BAB 14

Romance Series 17652

Amy melabuhkan punggungnya di atas kerusi . Beg yang digalas dibelakang , dibuka dan dia mengeluarkan beberapa buah buku . Dia mula mengulangkaji sementelah peperiksaan semakin hampir .

" Good morning , pengantin baru ! How was your marriage ? " soal Sarah .

Amy menerkup mulut Sarah .
" Ish , engkau ni takboleh cakap perlahan-lahan ke ? Kecil-kecil telan speaker ke apa ?"

" Sorry , aku terlebih excited pula . So , how was your life as a married girl ? " soal Sarah lagi .

" Nothing much . Sama jelah . " jawab Amy acuh tak acuh .

" Yeke ? You know what ? "

" What ? "

" Lepas kau kahwin , aku nampak muka kau berseri-seri sangat . You look different ! "

" Eleh , saja je kau ni . " balas Amy .

" Betul . Tadi pun aku nampak ustaz Taufik senyum sorang-sorang . " tambah Sarah lagi .

" Kalau dia senyum sorang-sorang , tu maknanya dia gilalah tu . Apa kaitan dengan aku ? "

" Ee , Amy . Tak baik cakap dia macam tu . He's your husband . Kau kena jaga husband kau elok-elok tau . Orang kat sekolah ni semua gilakan ustaz Taufik tu . "

Amy kelihatan berminat dengan kata-kata Sarah .
" Maksud kau ? "

" Kau taktau ke babe , ada budak sekolah ni buat fanclub untuk ustaz Taufik . Everyday , diorang akan post status frust sebab ustaz Taufik dah kahwin . "

Amy ketawa terbahak-bahak .
" Fanclub ? Apa bendalah budak-budak ni ? Tak matang langsung . Apa yang diorang gilakan sangat dekat ustaz Taufik tu ? "

" Hei , kau jangan tak tahu banyak orang kata ustaz Taufik tu husband material . Dahlah baik , alim , handsome pula tu . Dengar cerita , cikgu-cikgu praktikal pun minat dekat dia tau . Untunglah kau . " balas Sarah .

Amy mencebik .
" Untung apanya ? Aku tengok dia biasa je . Handsome celah mananya ? Aku syak diorang tu buta kot . Takpun , desperate sangat . "

" Amy , mulut kau kan . Cuba kau fikir perasaan ustaz Taufik kalau dengar kau cakap macam ni ? Mesti dia kecil hati . Amy , kau mungkin nampak dia biasa je tapi orang lain nampak dia luar biasa . " ujar Sarah .

" Amboi , bukan main lagi backup ustaz Taufik tu . Dahlah , malas aku nak layan kau . Baik aku baca buku lagi bagus . Ustaz Taufik tu tak masuk pun dalam SPM . "

" Haa yelah . Bacalah buku tu . Telan pun tak apa . Nak gosip sikit pun tak boleh . " Sarah pura-pura merajuk .

Amy hanya diam .
Handsome sangat ke ustaz tu ? Rupa tu adalah juga tapi tak adalah handsome mana . Budak-budak ni yang terlebih gatal kot . Dahlah , malas aku nak ambil tahu . Gumam hati Amylia .

Usai solat Asar , Taufik membaca sepotong doa sambil diaminkan Amylia . Taufik sentiasa berdoa agar perkahwinannya dengan Amy sentiasa berkekalan .

Setelah menyalami tangan Taufik , tanpa membuka telekung , Amy terus menghempas badannya di atas katil .

" Amy , tak baik tidur lepas Asar . " nasihat Taufik .

" Ala , ustaz . Kali ini je , bagilah saya tidur . Saya penat sangat ni . Setengah jam pun jadilah . " pujuk Amy sambil matanya terpejam .

" Setengah jam je tau . Nanti saya kejut awak . " Taufik membuat perjanjian . Dia cuba bertolak ansur dengan gadis itu .

Amy diam sepi . Dia sudah lena dibuai mimpinya .

Taufik duduk di atas kerusi di balkoni biliknya . Perasaan rindunya pada abahnya membuatkan dia menghubungi lelaki itu .

" Assalammualaikum abah . Abah sihat ? " soal Taufik sebaik sahaja panggilannya dijawab .

" Waalaikummussalam , abah sihat je . Taufik macam mana , okay ke ? "

" Taufik okay je . Sebenarnya , Taufik call ni sebab Taufik rindukan abah dan umi . " ujar Taufik .

" Kalau rindukan abah dengan umi , baliklah sini selalu . Umi kamu pun rindukan anak menantu dia . " balas Haji Halim .

" Ikutkan hati Taufik , memang nak balik je tiap minggu . Tapi nak buat macam mana , Taufik kerja . Amy pula ada kelas tambahan setiap hujung minggu . "

" Tak apa , abah faham . Taufik dengan Amy okay ke ? Amy dah boleh terima Taufik ? " soal Haji Halim .

Taufik diam seketika .
" Alhamdulillah , hubungan kami baik je . Taufik takboleh nak paksa Amy sangat , dia masih lagi cuba terima hakikat yang dia dah kahwin . Dalam hal ni , kita kena bagi Amy masa . "

" Baguslah kalau macam tu . Tapi , Taufik tak ada cuba ke pikat hati Amy ? Yelah , Amy tu kan orang muda . Kalau kena caranya , insha Allah terbuka hati dia untuk terima Taufik . " cadang Haji Halim .

Dahi Taufik berkerut .
" Pikat ? Macam mana tu ? Taufik tak retilah abah . " jujur Taufik .

Kedengaran tawa Haji Halim .
" Taufik ni umur dah 26 tahun , nak pikat isteri sendiri pun tak reti ? Macam ni , Amy tu remaja . Jadi dia mesti lebih tertarik kalau Taufik kemas sikit . "

" Kenapa abah ? Taufik selekeh sangat ke ? Taufik rasa okay je ni . "

" Bukan maksud abah Taufik ni selekeh tapi apa kata Taufik bergaya macam orang muda sikit . Jujur abah kata cara pakaian Taufik dah macam orang tua . Abah yang dah 60 tahun ni pun nampak lagi muda daripada Taufik . " usik Haji Halim .

Taufik diam . Dia mendengar kata-kata abahnya .

" Tapi , bukannya bergaya yang melampau-lampau tu . Pakaian ketat sampai nak pecah daging tu. Cukup sekadar nampak kemas . Bukan isteri je yang kena jaga penampilan , suami pun sama tau . " tutur Haji Halim lagi.

" Taufik faham abah . Insha Allah , Taufik akan cuba ubah penampilan Taufik . Ha , lupa pula , umi mana abah ? " soal Taufik .

" Umi kamu ke rumah mak Timah . Mak Timah kamu tu demam sikit , itu yang umi pergi lawat tu . " jawab Haji Halim .

" Tak apalah , nanti Taufik call abah balik . Kirim salam dekat umi tau . Assalammualaikum. "

" Ha , iyelah . Elok-elok kerja tu . Waalaikummussalam . " balas Haji Halim seraya mematikan talian .

Taufik termenung sendirian .
Ubah penampilan ? Ada kesan ke ? Takpe Taufik , belum cuba belum tahu .

Mata Taufik memandang Amy yang nyenyak tidur dengan telekungnya . Dalam diam , lelaki itu senyum sendirian .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience