BAB 23

Thriller Completed 545

“Adakah kau percaya pada hantu?” tanya Izzani kembali tidak mahu menjawab pertanyaan Mustapha .

Mustapha menarik nafasnya dengan agak panjang sebelum menghelanya kasar. Dia sendiri tidak tahu sama ada hendak percaya atau tidak tetapi apa yang berlaku semalam membuatkan kepercayaannya pada kewujudan entiti atau makhluk halus goyah.

“Mustapha , kau percaya tak pada hantu?” sekali lagi Izzani bertanya setelah lama Mustapha mendiamkan diri.

“Sememangnya aku tak percaya pada hantu tapi apa yang aku alami semalam buat aku hampir-hampir percaya. Aku sendiri tak pasti dengan kepercayaan aku sama ada hendak percaya ataupun tidak.” Mustapha memandang tepat ke wajah Izzani .

“Apa yang kau alami semalam?” Izzani berminat ingin tahu. Sudah pasti apa yang terjadi pada Mustapha sesuatu yang menarik. Jika tidak, remaja lelaki itu takkan mudah hendak percaya pada kewujudan hantu atau makhluk halus. Sukar benar hendak memecah tembok kepercayaannya.

“Aku tak tahu sama ada kau percaya atau tidak. Semalam aku ditarik oleh makhluk berbulu tapi bukan kau kan yang rancang kehadiran makhluk berbulu tu?” Pandangan Mustapha memanah tepat ke wajah Izzani .

“Maaf. Aku tak pernah dengar pula makhluk berbulu ada di sini. Pertama kali aku dengar. Yang pasti bukan aku perancang kehadiran makhluk berbulu tu. Aku ada juga dengar cerita yang makhluk berbulu tu akan muncul pada orang yang tidak percaya pada kewujudan mereka. Tak sangka cerita yang aku dengar bukan omongan kosong.” Izzani membuka suatu cerita baru bisa menambat hati Mustapha yang mendengarnya.

“Apa? Makhluk berbulu tu akan muncul pada orang yang tak percaya pada hantu?” Mustapha inginkan kepastian.

Pantas Izzani mengangguk. “Aku dah lama nak tengok makhluk berbulu tu tapi tak pernah ada peluang.” Izzani tergelak-gelak ketika meluahkan keinginannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience