BAB 3

Romance Series 17652

Kereta Honda Jazz milik Taufik diparkir di tepi pagar rumah Banglo milik Encik Badrul .

" Ini ke rumahnya ? Besar betul rumah encik Badrul tu ye Taufik . " ujar Hajah Rokiah sebaik sahaja dia turun dari kereta .

" Encik Badrul ni usahawan yang berjaya . Dia pemilik syarikat yang ternama dekat Malaysia ni . " jawab Taufik .

" Assalammualaikum uncle . Apa khabar ? " ujar Taufik menyapa Encik Badrul .

" Waalaikummussalam . Sihat alhamdulillah . " jawab Encik Badrul .

" Maaflah sampai lewat sedikit , saya dari kampung . Uncle , ni abah dan umi saya . " ujar Taufik .

" Eh , Halim ? " wajah Encik Badrul berkerut .

" Badrul ! Ya Allah , lamanya tak jumpa . Kecilnya dunia ni . " ujar Haji Halim .

" Itulah . Dah lama aku tak jumpa kau . Eh , marilah masuk . Lupa pula nak jemput masuk . " pelawa Encik Badrul .

Taufik masih lagi tercengang .
Abah dengan uncle ni kenal ke ?

" Taufik , kalau Taufik nak tahu Encik Badrul ni kawan abah dari kecil lagi . Satu kampung dulu ni . Inilah geng abah lumba basikal dulu . " ujar Haji Halim .

" Betul tu , dalam kampung tu kitoranglah yang paling nakal . Asyik kenakan orang je . Tapi , itulah sejak kematian ayah dan ibu uncle , uncle berpindah ke Kuala Lumpur . " suara Encik Badrul agak mendatar dihujung ayatnya .

" Tak apalah , semua itu ada hikmahnya . Mungkin kalau semua tu , tak terjadi kau tak akan berjaya macam ni . Allah itu Maha Mengetahui . " tutur Haji Halim .

Taufik senyum seraya mengangguk .

" Tak sangka Taufik ni anak kau , Halim . Kecil sangat je aku rasa dunia ni . " ujar Encik Badrul .

" Puan Maria ada berapa orang anak ? Macam kami 2 orang sahaja . Kakak Taufik dah kahwin . Taufik ni je yang lambat . " soal Hajah Rokiah setelah lama mendiamkan diri .

" Tak payahlah nak berpuan . Panggil Maria je . Saya ada seorang je anak perempuan . Sekolah lagi . Baru tingkatan 5 . Ha , itu pun dia . " ujar Puan Maria sambil menunjuk ke arah Amylia yang membawa sedulang minuman .

Sekali lagi , Taufik bagai dipaku melihat Amylia . Gadis itu tampak berbeza . Kalau tempoh hari dia memakai seluar jeans dan t-shirt . Kali ini , dia tampak manis berbaju kurung cotton dan memakai selendang berwarna merah jambu .

" Jemputlah minum . " pelawa Amy lembut .

" Cantiknya anak gadis awak , Maria . Putih bersih je wajah dia . Nama siapa ? " soal Hajah Rokiah . Dia kelihatan berkenan dengan Amylia .

" Nur Amylia namanya . " jawab Puan Maria .

Baru sahaja Amy mahu bergerak ke dapur , Puan Maria terlebih dahulu telah memanggilnya .

" Amy , duduklah sini . Boleh kenal dengan Pakcik Halim dengan Makcik Rokiah . Mereka ni ibu bapa Ustaz Taufik . Pakcik Halim ni kawan papa dulu . " ujar Puan Maria .

Aduh , mama ni . Saja je .

Amylia memaniskan wajahnya walaupun dia sebenarnya terpaksa .

Taufik yang masih lagi memandang wajah Amylia membuatkan gadis itu berasa tidak selesa .

Amylia mengangkat wajahnya lalu membalas pandangan Taufik . Dia mengangkat keningnya sebagai tanda menyoal kepada Taufik .

Perlakuan Amylia membuatkan Taufik tersentak . Dia menundukkan wajahnya .

Aduh , kantoi lagi ! Taufik , kawal diri .

Dah kenapa ustaz ni ? Pandang macam nampak hantu je .

" Taufik ? Kenapa diam je ? " soal Encik Badrul .

" Taufik ni memang pemalu sikit kalau depan perempuan . " jawab Hajah Rokiah .

Heh , pemalu konon . Yang tenung aku macam nak makan orang tadi tu tak malu ke ? Pirah !

" Kalau Badrul dengan Maria pergi haji nanti , siapa yang jaga Amylia ? " soal Hajah Rokiah .

" Itulah , kami tengah fikir sekarang ni . Buat masa sekarang ni , jalan penyelesaiannya Amylia kena jaga diri dia sendirilah . Saya anak tunggal , begitu juga dengan Maria . Kami taktahu nak suruh siapa jaga Amylia . " jawab Encik Badrul .

" Itulah , ibu dan bapa saya duduk dekat London . Nak suruh mereka datang sini , jauh sangat . Nak hantar Amy pergi sana , dia masih bersekolah . Kami pun buntu . " sambung Puan Maria pula .

Hajah Rokiah mengangguk tanda faham . Dia tersenyum memandang Taufik .

Dahi Taufik berkerut . Dia tidak memahami maksud senyuman uminya .

Eh , jangan-jangan !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience