BAB 2

Romance Series 17652

" What ? Pergi haji ? Kenapa Amy taktau apa-apa ? " soal Amylia . Dia bingkas bangkit dari tempat duduknya .

" Amy , sabar sayang . Bukan mama dengan papa taknak bagitau Amy , cuma kami nak semua urusan selesai baru kami beritahu Amy . " pujuk Puan Maria .

" Kenapa ? Amy tak suka ke mama dengan papa pergi beribadat ? " soal Encik Badrul .

" Bukan macam itu . Of course lah Amy suka , beribadat tu kan tuntutan Allah . Cuma , Amy terkilan because I know nothing about this while I'm the only your daughter . " luah Amy . Dia kembali duduk .

" Okay , forget about that . Bila mama dengan papa nak pergi ? " soal Amy kembali . Dia cuba untuk berfikiran waras .

" Dalam sebulan lagi . " jawab Puan Maria .

" I'm gonna miss both of you . " ujar Amylia .

" Then , behave while we're still around . " balas Encik Badrul .

Jawapan papanya membuatkan wajah Amy masam .
" Am I too bad ? " soal Amy .

" No . You just too naughty . " usik Encik Badrul . Dia dan Puan Maria seraya ketawa . Wajah Amy hanya masam kelat kerana diusik .

Taufik termenung jauh . Entah mengapa dia teringatkan Amylia . Wajah Amylia bermain - main di mindanya sejak tempoh hari . Jelingan gadis itu mencuri perhatiannya . Dia tersenyum sendirian .

" Apa sengih sorang-sorang tu ? Dah jatuh cinta ke anak abah ni ? " usik Haji Halim .

" Jatuh cinta ? " soal Taufik .

" Yelah , orang jatuh cinta je yang termenung lepastu senyum sorang - sorang ni . "

Taufik memusingkan badannya menghadap abahnya .

" Abah , jatuh cinta tu macam mana ? " soal Taufik .

Haji Halim tersembur ketawa .
" Dah 26 tahun pun tak tahu jatuh cinta tu macam mana ? Taufik , Taufik . "

" Taufik mana pernah bercinta abah . " balas Taufik .

" Jatuh cinta ialah fitrah yang dimiliki oleh setiap manusia dan merupakan anugerah daripada Allah . Tidak ada manusia yang ingin disakiti melainkan mendapat rasa cinta yang sedalamnya . Cinta ini penting untuk menjalin hubungan persaudaraan dan keluarga . Namun , yang berbezanya ialah apabila kita jatuh cinta pada sesama manusia . Jatuh cinta pada jantina yang berbeza ni perlulah difahami ada batas-batas tertentu . " terang Haji Halim kepada anak terunanya itu .

Taufik menganggukkan kepalanya tanda faham .

" Kamu dah jatuh cinta ke ? Kalau dah , alhamdulillah . Dah sampai masa kot abah nak timang cucu . " usik Haji Halim lagi .

" Eh , mana ada abah . Taufik tanya je . Lagipun mana ada perempuan nakkan Taufik ni . "

" Itulah , haritu umi nak jodohkan dengan Maya tak mahu . Tengok sekarang , Maya tu dah ada anak sorang dah . Taufik je yang bujang lagi . " sampuk Hajah Rokiah yang membawa sedulang minuman dari dapur .

" Macam mana Taufik nak kahwin dengan Maya , Taufik dah anggap dia macam adik Taufik dah . " balas Taufik .

" Alasan je Taufik ni . Ni , Taufik bila nak kahwin ? Kaklong tu dah 2 anak dia . Umi nak juga dapat menantu perempuan . "

" Ha , umi mula dah . Taufik memang nak kahwin , tapi tak ada calon lah umi . " ujar Taufik .

" Apa kata biar umi yang carikan ? Bukan apa , kawan-kawan umi tu banyak je anak gadis yang belum kahwin . Biar umi kenalkan . Manalah tahu ada yang berkenan . " cadang Hajah Rokiah .

" Kiah , biarlah anak awak ni cari bakal isteri dia sendiri . Nanti kalau dah sampai masanya dia kahwin juga . " potong Haji Halim .

" Nak tunggu sampai bila , bang ? Saya nak juga tengok Taufik ni bersanding . Macam mana rupa anak-anak dia . " balas Hajah Rokiah .

" Awak tak percaya dengan kuasa Allah ke ? Ajal maut , jodoh pertemuan semua kuasa Allah kan ? Kita tunggu jelah . "

" Memanglah bang tapi kalau kita tak berusaha mana dapat . Nak cari bakal isteri ni bukan senang . Kena tengok dulu siapa dia . Baik ke budi pekertinya . " tutur Hajah Rokiah .

Taufik tersenyum .
" Takpelah , macam ni . Soal jodoh Taufik , Taufik biar umi yang cari siapa yang sesuai jadi menantu umi . Taufik ikut je . Boleh ? " soal Taufik .

" Betul ke ni Taufik ? " soal Hajah Rokiah seakan tidak percaya .

" Betul umi . "

Taufik gembira melihat wajah uminya yang berseri-seri mendengar jawapan darinya . Namun , selintas wajah Amylia muncul dimatanya .

Aku dah jatuh cinta ke ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience