BAB 11

Romance Series 17652

Amy khusyuk mendengar lagu dalam handphonenya sehingga tidak menyedari bahawa Taufik berada di dalam bilik itu . Lebih-lebih lagi , lagu yang diputarkan ialah lagu kegemarannya , memang ikut menarilah Amy .

Dah kenapa pula menari-nari depan aku ni ? Monolog Taufik sendirian . Dia memandang Amy atas bawah . Tambahan pula , baju yang dipakai oleh Amy agak ketat menyebabkan pandangan lelaki itu tidak lepas daripadanya . Taufik hampir tergoda melihat Amylia namun dia cepat menyedarkan dirinya .

Astagfirullahhalazim , apa yang aku pandang ni ?
Taufik menundukkan wajahnya .

Tapi , dia kan isteri aku . Halal kot kalau aku pandang , fikirnya lagi .

Amy yang khusyuk menari tidak sedar dia semakin merapati Taufik .

" Dear future husba... Ahh ! " Amylia jatuh betul-betul di atas badan Taufik . Kepalanya berada di atas dada Taufik .

" Aduh ! Sakitnya ! " ujar Amylia . Taufik kaku . Jantungnya berdegup laju .

Amylia mengangkat wajahnya . Matanya bertentangan dengan mata Taufik . Terbuntang matanya melihat Taufik berada di bawahnya .

" Ahh ! " jerit Amylia lagi . Dia bingkas bangun lalu membetulkan bajunya .

" Kenapa ustaz duduk belakang saya ? " soal Amy . Wajahnya merah .

" Saya baru masuk bilik tiba-tiba ternampak awak menari . Saya taknaklah kacau awak . Sebab itu saya diam je . " jawab Taufik gagap .

" Yelah tu . Entah-entah , ustaz saja je duduk belakang saya sebab ustaz nak tengok saya menari kan ? Ee , ustaz gatal ! " Amylia memukul bahu Taufik .

" Aduh ! Sakit Amy . " Taufik cuba menahan tangan Amy .

" Haa , padan muka ! Ini balasan sebab gatal ! " Amy menahan geram .

" Bukan saya yang suruh awak menari . Lagipun , kalau tengok , apa salahnya ? Halal kan ? Bukan tarian je , pakaian awak pun menggoda saya juga tau " usik Taufik .

Amy terkedu .
Sumpah gatal ustaz ni ! Tidak !

Amy cepat-cepat berlari ke atas katil dan menyelimuti badannya .

" Pandang-pandang apa ? Pergilah tidur . Esok lambat bangun subuh . " rengus Amy .

Taufik hanya ketawa . Dia membentang totonya lalu baring di atas toto .

Amy tercengang .
Baring kat bawah lagi ?

" Kenapa ustaz baring kat bawah ? " soal Amy .

" Takkan saya nak baring sebelah awak kot . " ujar Taufik .

" Baring jelah . Ada masalah ke ? " jawapan Amy menarik perhatian Taufik .

" Aik ? Tak takut ke ? " balas Taufik .

" Nak takut buat apa ? Bukannya ustaz ni kanibal yang makan orang tu . " jawab Amy .

Taufik tersengih . Dia mengangkat bantalnya lalu diletakkan di atas katil .

" Aih leganya badan dapat baring atas katil macam ni . " ujar Taufik . Dia mengeliat seketika .

Amylia membiarkan sahaja perlakuan Taufik . Mata Amy mula kuyu .

" Amy , awak dah tidur ke ? " soal Taufik .

" Hm . " Amylia menggumam .

" Saya cuma nak bagitahu yang saya ni memang bukannya kanibal tapi bila-bila masa je saya boleh 'ngap' awak . " usik Taufik .

Mata Amy yang ngantuk menjadi segar bugar . Laju degupan jantungnya mendengar kata- kata Taufik .

Amy meletakkan bantal peluk diantara dia dan Taufik .

" Ini namanya sempadan. Kalau ustaz langgar sempadan ni , saya akan lancarkan peperangan , faham ?" ugut Amy .

" Sikit pun tak boleh ke ? " Taufik menguji Amy .

" Walau sehelai rambut pun ! " ujar Amy tegas .

Taufik hanya ketawa sahaja . Dia mula berasa ngantuk .

" Faham ke tak ni ? " soal Amy .

Senyap . Tiada jawapan .

Amy menggoncang tubuh Taufik .
" Faham ke tidak encik Taufik Hadi ? "

" Faham sayang . " jawab Taufik .

Amy mencebik .
" Ee tidur jelah diam - diam ."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience