BAB 8

Thriller Completed 545

“Mustapha . Panggil Mustapha .” Ringkas sahaja Mustapha memperkenalkan dirinya dan Izzani hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham sebagaimana Bahar .

“Jom Mustapha , kita ke dorm. Kita pilih katil dekat-dekat ya? Baru seronok nak berbual.” Bahar mengajak Mustapha ke dormyang akan menjadi penginapan mereka selama dua minggu.

“Kalau Mustapha katil atas, Bahar katil bawah, saya katil sebelah ya?” Izzani tidak mahu ketinggalan.

“Hmm ...” hanya itu balasan daripada Mustapha . Baginya mereka tidak layak langsung hendak tidur berdekatan dengannya tetapi apa boleh buat, di sini dia tiada pilihan. Dia terpaksa bertahan selama dua minggu. Dia berharap agar dua minggu itu akan cepat berakhir.

MUSTAPHA mengambil katil yang berdekatan dengan almari pakaian senang dia hendak memantau jika ada peserta yang ingin mendajalkannya. Sebagaimana yang dikatakan oleh Bahar dan Izzani , mereka telah memilih katil di bawah dan di sebelahnya. Memandangkan katil itu dua tingkat, jadi Bahar sekatil dengannya sedangkan Izzani duduk di bahagian atas bertentangan wajah dengannya.

Mustapha tidak membuang masa ketika sampai di dorm itu, terus dia memasukkan pakaiannya ke dalam almari dan mengemas dalam sekelip mata. Bahar dan Izzani juga melakukan perkara yang sama.

Izzani memandang Mustapha setelah pakaiannya sudah tersusun rapi di dalam almari. Mustapha perasan dirinya diperhatikan lantas duduk bertentangan mata dengan Izzani . Dia menumpang katil Bahar . Manakala Izzani pula menumpang di katil sebelah. Maklumlah katil mereka di bahagian atas, takkan hendak panjat naik semata-mata hendak berbual sedangkan Mustapha hendak ke tandas untuk bersihkan dirinya sebelum turun ke sesi ceramah yang akan berlangsung.

“Ada apa hal kau tengok-tengok aku ni, Sab? Nak kata kau ada hutang dengan aku, kita baru saja kenal. Tak mungkinlahkan kau ada hutang dengan aku.” Mustapha tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience