BAB 23

Romance Series 17652

Amylia tidak senang duduk. Orang yang ditunggu-tunggunya masih lagi tidak kelihatan.

" Amy, relakslah. Nanti sampailah tu." ujar Taufik.

" Dah dekat setengah jam dah ni. Patutnya dah keluar." rungut gadis itu. Rambutnya disisir ke belakang.

" Ha, itu pun mereka." tunjuk Taufik.

Amylia segera menoleh. Dia berlari laju mendapatkan insan-insan yang dirinduinya.

" Mama, papa!" jerit Amylia saat mendakap ibu bapanya.

" Ya Allah anak mama! Rindunya mama dekat Amy." balas Puan Maria.

" Amy pun rindu dengan mama dengan papa. Sangat sangat sangat!"

" Jadi, anak papa ni behave tak waktu mama dengan papa tak ada?" soal Encik Badrul mengusik.

Amylia mengerling memandang wajah Taufik.
" Mestilah behave! Tengoklah isteri siapa."

Serentak kening Encik Badrul dan Puan Maria terangkat.
Isteri? Hm, ada progress.

Tidak semena-mena wajah Taufik bertukar merah. Perasaan malu dan bangganya bercampur baur.

" Mama dengan papa mesti penat kan? Marilah kita balik. Dekat rumah boleh sembang lagi." ajak Taufik. Dia mengambil bagasi ibu bapa mertuanya itu.

" Tapikan, Amy lapar." ujar Amylia sambil memegang perutnya.

" Itulah, abang suruh makan tadi, tak mahu. Excited sangat. Kan dah lapar. " tutur Taufik.

" Ala, nak buat macam mana. Dah masa tu tak lapar." Amylia menarik muka. Bibirnya muncung.

" Amboi panjangnya muncung.. Boleh buat sidai kain ni." usik Puan Maria.

" Sudahlah tu. Kita pergi makan dulu, baru balik rumah. Papa pun lapar juga." celah Encik Badrul.

Amylia memeluk lengan papanya.
" Yeay! Papa geng Amy. Mama dengan abang, Amy taknak kawan. "

Spontan Puan Maria dan Taufik ketawa.
Alahai, Amylia. Bilalah nak matang?

Jarum jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Taufik mengerling Amylia yang sudah lena dibuai mimpi. Tersengguk-sengguk kepalanya.

Taufik tersenyum sendirian.

Setelah hampir beberapa minit, mereka tiba di perkarangan rumah banglo itu.

"Amy, Amy bangun. Dah sampai rumah ni." kejut Taufik.

Tiada respon.

" Mama dengan papa masuk dulu lah ye Taufik. Penat sangat dah badan ni."

Taufik tersenyum seraya menganggukkan kepalanya. Dia turun dari kereta lalu menuju ke arah penumpang disebelah pemandu.

" Amy, bangun sayang. Dah sampai rumah ni." kejutnya lembut.

" Hm.. " Amylia membuka sebelah matanya.

" Jom turun. Takkan Amy nak tidur dalam kereta."

Amylia mendepakan tangannya. Dia minta untuk didukung.

" Amy, takmaulah macam ni. Mama dengan papa kan ada. Nanti mereka fikir apa pula. "

" Kalau abang tak nak dukung Amy. Biarkan jelah Amy tidur dalam kereta. " balas Amylia. Kerusinya sudah dibaringkan.

Hailah isteri! Macam macam kerenah!

" Ala, meh sini abang dukung. Manja betul isteri abang ni. " balas Taufik.

Puan Maria tercengang apabila melihat Taufik mendukung Amylia.

" Aik? Kenapa dengan Amy? "

" Dia ngantuk sangat ni mama. Mata pun tak boleh nak buka. Itu yang Taufik dukung ni. Taufik naik atas dulu ye. " pamit Taufik.

" Haa iyelah. Elok-elok. Dah naik, jangan lupa turun." pesan Puan Maria.

Taufik mendukung Amylia hingga ke bilik tidurnya. Gadis itu diletakkan perlahan-lahan di atas katil. Walaupun sudah berada di atas katil, tangan gadis itu masih lagi tercangkuk dibahunya.

" Amy, tangan tu. Abang nak turun bawah balik ni. Kalau lama-lama, nanti mama dengan papa fikir bukan-bukan."

"Abang tidurlah dengan Amy." manja suara Amy memujuknya.

" Mana boleh. Amy tidurlah dulu. Abang nak bersembang dengan mama dan papa." pujuk Taufik.

Amylia mencelikkan matanya. Dia memandang tepat ke dalam mata Taufik.

"Tapi Amy takboleh tidur kalau tak ada abang. Amy takut." goda Amylia.

Wajah Taufik ditarik merapati wajahnya. Lirikan mata Amylia betul-betul buat Taufik tergoda.

Puan Maria mengerling tangga rumahnya. Taufik masih lagi belum turun daripada tingkat atas. Dia mula berasa risau.

" Abang, kenapa Taufik tak turun lagi ni?" soal Puan Maria.

"Dia pergi tandas kejap kot. Awak ni cubalah bersabar."

" Saya bukannya tak bersabar cuma saya tak percayakan si Amylia tu." luah Puan Maria.

" Maksud awak?" soal Encik Badrul.

" Bukannya saya tak kenal anak saya tu macam mana. Kalau dia dah suka, dia akan buat apa je untuk dapatkan benda tu. Saya takut, kalau-kalau..."

" Kalau terjadi apa-apa pun, mereka suami isteri kan? Bukannya salah."

Puan Maria geram.
" Inilah orang lelaki. Tak pernah nak fikir panjang. Dahlah, saya nak naik. Saya dah takboleh nak tunggu lagi. "

Amylia mengusap wajah Taufik dengan lembut. Matlamatnya hanya satu. Menggoda suaminya.

Taufik leka dalam dunianya. Dia sudah tidak sedar apa yang dilakukannya. Wajah Amylia diraih. Kini, hanya seinci sahaja jarak wajah mereka.

" Amylia! Taufik! " jerit Puan Maria.

Terus Taufik melompat menjauhi Amylia.

Matilah aku! Taufik memandang wajah Puan Maria lalu memandang Amylia.

Gadis itu tersenyum nakal.
"Ops, sorry."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience