BAB 19

Romance Series 17653

Amylia turun dari teksinya. Kelihatan beberapa orang kampung memenuhi laman rumah kampung itu.

Mereka memandang pelik terhadap Amy. Mungkin kerana dia baru tiba. Namun, Amy tidak memperdulikan semua itu. Di kepalanya sekarang ini ialah Taufik. Pasti lelaki itu sedih.

Amy melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan sekujur jenazah terbaring di tengah-tengah ruang tamu itu. Air matanya jatuh menitis.

Kenapa abah pergi secara tiba-tiba? Belum puas lagi Amy kenal dengan abah. Getus hatinya.

Kelihatan Taufik disisi jenazah abah. Namun, lelaki itu tidak mengendahkannya. Amy berjalan mendapatkan umi yang sedang khusyuk membaca yasin.

"Assalammualaikum umi." ujar Amy.

"Waalaikummussalam Amy. Sampai dah? Mesti penat kan? Baru je habis kursus lepastu terus balik sini. Jauh perjalanan tu." tutur Hajah Rokiah. Dia mengesat matanya yang berair.

" Kursus?" Amy tidak mengerti.

" Amy baru habis kursus kan? Taufik bagitahu sebab itu Amy tak boleh balik sekali dengan Taufik. " sambung Hajah Rokiah.

Amy mengangguk perlahan.
Ya Allah, dalam keadaan macam ini pun Taufik masih lagi menjaga aibnya. Malunya rasa hatinya.

" Umi, tak ada apa yang lebih penting daripada abah. Amy harap umi sabar. Amy sayangkan umi. " ujar Amylia. Dia memeluk tubuh Hajah Rokiah.

Wanita separuh abad itu tersenyum pahit. Sukar untuknya menerima kepergian suaminya. Namun, dia redha dengan takdir Allah. Setiap yang hidup pasti akan menghadap ilahi.

Amylia memandang jenazah Haji Halim yang kaku. Rasanya seperti baru semalam lelaki itu berbual-bual dengannya.

Kini, pandangannya dialihkan ke wajah Taufik yang sugul. Matanya kelihatan merah. Mungkin kerana menangis.

Ya Allah, isteri apa aku ini? Saat Taufik perlukan aku, aku tinggalkan dia. Kejamnya aku. Tanpa disedari, air mata Amylia menitis.

Taufik sebenarnya sedar akan kehadiran Amylia. Entah mengapa, dia tidak mahu memandang gadis itu. Hatinya masih lagi terluka dengan pemergian abahnya yang secara tiba-tiba.

Panggilan telefon pagi tadi bermain di mindanya.

" Kenapa dengan abah, umi?" soal Taufik risau.

" Abah sakit Taufik. Sakit tenat. Taufik balik ye nak." ujar Hajah Rokiah.

Tanpa banyak soal, Taufik terus bergegas ke keretanya. Dia terlupa untuk memberitahu Amylia. Di dalam fikirannya hanyalah abahnya.

Sabar abah, sikit lagi Taufik sampai. Tunggu Taufik, abah..

Sesampainya Taufik di rumahnya, dia terus berlari mendapatkan abahnya yang terbaring lemah di atas katil.

" Assalammualaikum abah." ujar Taufik lemah.

"Waalaikummussalam." lelaki tua itu tersenyum lemah.

" Kenapa balik seorang? Mana Amylia?" soal abahnya.

" Amy... Ada kursus. Dia tak boleh balik dengan Taufik." bohongnya.

Haji Halim mengangguk faham.

" Kenapa abah tak bagitahu Taufik yang abah sakit. Sampai hati abah rahsiakan dari Taufik." ujar Taufik.

" Abah tak mahu Taufik risau. Lagipun, abah ni dah tua memang akan banyak penyakit. " balas Haji Halim.

" Sekurangnya, kalau abah bagitahu Taufik awal-awal mungkin penyakit abah ni boleh diubatkan. "

" Tak apalah, Taufik. Abah redha. Andainya sampai sini sahaja Allah pinjamkan nyawa untuk abah. "

" Tapi, Taufik tak sanggup kehilangan abah. Taufik tak bersedia lagi. " Air mata Taufik mula jatuh berguguran.

" Taufik, bukan soal sedia atau tidak. Setiap yang hidup akan merasai kematian. Kita seharusnya sedia dari awal lagi. Ajal maut ditangan Allah. Kita taktahu rahsia Allah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Percayalah cakap abah."

Taufik menitiskan air matanya. Lamunannya terhenti setelah imam selesai membacakan talkin.

Taufik percaya abah. Taufik redha. Andai Allah pinjamkan abah untuk Taufik sekejap sahaja. Ujar hatinya sambil merenung kubur abahnya.

Luluh hati Amylia melihat Taufik. Hendak ditegur, dia tidak berani. Dia serba salah terhadap lelaki itu.

Dari jauh, Ain memandang Amylia dengan penuh kebencian. Dia merasakan Amylia tidak ikhlas dan berpura-pura terhadap adiknya.

Amylia meneguk air kosong di dalam cawan. Sejak pulang dari kubur, Taufik hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Amylia tidak berani untuk masuk ke dalam bilik.

" Kau pergi mana eh sebenarnya?" soal Ain tiba-tiba.

Amy tersentak.
" Maksud kaklong?" soal Amylia.

" Ala, tak payah pura-pura bodohlah. Kenapa kau tak balik dengan Taufik tadi? Kau gaduh eh?"

" Ma.. Mana ada. Amy ada kursus tadi. Sebab itu tak boleh balik sekali. " jawabnya.

" Kursus? Oh, kursus tu lagi penting dari suami kau ke? " jerkah Ain.

" Bukan macam itu kaklong.. "

" Kalau bukan macam itu, macam mana? Ke sebenarnya kau ni ada jantan lain ni? Yelah, adik aku tu kan dah berumur. Kau kan muda lagi. Takkanlah kau nak dekat ustaz macam dia tu. " tuduh Ain.

Kesabaran Amylia mula menipis.

" Kaklong ni kenapa sebenarnya? Ada saja salah Amy dekat mata kaklong. Ke sebenarnya kaklong ni bencikan Amy? " soal Amy menahan geramnya.

" Hah! Elok pun kau sedar. Aku ingat bodoh sangat. Aku memang tak suka dengan kau. Elok-elok dah aku pilih si Maya tu untuk Taufik, boleh pula dia pilih budak tak ada akhlak macam kau ni. " herdik Ain. Suaranya ditinggikan.

" Kaklong tak ada hak untuk cakap saya macam itu! " Amylia juga mula meninggikan suara.

" Hah, tengok tu. Kurang ajar. Kau dengan Maya tu macam langit dengan bumi bezanya. Maya tu sudah tentu datangnya dari keturunan yang baik-baik. Bukan macam kau, entah baik entah tidak. " sinis Ain.

" Kaklong jangan melampau. Kesabaran saya ada hadnya. Jangan sampai saya hilang rasa hormat dekat kaklong. " Amylia cuba menahan amarahnya.

" Kenapa? Kau nak pukul aku? Ke nak mengadu dekat suami kau. Hei, kau bukalah mata kau tu sikit. Taufik kahwin dengan kau sebab dia sayangkan umi je. Kalau tak, tak inginlah dia kahwin dengan perempuan macam kau ni. Perempuan kurang ajar. Tak ada akhlak. Silap-silap, dara pun kau tak ada... "

PANGGG!!!

Amylia menampar wajah Ain. Wajah Amylia merah menahan marahnya. Belum pernah dia dihina sedemikian rupa. Jijik sangatkah dirinya dimata wanita itu?

" Berani kau tampar aku! Betina tak guna! " Ain menghayunkan tangan untuk menampar Amylia.

" Ain!!!" jerit Hajah Rokiah.

Tangan Ain terhenti. Dia menoleh ke sisinya. Kelihatan Hajah Rokiah yang sedang menahan marah.

Amylia sudah tidak mampu menahan rasanya lagi. Dia berlari keluar dari rumah itu. Air matanya laju mengalir.

" Amy! Amy! Amylia! " panggil Hajah Rokiah namun Amy terus mempercepatkan langkahnya.

Taufik yang tertidur setelah solat isyak terjaga apabila mendengar bunyi bising. Dilihat sebelahnya, kosong.

Mana Amy? Taufik menepuk dahinya. Dia baru sedar, satu hari ini dia langsung tidak menegur gadis itu.

Bunyi bising dari dapur, menyebabkan Taufik bergegas ke dapur.

" Kenapa bising-bising ni umi?" soal Taufik.

" Taufik, Amy lari." ujar Hajah Rokiah cemas.

" Hah! Lari? Kenapa?" soalnya terkejut.

" Nanti umi cerita. Pergi cari Amy cepat. Dah lewat malam ni. Bahaya dia seorang." arah Hajah Rokiah.

Taufik segera berlari keluar rumah. Nama Amy dijerit berkali - kali, namun tidak sahutan.

Awak kat mana sayang?

Hajah Rokiah menjeling tajam terhadap Ain yang berdiri kaku.

" Kalau sampai ada apa - apa berlaku dekat Amy. Jangan harap umi maafkan Ain." ugut Hajah Rokiah.

Ain menelan air liur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience