf dengannya demi kepentingan dirinya selama berada di kem remaja ini. Sebaik sahaja keluar dari kem ini, dia akan melupakan mereka. Itu niatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience