BAB 4

Romance Series 17652

Wajah Amy masam mencuka mendengar kata-kata Encik Badrul .

" Amy , itu je jalan yang terbaik untuk Amy . " pujuk Puan Maria .

" Apa yang terbaiknya ? Selama ni elok kan Amy jaga diri sendiri . Kenapa tiba-tiba kena kahwin dengan ustaz tu ? " soal Amy . Dia menahan rasa marahnya .

" Yes , memang selama ni okey . Tapi , dulu mama dan papa pergi oustation seminggu je paling lama . Ini sebulan sayang . Kalau seminggu pun , papa dah risau . Sebulan macam mana ? " ujar Encik Badrul .

" Mesti ada cara lain . Amy taknak kahwin . Lagi-lagi dengan orang yang Amy tak kenal . "

" Ustaz Taufik tu baik orangnya . Dia seorang yang lemah-lembut , berbudi bahasa . Papa yakin dia mampu jaga Amy dengan baik . " pujuk Encik Badrul .

" Yakin ? Pa , kita kenal dia baru sebulan je . Papa dah boleh yakin yang dia tu baik . Papa sanggup risikokan hidup Amy kan ? "

" Sayang , pakcik Halim tu kan kawan papa . Papa kenal pakcik Halim tu . Pakcik Halim tu baik orangnya . Kalau anak dia jahat , takkan dia nak biarkan anak dia kahwin dengan Amy . " ujar Puan Maria .

" Itu pakcik Halim . Bukannya ustaz Taufik . Mana ada orang nak mengaku dia berak tengah jalan . Mana ada orang yang nak mengaku dia jahat . Kita tak tahu hati budi dia macam mana . " balas Amy tidak berpuas hati .

Encik Badrul dan Puan Maria diam .Mereka tidak tahu bagaimana hendak memujuk Amylia .

" Mama , papa , please ? Amy muda lagi . Banyak lagi yang Amy nak capai . Amy tak mahu disebabkan kahwin pada usia yang muda menyebabkan Amy tak boleh capai cita-cita Amy . " pujuk Amylia . Suaranya mula mengendur .

" Amy , papa minta maaf . Apa pun yang Amy kata , keputusan papa tetap muktamad . Amy kena juga kahwin dengan ustaz Taufik . Itu je jalan yang terbaik untuk Amy . " noktah Encik Badrul .

Air mata Amy tidak mampu ditahan lagi .
" Papa kejam ! Langsung tak sayang Amy ! " jerit Amy . Dia kemudiannya berlari ke biliknya .

Encik Badrul terkedu . Belum pernah lagi Amylia menangis dihadapannya . Gadis itu sentiasa ceria . Tangisan Amy sedikit sebanyak melukakan hatinya .

" Abang okay ke ? " soal Puan Maria kepada suaminya .

Encik Badrul mengangguk lemah .
Maafkan papa sayang . Semua yang papa lakukan untuk kebaikan Amy .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience