BAB 25

Romance Series 17652

Taufik menelan air liur. Wajah Amylia dipandang sekilas. Gadis itu hanya tersengih.

Aduh, Amy ni. Orang serius, dia boleh gelak pula.

" Ma, Taufik minta maaf." lembut Taufik. Dia rasa serba-salah pula kepada mak mertuanya namun dalam masa yang sama dia rasa gembira.

Puan Maria memandang wajah Taufik sebelum membuka mulutnya.
" Sekarang ni mama nak tanya, siapa yang goda siapa ni?"

Taufik diam. Wajah Amylia dipandang.

"Taktahu taktahu." jawab Amy main-main.

Spontan mata Taufik terbuntang luas.
Mak aih! Lepas tangan macam tu je?

" Ma, Taufik nak minta maaf sekali lagi sebab dah hampakan mama."

" Taufik, siapa cakap? Mama tak marah pun. Amylia ni kan isteri Taufik. She's yours. Apa hak mama nak halang? Lagipun mama tau Taufik ni amanah, cuma Amy ni je yang gatal!" balas Puan Maria. Matanya melirik ke arah Amylia.

" Hello, tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi okay. " Amylia mempertahankan dirinya.

" Haa, Amy kalau dah mengandung tu, jangan lasak-lasak sangat. Kandungan tu masih baru. " ujar Hajah Rokiah yang sedari tadi hanya membisu.

" Baik umi. Lepasni, tak bolehlah Amy nak merempit. "

" Tengok tu, orang cakap dia main-main." balas Puan Maria.

" Dahlah, kami nak balik dulu. Jadi, Taufik jagakan Amylia ni ye. Dia takboleh discharge lagi sebab badan masih lemah." sambung Puan Maria.

" Ingat Taufik, jaga isteri kamu tu elok-elok. Umi nak balik dah ni. Risau tinggalkan rumah kat kampung tu." ujar Hajah Rokiah pula.

" Cepatnya. Umi taknak tinggal sini lama sikit ke? " balas Amylia pula.

" Bukan umi taknak, tapi itulah. Banyak hal umi kat kampung tu. Lain kali umi datang lagi. Takpun, Amy baliklah kampung. "

" Hm, insha Allah umi. Lepas Amy habis periksa nanti, kami balik kampung ye. " jawab Amylia sambil menyalami tangan wanita itu.

Taufik turut melakukan perkara yang sama.

" Amy, jaga perangai! Jangan nak buat benda tak senonoh dekat sini. Ingat! " tegas Puan Maria.

" Tak janji. " usik Amylia.

" Amy!! "

" Ye. Amy gurau je. " jawab gadis itu sambil ketawa.

Amylia dan Taufik memandang ibu bapa mereka keluar dari bilik sehinggalah hilang dari pandangan.

" Oo, pandai eh lepaskan diri tadi. Biar abang seorang je kena marah dengan mama. Haritu kata lain. " ujar Taufik sambil berjalan mendekati Amylia.

" Eh, yeke? Apa Amy cakap haritu eh? Lupalah. " usik Amylia.

" Tanggung sama-samalah, susah senang bersamalah. Mama baru gertak sikit dah biar abang terkapai seorang. "

" Eh, ada ke Amy cakap macam tu? La, Amy terlupa pula." balas Amylia. Dia tersenyum nakal.

" Oh, lupa. Takpe, abang boleh tolong ingatkan." balas Taufik sambil menggeletek Amylia.

" Abang!! Janganlah geli! Aduh, ampun ampun! Abang!! " jerit Amylia.

" Cik Amylia, ma... " spontan jururawat yang masuk ke dalam bilik Amylia terkedu.

Taufik menghentikan perbuatannya. Muka Amylia pula merah menahan malu.

" Saya masuk tadi, ingat nak tanya okey ke tidak. Tapi, saya tengok dah okey sangat ni. Saya keluar dulu ye. Jangan nakal nakal, sini hospital tau." usik jururawat itu sebelum keluar.

Amylia menjeling Taufik yang membuat muka selamba.

" Kenapa?" Taufik berpura-pura tidak bersalah.

" Abanglah ni! Malu tahu tak! " geram Amylia.

" Taktahu taktahu. " Taufik mengajuk gaya Amylia. Spontan mereka berdua ketawa.

" Amy! Lama lagi ke sayang?" panggil Taufik dari ruang tamu. Hampir setengah jam dia menunggu Amylia bersiap. Perutnya sudah berbunyi minta diisi.

" Kejap kejap. Nak turun ni. " sahut Amylia.

Mendengarkan kata isterinya, dia membaca semula buku di tangannya.

" Okey, dah. Jom abang." panggil Amy.

Mata Taufik terbuntang melihat Amylia yang ayu memakai tudung. Manis sungguh wajah gadis itu.

" Kenapa abang pandang macam tu? Amy salah pakai ke? Kat tutorial tadi macam betul je. Ke muka Amy nampak pelik?" soal Amylia apabila suaminya memandang tanpa berkelip.

" Laa, Amy ke ni? Mati mati abang ingat bidadari syurga datang jenguk tadi." usik Taufik.

Amylia mencebik.
" Main mainlah abang ni. Cakaplah, okey ke tak? "

" Demi Allah sayang, tak pernah abang jumpa perempuan cantik macam ni. Rasa macam nak simpan je dalam peti besi. Tak bagi orang lain tengok betapa cantiknya isteri abang ni."

Jawapan Taufik membuatkan Amylia tersipu malu.
" Ish, ada-ada jelah abang ni. Jomlah pergi makan. Malas layan abang ni. " balas Amylia lalu berjalan meninggalkan Taufik.

Taufik mengucapkan kata kesyukuran kepada Allah kerana telah membuka pintu hati isterinya untuk berhijab.

Terima kasih ya Allah. Apa yang kau kurniakan kepada ku cukup sempurna.

Sesampainya di bahagian parking mall, Taufik masih lagi tidak lekang memandang Amylia.

"Abang, sudahlah tu. Malulah Amy macam ni." ujar Amylia.

"Abang dah cuba, cuma mata abang ni haa. Susah sangat nak jaga. Asyik nak pandang Amy je."

"Ee, gatalnya! Malaslah layan! Abang duduk dalam kereta ni seorang. Amy dah lapar! Baby pun dah lapar!"

" Ala, garangnya sayang abang ni. Okey, jom pergi makan. Kasihan sayang sayang abang ni." ujar Taufik sambil keluar dari kereta bersama Amylia dan menuju ke pintu masuk mall.

" Ya Allah, sayang. Abang tertinggal telefonlah dalam kereta. Sayang tunggu sini kejap tau. "

" Itulah, main-main lagi. Cepat ambil. Amy dah lapar sangat ni. "

" Dua minit je." balas Taufik sambil menuju ke kereta yang diparkir.

Amylia memandang kiri dan kanannya yang sunyi. Dia terasa seperti ada seseorang yang sedang memerhatikannya. Bila dilihat, tiada sesiapa. Amylia meraba tengkuknya. Dia betul-betul rasa seperti ada yang mengekorinya.

" Dah sayang, jom." Kemunculan Taufik secara tiba-tiba, membuatkan Amylia terperanjat.

" Astaghfirullah! Abang! Nasib Amy tak ada sakit jantung tau." geram Amylia.

"Maaflah. Tapi kenapa Amy terkejut sangat ni? Amy okey?" soal Taufik hairan.

" Dah abang muncul macam tu. Terkejutlah Amy." bohongnya. Dia tidak mahu memberitahu Taufik tentang perasaannya itu.

" Betul ke ni?" soal Taufik lagi tidak percaya.

" Betul abang. Dah, jom masuk. " ujar Amy sambil menarik tangan Taufik masuk ke dalam mall.

Seorang lelaki sedang memerhatikan mereka dari jauh.

"Akhirnya, aku jumpa juga kau Nur Amylia dan kali ini aku akan pastikan kau jadi milik aku." ujarnya sambil menyeringai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience