BAB 11

Horror & Thriller Completed 541

“Kau jangan terlalu takbur sangat Mustapha . Karang dia muncul betul-betul di hadapan kau, baru kau lari tak cukup tanah. Benda-benda halus macam ni memang pantang dicabar maka akan muncullah dia.” Bahar cuba meruntuhkan tembok keegoan Mustapha .

Bertambah sinis cebikan yang dipamerkan oleh Mustapha akan bicara yang terluah dari dua ulas bibir Bahar .

“Sudahlah Bahar , tak perlu kau meyakinkan aku yang hantu wujud. Rancangan-rancangan yang menyiasat akan kewujudan hantu tu semua pembohong. Saja aje mereka hendak pancing penonton agar menggemari rancangan mereka. Entah-entah yang kena rasuk tu, berlakon saja. Aku memang tak percayalah benda-benda macam ni semua. Bomoh-bomoh tu semua, kau orang ingat mereka telus ke dalam perubatan, tipulah. Semua nak cekau duit saja.” Mustapha membentangkan pula hujah-hujahnya membuatkan Bahar dan Izzani terdiam seketika.

“Haa .. satu lagi, makhluk-makhluk halus ni takkan muncul dengan orang yang berani macam aku. Mereka hanya akan muncul pada orang yang lemah semangat dan penakut macam kau orang berdua ni. Sudahlah. Aku nak pergi mandi ni,” sambung Mustapha menamatkan bicaranya. Dia tidak suka membincangkan tentang hal-hal yang tidak logik kerana dia berpaksikan pada sains dan teknologi, maka dengan itu baginya hantu-hantu ni semua memang tidak wujud. Manusia yang sengaja mengada-adakan cerita tentang kewujudan hantu hanya untuk menakut-nakutkan keadaan.

Bahar memandang jauh ke hadapan. Begitu juga dengan Izzani . Mata mereka bertentangan seakan berbicara sesama sendiri.

“Kau percaya pada kewujudan hantu?” mata Bahar masih memandang jauh ke hadapan.

“Ya aku percaya pada pada kewujudan makhluk halus ni kerana dalam al-Quran sendiri menyatakan tentang kewujudan mereka dan juga jin.” Izzani menjawab pertanyaan Bahar .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience