BAB 19

Horror & Thriller Completed 541

Lalu askar Jepun itu menembak di kaki Mustapha agar berhenti berlari. Mereka benar-benar kotakan apa yang mereka lafaz. Mereka tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa jua yang degil. Apa yang mereka atur hendaklah dituruti sama ada suka ataupun tidak.

“Aduh!” Mustapha memandang pada betis kakinya yang sudah mula mengalir darah pekat. Hendak bangun pun amat sukar baginya.

“Tak guna punya askar Jepun. Boleh dia tembak aku. Aku akan melawan. Ingat aku ni apa, suka hati saja suruh aku ikut mereka?” Mustapha merungut sambil memegang kakinya yang ditembak.

“Lain kali jangan degil. Aku suruh kamu ikut aku, kamu kena turuti. Aku tidak suka pada orang yang degil. Faham?” Tubuh Mustapha ditujahnya dengan senapang.

Askar Jepun itu berbicara dengan rakan-rakannya di dalam bahasa Jepun yang tidak difahami oleh Mustapha sambil memandang ke arah dirinya. Mereka mengangguk-angguk faham dengan kehendak ketua mereka itu.

“Degil. Pancung! Faham?” itu sahaja yang difahami oleh Mustapha .

Menelan liur Mustapha mendengar perkataan-perkataan itu termasuk perkataan ‘pancung’. Berdebar-debar hati Mustapha saat memandang mereka yang berwajah cengil. Adakah dia akan dipancung? Tapi atas alasan apa dia harus menjalani hukuman itu? Dia tidak bersalah. Dia hanya tidak mahu ikut mereka.

“Kerana kedegilan kamu, ketua kami telah menjatuhkan hukuman pancung ke atas kamu. Ikut kami.” Kata salah seorang askar yang mengiringi ketua askar Jepun itu.

“Tak mau! Tak mau! Aku tak salah apa-apa. Jangan pancung aku. Tolong!” Mustapha menjerit-jerit di tengah-tengah pekatan malam membuatkat telinga askar-askar Jepun itu bingit dengan jeritan Mustapha .

“Diam! Diam! Jika kamu tidak mahu cedera sebelum hukuman pancung dijalankan ke atas kamu.” Pengikut askar Jepun itu mengugut Mustapha .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience