BAB 20

Romance Series 17652

Taufik mengucup lembut tangan Amylia. Kepalanya yang berbalut diusap lembut. Kasihan Amy.. Sekiranya, dia tidak tertidur tadi mungkin perkara ini tidak akan berlaku.

Uminya telah menceritakan apa yang berlaku. Sejak awal lagi dia sudah perasan yang kaklong tidak sukakan Amy. Namun, sengaja dibiarkan perasaan itu kerana tidak mahu tuduh melulu.

Peristiwa sebentar tadi bermain-main di benaknya.

Puas Taufik mencari di merata tempat namun kelibat Amylia tidak juga diketemui. Hatinya mula gelisah dan risau.

"Amy! Amylia!" panggilnya. Namun, tiada sahutan.

Sementara itu, Amy berlari tanpa hala tuju. Habis merah mata dan hidungnya akibat menangis. Penat berlari, dia berteduh di sebuah pondok perhentian bas.

Baru sahaja melabuhkan punggung, dia didatangi sekumpulan mat rempit. Amy cepat-cepat bangun untuk beredar dari situ namun berjaya dihalang.

" Amboi, lajunya. Nak kemana tu? Meh la abang bawakan." usik salah seorang mat rempit.

" Tepilah." rengus Amy kasar. Dia cuba menepis lelaki itu.

" Uish, garangnya! Ni yang abang geram ni. Abang memang suka kucing garang ni." ujar lelaki itu. Dia cuba mencuit Amy.

Namun, pantas ditepis oleh Amy.
" Jangan pegang akulah!" Amy cuba melepaskan diri namun lelaki itu pantas menariknya.

" Nak kemana, cik adik? Tak kesian ke kat abang ni? Abang ni dah teringin sangat dengan cik adik."

" Lepaslah! Aku kata lepas, lepaslah!!" Amy mula bergelut untuk melepaskan diri. Namun, sekuat manalah kudratnya yang kecil molek itu berbanding tenaga lelaki itu.

" Hahaha! Alolo, makin cik adik marah makin geram abang! " ujarnya lagi. Rakan-rakannya yang lain mula gelak jahat.

" Cepat lah angkat minah ni, bro! Aku dah tak sabar nak makan kenduri malam ni." ujar salah seorang rakannya.

Amylia mula panik dan takut. Menitis peluh sejuknya.

Ya Allah, bantulah aku! Taufik, tolong saya!

"Sabar bro sabar. Apa-apa hal, biar aku rasmikan dulu." balas lelaki itu.

Amylia masih lagi cuba bergelut. Kali ini dia mengerahkan semua tenaganya. Amylia mengigit tangan lelaki itu. Tindakannya menyebabkan lelaki itu melepaskannya.

Amylia tidak melepaskan peluang untuk lari namun rambutnya berjaya ditarik.

"Kurang ajar ye kau. Berani kau gigit tangan aku. Jom geng! Dekat sini juga, kita kendurikan dia." ujar lelaki itu. Dia merentap lengan baju Amylia sehingga koyak.

"Tolonglah, jangan apa-apakan saya. Tolong , saya merayu." ujar Amylia sambil menangis.

" Nak merayu sekarang tak ada gunalah cik adik." balas lelaki itu sambil cuba untuk menanggalkan baju Amy.

Namun, Amy masih tidak mengalah. Dia meronta sambil menjerit meminta tolong.

Taufik berada tidak jauh dari situ terdengar suara Amy.

"Amy!" dia menjerit memanggil gadis itu.

" Lepaskan aku! Tolong! Argh.!!" ronta Amy. Dia mencakar wajah mat rempit itu sehingga berdarah.

" Bodoh punya perempuan!" tangannya dihayunkan ke pipi Amylia menyebabkan kepalanya terhantuk pada batu. Cecair likat mula mengalir dari kepalanya.

"Weh, darahlah! Hidup lagi tak dia ni?" soal salah seorang rakan lelaki itu.

"Hoi, bangunlah. Hoi, hoi!" lelaki itu menggerakkan tubuh Amylia, namun tiada respon.

Taufik yang sedari tadi mengejar suara Amylia, terkejut apabila melihat suara itu datang dari sekumpulan mat rempit.

Dari jauh, kelihatan Amylia terbaring kaku.
"Woi!!" jerit Taufik seraya berlari ke arah Amylia.

" Weh, blah blah! Ada orang!" mat rempit itu terus melarikan diri apabila melihat Taufik.

Termengah-mengah Taufik berlari mendapatkan Amy.
"Ya Allah, Amy. Apa dah jadi ni? Tahan ye sayang. Jangan tinggalkan saya." ujar Taufik sambil mendukung Amylia. Darah di kepala Amylia membasahi bajunya.

Lamunan Taufik terhenti apabila tangan Amylia bergerak.

"Tolong jangan rogol saya. Tolong!" Amylia bergelut didalam mimpinya.

" Amy, bangun sayang. Saya Taufik ni." kejut Taufik.

Amy terus bergelut sehinggalah dia terjaga.

Melihat wajah Taufik, dia memeluk lelaki itu dengan erat. Kedengaran esakan kecil darinya.

Taufik mengusap bahunya.
" Shh, tak ada apa. Awak selamat. Saya ada dekat sini. Tak ada orang yang akan apa-apakan awak."

Perlahan-lahan Amy mengangkat wajahnya. Matanya sembap kerana menangis.

" Saya takut." luluh hati Taufik mendengar kata-kata Amylia.

"Jangan risau, sayang. Saya tak akan tinggalkan awak seorang. Saya akan lindungi awak." pujuk Taufik.

"Ustaz, dah tak marah saya?"

"Saya tak pernah marahkan awak. Maafkan saya sebab abaikan awak. Kalaulah saya tak ikutkan perasaan sangat, mesti awak tak macam ini." kesal Taufik.

"Bukan salah ustaz. Semua ini salah saya. Kalaulah saya tak lari tadi mesti perkara ni tak berlaku. Tapi, saya tak rasa bersalah untuk tampar kaklong. Kalau ustaz nak marah saya, saya tak kisah." ujar Amylia. Dia mula menjauhkan tubuhnya dari Taufik.

Taufik meraih tangan Amy. Dikucupnya perlahan.
" Tak, saya tak marah awak. Awak ada hak untuk pertahankan diri awak. Dan kaklong tak ada hak untuk hina awak. " ujar Taufik.

" Betul tak marah? "soal Amy meminta kepastian.

Taufik tersengih. Gadis itu kelihatan comel dimatanya.

" Betul, sayang. "

Amylia tersenyum gembira. Hilang rasa sakitnya apabila melihat senyuman Taufik. Mungkinkah dia sudah jatuh cinta terhadap suaminya sendiri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience