“Mana ada nama Bahar dalam kumpulan kita. Dari semalam aku pandang kau ni pelik Mustapha . Suka benar kau panggil Izzani dan Bahar . Bahar peserta batchyang lalu sebelum kita dah lama meninggal dunia akibat dibuli dengan budak-budak nakal. Batch sebelum kita ni memang semuanya jahat dan susah Komander Saten nak handle.” Jelas Adam Haiqal membuatkan Mustapha menoleh ke arah Bahar .
Ya, memang benar wajah Bahar hancur sebelah akibat dipukul dan dicucuh dengan bara api. Segera Mustapha melepaskan genggamannya dari terus melekat ke tangan Bahar . Beberapa kali dia menelan liur yang menerjah ke rengkungnya.
“Kau pun? Kenapa kau orang permainkan aku macam ni?” Mustapha sudah tidak boleh menerima dengan apa yang dilihatnya.
“Ini kerana kau terlalu takbur dan sombong. Kau kata kau tak takut dengan kami sebab itulah kami muncul dan berdampingan dengan kau supaya kau sedar yang kami juga wujud.” Bahar tersengih memandang Mustapha .
Mustapha berkali-kali meraup wajahnya. Dia tidak menyangka bahawa dia telah dipermainkan dengan sebegitu teruk dengan roh tidak tenteram yang menetap di kem ini.
“Sudahlah Mustapha , jom kita ke dewan. Kita dah lewat ni.” Adam Haiqal mengajak Mustapha untuk menjalankan aktiviti kem pada hari itu.
“Betul ke Komander Saten meninggal semalam?” Mustapha inginkan kepastian.
“Ya. Meninggal akibat serangan jantung. Semua tahu kenapa kau saja yang tak tahu?” tanya Adam Haiqal membuatkan Mustapha menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak percaya dengan apa yang dilihat kerana ia tidak benar-benar wujud. Mustapha bagaikan lembu dicucuk hidung hanya mengikut langkah Adam Haiqal.
Share this novel