BAB 5

Romance Series 17652

Hajah Rokiah duduk di atas sofa sambil menanti jawapan daripada Taufik .

" Macam mana ? Taufik setuju ke dengan cadangan umi ? Bukan apa , umi berkenan sangat dengan Amylia tu. Manis je orangnya . " ujar Hajah Rokiah .

" Taufik bukan nak membantah umi tapi Amylia tu kan bawah umur lagi . Macam mana Taufik nak kahwin dengan dia ? " Taufik menzahirkan kebimbangannya .

" Kalau pasal itu , Taufik jangan risau . Perkahwinan bawah umur ni dibenarkan asalkan mendapat kebenaran bapa kandung pengantin perempuan . Kira Taufik setujulah ye ? " bersungguh Hajah Rokiah memujuk Taufik .

" Awak jangan paksa si Taufik tu , Kiah . Soal jodoh ni berkaitan dengan urusan hati . Manalah tahu Taufik dah ada pilihan hati ke ? Cubalah awak tanya dulu . " tutur Haji Halim yang sedari tadi mendiamkan diri .

" Taufik dah ada pilihan hati ke ? Siapa orangnya ? Baik ke ? Anak siapa ? Kerja apa ? " soal Hajah Rokiah bertubi-tubi .

Taufik ketawa kecil .
" Mana adalah umi . Taufik ni tak ada masa nak berkenalan dengan sesiapa pun. "

" Abang ni . Suka buat saya terkejut tau . Taufik tak ada pun kata apa-apa , abang pula yang memandai . " ujar Hajah Rokiah .

" Abang cakap je . Manalah tahukan . " balas Haji Halim selamba sambil menghirup kopinya .

" Kira jadilah ye Taufik . Umi yakin Amylia tu baik budaknya . Mesti dia akan jadi isteri yang baik untuk Taufik . " pujuk Hajah Rokiah lagi.

" Kalau itu keputusan umi , Taufik terimalah . Mungkin jodoh Taufik dengan Amylia . " ujar Taufik .

Hajah Rokiah tersenyum lebar .
" Umi tahu anak umi ni memang baik . "

Hajah Rokiah bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke bilik .

" Ha awak nak kemana pula tu ? " soal Haji Halim .

" Saya nak call Marialah . Nak bagitahu yang Taufik dah setuju untuk memperisterikan Amylia . " jawab Hajah Rokiah dengan teruja .

Taufik memandang wajah uminya yang berseri-seri . Dia senang dapat membahagiakan uminya . Namun , dia juga senang kerana dijodohkan dengan Amylia . Entah mengapa sejak pertama kali melihat gadis itu , hatinya terpaut dengan wajahnya .

Namun , itu kata hatinya . Hati Amylia bagaimana ? Mampukah dia menerima lelaki seperti Taufik di dalam hidupnya ? Atau mahukah Amylia berkahwin pada usia yang muda ?

Dalam kesunyian , Taufik mengeluh sendirian .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience