“Mustapha harus kena sekali barulah dia akan percaya yang hantu tu wujud bukan hanya rekaan semata-mata. Tidak malam ni, esok atau lusa pasti dia akan kena juga. Dia terlalu takbur, ego dan sombong. Aku nak tengok juga bagaimana reaksi dia bila diri sudah terkena kelak.” Hiliran Bahar pula tersenyum sinis.
“Ya. Kem ni sangat keras dan tak boleh cakap sembarangan. Kalau ada rezeki Mustapha , dia akan alami apa yang dia tidak percaya.” Izzani mengangguk-anggukkan kepalanya sebelum menuju ke almari semula untuk mengambil tuala.
Mustapha yang mengintai dua orang sahabatnya sedang berbicara masih tersenyum sinis.
“Suka hati kau oranglah nak percaya yang hantu tu wujud tapi aku tetap tak percaya.”
NuMustapha m terus masuk ke dalam salah sebuah bilik mandi yang kosong.
MUSTAPHA sedang enak dibuai mimpi pada malam pertama dia berada di kem remaja. Walaupun katil yang disediakan tidak seempuk katil di rumahnya tetapi dia masih boleh lena kerana keletihan yang menyapa. Dengkuran halus Mustapha kedengaran menghiasi suasana malam tetapi siapa pun tidak terganggu dengan dengkuran itu kerana masing-masing juga sangat letih.
Mustapha tidak sedar diri sebaik sahaja kepalanya mencecah bantal. Hendak berbual juga sudah tidak mampu apabila kelopak matanya terus sahaja terpejam. Dalam berbual ringkas dengan Izzani , Mustapha terus terlena. Mungkin dia tidak pernah menghadiri mana-mana kem seumpama ini membuatkan tubuh Mustapha tidak dapat menampung pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Sedang enak lena, selimut Mustapha ditarik perlahan-lahan sehingga terlurut dengan sendirinya. Nyamuk-nyamuk yang berkeliaran, apa lagi terus hinggap di betis Mustapha dan menghirup darah anak muda itu sepuas-puasnya. Tidur Mustapha terganggu dengan gigitan nyamuk yang semakin ganas.
Berdepuk. Berdepak. Mustapha memukul nyamuk-nyamuk yang tidak diundang itu dan menggaru-garu kakinya. Dia bangun dalam keadaan mamai dan menarik selimutnya semula dan menyambung kembali tidur.
Share this novel