BAB 6

Romance Series 17652

Anylia menghempas begnya di atas kerusi. Perlakuannya menyebabkan Sarah yang sedang khusyuk membaca buku disebelahnya terkejut .

" Weh , kau kenapa moody pagi-pagi ni ? Terkejut aku . Nasiblah kawan kau yang cantik ni tak ada sakit jantung . " ujar Sarah cuba melawak .

Amylia langsung tidak melayan apa yang Sarah katakan . Dia geram . Fikirannya serabut . Kalau boleh , dia mahu hempas semua benda . Lagi-lagi ustaz Taufik .

" Weh Amy ? Kau okay tak ni ? Kenapa macam marah je ? Kau marah aku ke ? " soal Sarah .

" Tak , aku tak marah kau . Aku marah mama dan papa aku . " ujar Amy .

" Dah kenapa pulak ? "

" Kau tau tak diorang paksa aku kahwin ! " ujar Amylia separa berbisik . Dia tidak mahu rakan sekelasnya yang lain mengetahui perkara tersebut .

" Apa ? Kah ... " Amylia sempat menerkup mulut Sarah .

" Shh , cakap pelan-pelanlah . Kau ingat aku nak ajak satu kelas ke apa ? "

" Sorry . Weh , serious lah . Kenapa tiba-tiba ni ? Oh My God ! Jangan cakap dekat aku kau mengandung . Weh , astaghfirullahhalazim . Kenapa sampai jadi macam ni Amy ? Dah berapa bulan dah anak kau ni ? " Sarah mula melalut . Dia cuba memegang perut Amylia .

Tangan Amy laju memukul tangan Sarah .
" Woi , agak-agaklah . Tak ada angin , tak ada ribut . Takkanlah aku tiba-tiba mengandung . Logik sikit boleh ? "

" Sakitlah Amy ! Manalah tahu kan ? Okay , sekarang ni apa sebab sebenarnya ? "

" Okay , macam ni . By next month , mama dan papa nak pergi haji . And tak ada siapa nak jaga aku so diorang ambil keputusan nak kahwinkan aku dengan seorang ustaz ni . "

" Ustaz ? Weh , kiranya macam cerita Suami Aku Ustaz tu kan ? Weh , sweet gila . " balas Sarah .

Amylia menjentik dahi Sarah .
" Kau ni . Aku tengah serius kan ? Nanti ada yang makan kaki pulak ." gertak Amy .

" Okey , sambung-sambung . "

" Masalahnya , aku tak kenal pun siapa ustaz tu . Jumpa dua tiga kali tu pernahlah tapi tak adalah desperate sangat sampai nak kahwin . Ingat aku ni tak ada iman sangat ke sampai nak kahwinkan dengan ustaz bagai ." luah Amylia .

" Chop , kalau kau kahwin , sekolah kau macam mana ? Takkan nak berhenti kot ? Last year dah wei . "

" Itulah pasal . Puas aku pujuk parents aku , tapi semua tak jalan . Bila aku cakap pasal sekolah , pasal SPM ,diorang kata tak apa , kahwin sorok-sorok . Apa benda entah yang diorang fikir sebenarnya . "
" Dah tu , kau setuju jelah ? " soal Sarah lagi .

" Kau nampak macam aku ada pilihan ke ? Kalau mama bolehlah aku potong tapi ni keputusan papa aku . Apa lagi yang aku boleh buat ? " keluh Amy .

" Tapi kan , handsome tak bakal suami kau tu ? Yelah , kau kan cantik . Takkan kau main terima je kalau muka - muka barai . "

Amylia menjeling Sarah .
" Tak ada benda lain ke kau nak fikir ? Dahlah malas aku nak fikir pasal orang tua tu . Buat semak kepala otak je . "

" Okay , kita tukar topik . Kau tahu kan ustazah Ainin cuti bersalin ? "

" Haah kenapa ? "

" Harini ada ustaz baru yang akan ganti ustazah Ainin tu . Tadi aku ada nampak dia . Sumpah handsome . Dah masuk dalam senarai crush aku . " ujar Sarah teruja .

" Itulah kerja kau . Entah berapa puluh ribu crush yang kau ada . Tak ada ustazah lain ke yang boleh ganti ? Aku kalau dengar nama ustaz ni alergik. "

Belum sempat Sarah menyambung bicaranya , muncul guru kelas mereka Puan Saidatul bersama seorang lelaki tinggi lampai yang memakai songkok .

" Amy , itulah ustaz baru tu ! Ya Allah , handsomenya ! "

Mata Amylia membulat besar .
Ustaz Taufik !

" Okay , assalammualaikum pelajar . Hari ini saya perkenalkan kamu ustaz baru yang akan menggantikan ustazah Ainin . Dan untuk makluman kamu , ustaz ni bukan sahaja guru ganti tapi juga adalah guru tetap di sekolah ini . Jadi , saya harap kamu dapat dengar cakap ustaz ni dan jangan nakal-nakal . Lagi - lagi kamu , Amylia . " Puan Saidatul menuding jari ke arah Amylia .

Amylia hanya berdiri kaku .
Ya Allah , dah tak ada tempat lain ke orang tua ni nak kerja ? Berjuta kot sekolah dekat Malaysia ni .

" Saya tinggalkan kamu semua dengan ustaz ni . Yang pelajar perempuan tu jangan nak mengorat pula ustaz ni . Ustaz ni dah nak kahwin dah bulan depan . "

Kedengaran bunyi hampa dari beberapa pelajar termasuklah Sarah .
Apasal yang terdesak sangat diorang nakkan si ustaz ni? Tak faham aku .

" Okay , assalammualaikum . Nama saya ustaz Taufik Hadi . Kamu semua boleh panggil saya ustaz Taufik . Saya baru lagi kat sekolah ni jadi saya harap kita dapat bekerjasama . Disebabkan harini hari pertama kita berjumpa , feel free to ask anything . "

" Ustaz , umur ustaz berapa ? " soal seorang pelajar lelaki .

" Insha Allah , bulan depan genap 26 tahun . "

" Ustaz , ustaz , betulke ustaz dah nak kahwin ? " soal seorang pelajar perempuan .

" Betullah tu . Saya akan berkahwin pada 26 Ogos iaitu pada hari lahir saya . " jawab Taufik . Matanya melirik ke arah Amylia .

Amy menahan geram .
Apa pandang-pandang orang tua ni ? Yang perempuan tu pun sibuk tanya pasal kahwin ni dah kenapa ? Nak sangat ustaz ni ambil lah .

Loceng berbunyi menandakan waktu agama telah tamat .

" Amy , handsomekan ustaz tu ? Aku dah cakap kau tak percaya . "

Amylia tidak mengendahkan Sarah . Dia memicit-micit kepalanya yang sakit .

" Kau okay tak ni Amy ? Aku nampak kau macam tak suka je ustaz tu . "

" Yes ! Memang aku tak suka . Nak tahu sebab apa ? Sebab dialah bakal suami aku ! " keras suara Amylia namun masih perlahan .

" Alaa , seriouslah weh ? Handsome gila weh ! Aku baru ingat nak jadikan dia crush . Melepas aku ! Untunglah kau . " bebel Sarah .

Amylia bangun dari tempat duduknya dan keluar kelas .

" Lantak kaulah Sarah ! Buat naik darah tinggi aku je fikir pasal dia tu. "

" Eh , Amy . Kau nak pergi mana tu ? "

" Bilik sakit . Aku rasa lepas tengok muka dia tadi sakit kepala otak aku . " balas Amylia dan terus berlalu pergi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience