BAB 21

Romance Series 17652

Amylia duduk termenung. Dia tersenyum sendirian mengenangkan Taufik.

Sayang.

Fuh, laju jantung aku ni! Macam lari marathon. Oh, adakah ini yang dinamakan cinta?

" Ha berangan!!" muncul Sarah secara tiba-tiba.

"Hei, kau ni kan! Kalau tak buat aku sakit jantung tak sahkan?" marah Amy.

"Dahtu, asyik berangan je dari tadi. Rindu ehem ehem lah tu. Janganlah macam ni, baru je tadi jumpa ehem ehem." usik Sarah.

" Banyaklah kau punya ehem ehem." bangkang Amy.

"Eleh, macamlah aku taktahu yang kau tu dah syok dekat suami kau sendiri." ujar Sarah separa berbisik.

Wajah Amylia merah menahan malu.

"Obvious sangat ke?" soalnya.

"Gila tak. Orang angau je yang berangan dalam kelas. Bukan main sengih lagi kau waktu dia ajar tadi." usik Sarah lagi.

"Tapi kan, kau rasa ustaz tu suka aku tak?" soal Amylia.

"Confirmlah suka. Bini dia kot. Lawa pula tu."

"Yakin je kau. Tapikan, macam mana aku nak bagitahu dia yang aku suka dia eh?" soal Amylia.

"Hm, bagitahu jelah terus. Bukannya dia akan reject kau pun."

" Hm, no, no. Aku ada cara yang lebih halus." sengih Amy.

"Jangan kata kau nak bomoh dia pula. Syirik tu."

Amy menepuk dahi.
"Kenapalah aku ada kawan yang bendul sangat macam kau ni? Dahlah malas aku layan kau." ujar Amy seraya bangun dari tempat duduknya.

"Nak pergi mana tu? Explainlah dulu apa maksud kau? Amy!" panggil Sarah. Dia kemudiannya mengejar Amylia.

Taufik memarkirkan keretanya dihalaman rumah. Hari ini dia balik lewat sikit kerana ada mesyuarat. Perutnya berkeroncong minta diisi.

"Assalammualaikum, saya dah balik."

"Waalaikummussalam." Muncul Amylia terpacak di depan pintu. Taufik mengerutkan kening. Tak pernah dia disambut kenapa tiba-tiba ni?

" Ustaz mesti penat kan? Mesti lapar? Jom sini. " ujar Amy seraya menarik tangan lelaki itu.

" Tadaaaa! Jemput duduk. " pelawa Amy.

" Awak masak semua ni ke?" soal Taufik. Dia melonggarkan ikatan tali lehernya.

Mak aih, hensemnya suami aku ni. Kenapa sebelum ni tak perasan? Aduh duh aduh, aku tergoda!

" Amy, saya tanya ni. Awak masak ke semua ni? " soal Taufik sekali lagi apabila soalannya tidak dijawab.

" Mestilah. Saya kasihan dekat ustaz. Mesti balik lapar kan? Makanlah."

Taufik tersengih. Seram pun ada.
Dah kenapa dengan bini aku ni? Demam ke?

"Sedapnya awak masak. Lepas ni bolehlah masak selalu." puji Taufik apabila dia merasai makanan yang dimasak Amy.

"Boleh, untuk ustaz semua pun boleh." balas Amylia.

Selesaikan membaca doa, Taufik mengaminkan doanya. Dia menoleh ke belakang untuk bersalaman dengan Amy. Usai solat, sejadah dilipat. Cuma Amy masih belum membuka telekungnya.

"Allah, tertinggal pula fail dalam kereta. Nak ambil kejap." ujar Taufik.

Keluar sahaja Taufik dari bilik itu, Amy cepat-cepat membuka telekungnya. Memperlihatkan baju tidurnya yang separas betis. Baju itu betul-betul mengikut bentuk tubuhnya. Rambut yang serabai, dirapikan.

Okay, dah ready nak ngorat ustaz Taufik.

Amylia berpura-pura membaca buku di atas katil saat Taufik masuk ke dalam bilik. Lelaki itu tidak menyedari pakaian isterinya.

Taufik menguap beberapa kali. Penat sungguh rasa badannya hari ini. Dia duduk disebelah Amylia yang khusyuk membaca buku. Bahunya diregangkan beberapa kali kerana lenguh.

Sedang dia meregangkan bahunya, terasa jari-jemari kecil yang melingkar di bahunya.

"Abang, sakit badan ke? Biar Amy urut."

Naik meremang bulu roma Taufik mendengar suara manja Amylia. Lebih- lebih lagi apabila gadis itu memanggilnya dengan gelaran 'abang'.

Spontan badannya dipusing menghadap Amylia. Besar matanya melihat pakaian Amylia yang agak terdedah itu.

Tangannya diletakkan di dahi dan di tengkuk.
Tak panas pun?

" Amy okay tak ni? Kenapa lain macam je ni?" soal Taufik. Dia sedaya upaya mengawal matanya dari memandang badan Amylia.

" Okaylah, apa maksud abang?" soal Amy.

" Maksud, abang.. Eh saya, kenapa tiba-tiba macam ni?"

"Macam ni tu macam mana?" soal Amylia.

"Ala, macam ni." sukar untuk dia menerangkannya kerana dia tidak tahu apa yang sedang berlaku.

" Sebenarnya, Amy dah buat keputusan. Amy nak berubah. Amy nak jadi isteri yang baik untuk abang. Amy nak jadi isteri yang betul untuk abang." jawab Amylia. Dia sengaja menekankan perkataan isteri yang betul.

Taufik menelan air liur. Haa sudah. Masaklah aku macam ni.

" Kenapa? Abang tak suka ke? Kalau tak suka tak apalah.. "

" Siapa kata? Abang suka sayang. Tapi takut terlebih suka. " ujar Taufik. Dia mengelap peluh sejuk di dahinya.

Amylia senyum nakal.
"Kalau terlebih suka pun kenapa?" ujar Amylia. Dia merapatkan wajahnya kepada Taufik yang menyebabkan lelaki itu berganjak ke belakang.

"Abang takut dengan Amy ke?" soal Amylia pura-pura merajuk.

" Mana ada takut dengan Amy. Abang takut dengan diri abang ni haa. Bahaya. Takut tak boleh kawal." sengaja Taufik berkata sedemikian bagi menakutkan Amylia.

" Kalau abang tak boleh kawal, Amy lagi suka. " ujar Amy separa berbisik di telinga Taufik. Pipi lelaki itu dikucupnya.

Taufik terkejut. Spontan dia mengelak.

" Amy, tidur sayang. Esok sekolah kan. Tidur - tidur." balas Taufik. Wajahnya merah akibat malu.

Bantal peluk diletakkan di tengah. Taufik baring menghadap arah bertentangan agar tidak memandang wajah Amylia.

Amylia tersengih nakal.
Jual mahal ya? Tak apa ustazku sayang. Kita tengok, sekuat mana iman awak tu?

Baru sahaja Taufik ingin melelapkan mata, ada pergerakan dibelakangnya. Amylia mengalihkan bantal peluk yang menjadi sempadan lalu memeluk erat suaminya.

Keras badan Taufik apabila bersentuhan dengan badan Amylia.

"Selamat malam sayang." bisik Amylia sebelum membenamkan wajahnya ke badan Taufik yang sasa.

Aduh, jangan macam ni Amy. Iman suami awak ni tak kuat. Karang tak pasal-pasal 'terbabas' pula nanti. Masak saya kena marah dengan mama papa awak.

Aduhai, nasib badanlah Taufik. Semoga tabah menghadapi godaan nakal Nur Amylia ni. Getus hatinya sebelum melelapkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience