BAB 10

Romance Series 17652

Kedengaran azan subuh berkumandang . Amylia membuka matanya walaupun payah . Tepinya kosong .

Dah bangun dulu kot .

Saat Amy hendak turun dari katilnya , kelihatan sesosok manusia yang berselubung dengan selimut .

Aik ? Dah kenapa tidur dekat bawah pula ni ? Getus hati Amylia . Namun , dia memilih untuk membiarkan sahaja perlakuan suaminya itu .

" Ha Amy , Taufik mana ? Selalunya waktu macam ni , dia dah terpacak dah dekat ruang solat tu . " soal Haji Halim .

" Tidur lagilah abah . Takpe , nanti Amy kejutkan . " tutur Amylia sopan .

" Ha kalau macam tu cepat sikit tau . Tak elok lambatkan solat . " pesan Haji Halim .

Amy menganggukkan kepalanya .

Huh ! Sembang je cakap bangun awal .

Usai solat subuh , Amylia menapak ke biliknya . Namun , dia sempat ditahan oleh Taufik .

" Amy , saya nak ikut abah pergi kebun kejap tau . Mana tahu ada rezeki dapat durian ke ? " ujar Taufik .

" Benda macam tu pun kena report dekat saya ke ? Ustaz nak pergi , pergi jelah . " jawab Amy acuh tak acuh .

" Kenalah bagitahu . Mana tahu awak cari-cari pula saya nanti . " usik Taufik .

" Eh , tak ada maknanya . Baik saya sambung tidur . " balas Amylia kemudian terus masuk ke dalam bilik .

Taufik tersenyum nipis .
Tak apa , Taufik . Kau kena banyak bersabar . Insha Allah nanti lembutlah hati dia .

Matahari sudah terpacak di atas kepala saat Taufik dan Haji Halim balik dari kebun .

" Balik pun dua beranak ni . Ingatkan dah tidur dekat kebun tu . " ujar Hajah Rokiah .

" Ala awak ni . Biarlah . Bukan selalu saya dapat pergi kebun dengan Taufik ni ha . Rindu zaman dia kecil-kecil dulu . " balas Haji Halim .

" Saya faham , bang. Tapi , si Taufik ni dah ada isteri . Baru kahwin semalam pula tu . Kesian si Amylia tu . "

" Taufik dah bagitahu Amy subuh tadi yang Taufik nak pergi kebun dengan abah . "

" Ha iyelah . Dah , sekarang ni naik pergi mandi . Lepastu , sarapan . " tutur Hajah Rokiah .

" Umi , Amy mana ? " soal Taufik .

" Ada bilik tu . Dok menung suami tak balik-balik lagi. "

Jawapan Hajah Rokiah membuatkan Taufik tersengih .

Langsir bilik diselak . Kelihatan Amy yang sedang tidur . Taufik berjalan merapati isterinya .

Aduh , parah ni ! Tengah tidur pun cantik , monolognya sendirian .

Dia bingkas bangun dari tempat duduknya lalu pergi ke bilik air . Dia sendiri sudah tidak sanggup menghidu bau badannya .

Mata Amylia celik sebelah .
" Fuh , cuak gila tadi . Aku ingat ustaz nak buat apa-apa tadi . Tapi , apasal dia tenung muka aku ? " ujar Amy separa berbisik .

Amylia sebenarnya berpura-pura tidur . Sejak subuh lagi dia tidak boleh melelapkan matanya . Jadi dia mengambil keputusan untuk baring di dalam biliknya .

Keluar sahaja bilik air , hidung Taufik menangkap bau bihun goreng .

Sedapnya bau . Lapar perut ni .

" Haa , Taufik . Jom makan . Abah dah lapar ni . " ajak Haji Halim .

Taufik mengambil tempat disebelah abahnya . Bihun goreng dijamah .

" Sedap bihun goreng yang umi masak ni . Tapi kenapa rasa lain ? " ujar Taufik .

" Ha , kalau kamu nak tahu bukan umi yang masak . Tapi , isteri kamu tu yang masak. Pagi tadi umi ingat nak masak , sekali tengok Amy dah tercegat kat dapur . "

Taufik kehairanan .
Amy pandai masak rupanya . Kata tak reti .

" Baguslah menantu kita tu pandai masak. Lepas ni boleh rasa dia masak lauk lain pula . " ujar Haji Halim lalu menghirup air tehnya .

" Pandaikan saya pilih menantu . Dari dulu lagi saya memang yakin yang Amylia tu jodoh yang terbaik untuk Taufik . Lepas ni , gemuklah anak kita kan bang ? " usik Hajah Rokiah .

Taufik hanya tersengih .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience