BAB 24

Romance Series 17652

Amylia merendam kakinya di dalam kolam renang. Dia tersenyum sendirian akibat kejadian kelmarin. Disebabkan rancangannya untuk menggoda Taufik. Kini, mereka diasingkan dari tempat tidur. Amylia akan tidur dibiliknya. Manakala Taufik tidur di bilik tetamu, namun bertentangan dengan biliknya sahaja.

" Amboi, sengih sorang-sorang nampak. Taknak share dengan abang ke?" tegur Taufik. Dia mengambil tempat disebelah Amylia.

" Taknak. Biar Amy seorang je yang tahu." balas Amylia. Dia melentokkan kepalanya di bahu Taufik.

" Ni kenapa manja semacam ni. Haa, Amy jangan nak buat hal. Abang dah kena tazkirah tau semalam dengan mama." ujar Taufik. Spontan Amylia ketawa.

" Padan muka! "

" Eh, kita pula. Amy yang goda-goda abang. Patutnya salah Amylah." balas Taufik.

" Siapa suruh tergoda? Amy baru tunjuk sikit je tu. Kalau Amy gunakan senjata paling hebat, confirm abang punya iman tu hilang melayang." usik Amylia.

" Ewah, ingat iman abang ni senipis kulit bawang ke? "

" Nampak macam ye tapi tak tahulah kalau lagi nipis. " balas Amylia lagi.

Taufik merenjis air ke muka Amylia.
" Ha, padan muka! "

" Abang! " balas Amylia.

Puan Maria hanya memerhatikan dari jauh sahaja. Dia suka melihat Amylia boleh menerima Taufik cuma dia risau akan pelajaran gadis itu.

" Awak ni kan saya tengok, suka sangat mengendap si Amylia dengan Taufik tu. Cubalah bagi diorang privasi sikit." tutur Encik Badrul yang entah dari mana munculnya.

"Disebabkan bagi privasilah, diorang hampir tersasar semalam."

" Puan Maria, awak kena ingat, mereka tu suami isteri. Awak tak ada hak tau nak halang, hubungan mereka." ujar Encik Badrul.

" Habis tu, pelajaran Amylia macam mana? Saya risau."

"Saya yakin, Amylia tu budak bijak. Sebelum buat apa-apa, dia akan fikir dulu. Lagi awak halang, lagi dibuatnya si Amylia tu."

"Itulah pasal. Anak abang tu memang nakal betul. Susah saya nak mengajarnya." bebel Puan Maria.

"Dia ikut mamanya. Mama dia dulu pun nakal juga." usik Encik Badrul.

"Ish, abang ni! Kesitu pula." marah Puan Maria. Encik Badrul hanya ketawa.

Taufik duduk di ruang tamu sambil membaca buku. Dia tidak perasan akan kehadiran bapa mertuanya.

"Taufik, papa nak cakap sikit boleh." soal Encik Badrul.

"Kenapa, pa?" Dia menutup buku yang dibacanya memberikan sepenuh perhatian kepada Encik Badrul.

"Papa tahu, apa yang Amylia cuba lakukan."

Taufik menelan air liur.

" Amylia tu anak yang manja. Apa yang dia nak, mesti dia dapat. Kalau perkara tu susah, dia akan berusaha sampai dia dapat. Jadi, papa harap Taufik bersabar dalam melayan kerenah Amy tu. "

" Saya okey je. Lagipun, Amylia tidak pernah buat masalah."

" Yeke? Yang semalam tu? Bukan masalah? " ujar Encik Badrul sambil ketawa.

Taufik terdiam.

" Papa tahu, Taufik dah cuba tak layan Amylia. Tapi gagal kan? Amylia tu, nakal orangnya. Selagi dia tak dapat, dia tak akan berhenti. "

Taufik hanya tersengih.
" Taufik, minta maaf pa. Amy tu lain macam sikit. Jenis tak makan saman. Haru-biru Taufik dibuatnya. "

Encik Badrul ketawa terbahak.
"Itulah Amylia. Apa yang dia nak mesti dia dapat. Mesti punya. Dia tak akan berputus asa selagi dia tak dapat."

"Habis tu, saya nak buat apa pa?" soal Taufik kebuntuan.

"Itu papa tak tahu. Pandai-pandailah Taufik settle. Papa okey je kalau dapat cucu awal." balas Encik Badrul lalu bergerak ke dapur.

Taufik garu kepalanya yang tidak gatal.
Haa, sudah.

Amylia pusing ke kiri dan ke kanan. Sukar untuk melelapkan matanya.

Takboleh jadi ni!

Amylia mencapai telefon bimbitnya. Nombor Taufik didail.

" Abang!" ujar Amy.

" Ya Allah Amy, kenapa ni?" soal Taufik terkejut.

" Hehe, abang dah tidur ke?"

" Belum lagi. Tengah baca buku. Kenapa?"

" Tak ada apa. Bye." Amy mematikan panggilan.

Aik? Kenapa pula dengan Amy ni?
Tidak sampai seminit, pintu bilik Taufik diketuk.

Muncul wajah Amylia tercongok dihadapan pintu bilik. Gadis itu segera menyerbu biliknya lalu menghempaskan badan di atas katil.

" Eh, Amy buat apa ni? Nanti kalau mama tahu macam mana?" soal Taufik panik. Pintu biliknya segera dikunci.

" Ala, relakslah. Amy dah kunci bilik Amy. Mama tak akan tahu punya." balas Amylia.

" Jangan macam ni. Abang takutlah kalau mama marah." ujar Taufik bimbang.

" Kenapa abang nak takut sangat? Kita bukannya buat maksiat pun. Amy kan isteri abang?"

" Memanglah tapi.. "

" Kalau abang tak suka Amy dalam bilik ni, cakap je. Amy boleh keluar. " rengus Amylia lalu berjalan menuju ke pintu bilik.

Belum sempat, tombol pintu dipulas, badan Amylia ditarik ke dalam pelukan Taufik.

" Siapa kata abang tak suka? Abang tak boleh tidur tau kalau isteri manja abang ni tak ada kat sebelah. "

Mak aih! Sejak bila suami aku sweet macam ni? Aduh, boleh potong kaki macam ni!!

" Betul ni?" Amylia berpura-pura merajuk.

" Betul sayang." suara Taufik membuatkan Amylia tidak keruan.

OMG! Mama! Iman Amy tak kuat! Ada yang kena terkam ni karang.

" Kalau macam tu, jom tidur. Amy ngantuk."

Taufik menarik tangan Amylia ke katil namun gadis itu mengeraskan badannya.

Kening Taufik spontan diangkat.

" Nak dukung."

Taufik hanya ketawa. Badan Amylia yang kecil molek itu sekelip mata sahaja berada di atas tangannya.

Alahai, Amylia! Manja betul! Siapa tak sayang bini woi!

Amylia meletakkan kepalanya di atas meja. Entah mengapa, dia rasa begitu lemah.

" Amy, kau okey tak ni?" soal Sarah.

"Entahlah. Aku rasa tak larat sangat ni."

Sarah meletakkan tanggannya di atas dahi Amy.
" Panas sangat ni. Jomlah kita jumpa ustaz. Minta ustaz hantar kau balik."

" Kau gila ke? Takkanlah dia nak hantar aku balik, kau nak semua orang tahu ke? Lagipun, dia tak ada. Harini ada kurus. "

" Kalau macam tu, apa kata kita pergi bilik sakit je. Kau boleh berehat. "

" Taknaklah. Aku okey. Lagipun, SPM dah dekat. Aku taknak ketinggalan. "

" Beb, setakat tak masuk kelas sehari tu, tak bodoh pun engkaulah. Aku kan ada. Nanti aku ajarlah kau. Dah, jom. Jangan degil. " arah Sarah.

Amylia hanya menuruti. Dia tidak larat untuk berkata apa-apa.

Amylia berjalan terhuyung-hayang menyebabkan Sarah memegangnya.

" Amy, kau okey tak ni? Kita pergi klinik jelah. Aku risaulah. "

" Aku oka.... " Amylia rebah ke tanah.

" Ya allah! Amy! Kenapa dengan kau ni?"

Puan Maria mengusap tangan Amylia. Wajahnya kelihatan gelisah bercampur risau. Dia pantas meraih telefon bimbitnya.

" Assalammualaikum Taufik, mama minta Taufik balik sekarang. Ada benda yang mama nak bincang. Hal ini berkaitan dengan Amylia. Tolong balik sekarang ye."

Kereta Taufik meluncur laju di jalan raya. Hatinya gelisah sejak menerima panggilan daripada ibu mertuanya.

Tidak semena-mena, memori mengenai abahnya kembali terbayang.

Ya Allah, kau lindungilah isteriku.

Sesampainya di hospital, dia terkejut melihat Amylia yang terbaring di atas katil. Umminya juga turut berada di situ.

" Amy, kenapa ni? Apa yang jadi sebenarnya mama? Papa? Ummi?"

Wajah Taufik dipandang oleh Puan Maria.. Raut wajahnya serius menyebabkan Taufik semakin risau.

" Taufik.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience