BAB 22

Romance Series 17652

Taufik duduk di mejanya di bilik guru. Nafas ditarik dalam-dalam.

Nasib baik tak accident tadi. Taufik menarik nafas lega.

Puncanya? Siapa lagi kalau bukan Amylia!

Elok Taufik memandu kereta, tiba-tiba sahaja gadis itu mengusap pehanya. Memang brek mengejutlah jawabnya. Amylia hanya menunjukkan muka tidak bersalah.

Baru sahaja perjalanan disambung kembali, tangannya pula diraih gadis itu. Dicium, diusap dan dibelai.

Mau tak keras sahaja badan Taufik menerima godaan Amylia itu.

Untunglah imannya masih boleh bertahan. Tapi, selama manakah imannya sekiranya Amylia terus menerus melakukan serangan? Taufik menepuk dahi.

" Amboi ustaz Taufik, jauhnya menung. Ingatkan isteri ke tu?" usik Cikgu Mahadi.

" Eh, mana ada cikgu. Saya tengah fikir pasal budak-budak ni. Suka sangat sembang dalam kelas." dalihnya.

"Biasalah tu ustaz. Budak sekarang ni, mana mau dengar cakap. Tapi kalau ustaz yang tegur, mau rasanya." tambah lelaki itu.

" Maksud cikgu?" Taufik tidak mengerti.

" Ustaz kan kegilaan ramai dekat sekolah ni. Mesti ramai budak dengar cakap ustaz ni." usik Mahadi.

" Eh, mana ada cikgu. Saya ni biasa biasa je. " ujar Taufik malu.

" Biasa apanya, bukan main kacak lagi ustaz Taufik ni. Sejak berubah gaya ni, makin kacak orangnya. " puji Mahadi lagi.

" Oh ya, saya tak pernah tengok isteri ustaz. Teringin juga nak tengok wajah gadis yang berjaya mencuri hati ustaz kegilaan ramai ni." ujar Mahadi tiba-tiba.

Taufik menelan air liur.
Haa, pulak dah.

" Oh, isteri saya biasa biasa je orangnya."

" Yeke biasa je ustaz? " soal Amylia yang entah dari mana munculnya.

Wajah Taufik berubah.
Masaklah aku macam ni.

" Amylia pernah jumpa ke isteri ustaz Taufik ni? " soal Mahadi.

" Pernahlah cikgu. Cantik orangnya, manis, sopan. Memang perfect 10 lah. Pandai ustaz Taufik pilih isteri." mata Amy melirik ke arah Taufik.

" Biasalah, orang yang baik macam ustaz ni dapatlah isteri yang baik. Kamu, besar nanti kalau nak kahwin, cari lelaki yang macam ustaz Taufik ni. " pesan cikgu Mahadi.

Amy tersenyum nakal.
" Ala, apa kata saya kahwin jelah dengan ustaz Taufik. Kan lagi senang tak payah nak cari-cari. "

Spontan cikgu Mahadi membulatkan matanya. Taufik pula tersedak air liur sendiri.

Fuh! Lain macam bini aku ni.

" Amboi! Gatalnya kamu! Ustaz Taufik tu suami orang. Macam tak ada lelaki je dalam dunia ni. Dah jangan nak menggatal. Pergi masuk kelas sekarang." arah Mahadi.

" Alaa, gurau sikit je. Saya pasti yang isteri ustaz tu dah cukup untuk ustaz. Takkanlah, ustaz nak duakan isteri dia pula kan? " matanya memandang tepat ke wajah Taufik.

" Macam-macamlah kamu ni. Dah pergi masuk kelas. " ujar lelaki itu sekali lagi.

Amy memuncungkan bibirnya. Lalu melangkah ke kelas.

Taufik menarik nafas lega.

" Biasalah, budak-budak ni ustaz, kuat mengusik. Lagi-lagi si Amylia tu. Nakal budaknya. Eh, saya ada kelas ni. Nanti kita borak lagi ye ustaz." pamit Mahadi.

Taufik tersenyum seraya mengangguk.

Berani betul Amylia menggatal dengannya dihadapan gurunya. Boleh gila kalau setiap hari kena tahan godaan Amylia ni.

Umi, abah, mama, papa, tolong Taufik!

Sesampainya di rumah, Amylia terus menghempas badannya di atas katil. Matanya terasa berat dan badannya letih sangat.

" Amy, mandi dulu. Lepastu, baru boleh tidur." ujar Taufik dari jauh.

Tiada sahutan.

Baju kemejanya ditanggalkan, yang tinggal hanya t-shirt putih yang dipakai di dalam. Dia menghampiri Amylia.

" Amy, bangun sayang." Taufik menggerakkan sedikit badan Amylia. Apabila tiada respon, dia berkira-kira untuk membiarkan sahaja isterinya tidur.

Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, badannya ditarik ke belakang menyebabkan dia jatuh terbaring disebelah Amylia. Dia terbaring menghadap wajah gadis itu.

" Abang nak pergi mana? Jomlah tidur dengan Amy. Tak syoklah kalau tak peluk abang." manja suara Amy.

Taufik menelan air liur.
Mak aih, menipis betul keimanan aku ni. Monolognya sambil meneliti wajah Amylia yang putih bersih.

Perlahan-lahan, Amylia membuka mata menyebabkan pandangan mereka bertaut seketika. Dengan perlahan, Amylia mendekatkan wajahnya dengan Taufik.

Kini, jarak wajah mereka hanya seinci sahaja. Sehinggakan, Taufik boleh merasai hembusan nafas Amylia diwajahnya.

Taufik leka dalam panahan mata Amylia. Dia seakan lupa akan segalanya.

Baru sahaja, Amylia ingin merapatkan wajahnya, Taufik segera bangun lalu berlari ke bilik air.

Amylia ketawa kecil melihat suaminya yang gelabah itu.
" Oh, masih nak jual mahal lagi? Tak apa sayang, tak akan lari gunung dikejar. Ni Nur Amylia lah. Saya ada 1001 cara untuk ngorat ustaz. Just wait and see."

Sementara Taufik di dalam tandas segera mencuci wajahnya beberapa kali untuk mengembalikannya ke dalam dunia realiti.

" Aduh, Taufik! Apa kau buat ni? Nasib sempat sedar, kalau tidak.. Haih, Amylia kenapa seksa abang macam ni? "

Taufik meraup wajahnya.
Wahai iman, sabar sikit. Dua bulan je lagi. Tak lama mana pun. Sabar sikit ye.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience