BAB 18

Romance Series 17652

Taufik memandang sekeliling . Dia mencari kelibat Amylia namun tidak kelihatan .

Mana Amy ni ? Tak sekolah ke ?

Namun , dia terlihat kelibat Amy sedang berjalan menuruni tangga. Bergegas Taufik berlari mendapatkan Amylia .

" Amy , tunggu kejap . " Taufik menarik tangan Amy .

" Tak payah pegang-pegang . Nak satu sekolah tahu ke ? " Amy merentap tangannya .

" Okey , saya minta maaf . Tapi , sampai bila awak nak macam ni ? Dah dua hari awak tak balik . " ujar Taufik separa berbisik .

" Suka hati sayalah . Yang ustaz sibuk ni kenapa ? Oh , sekarang ni ustaz nak control hidup saya ke ? " sinis Amy .

" Amy , bukan macam tu . Kita boleh bincang . Tapi , masalah tak akan selesai kalau awak lari macam ni . " pujuk lelaki itu lagi .

" Oh , bincang ? Sebelum ustaz buat keputusan tu ustaz tak bincang pun dengan saya . Sudahlah ustaz , saya dah muak dengan perangai ustaz ni . " balas Amy seraya berjalan pergi meninggalkan Taufik .

Taufik mengeluh perlahan . Susah benar untuk memujuk gadis itu . Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering.

" Assalammualaikum umi. "

"Waalaikummussalam, Taufik. Abah.."

Jantung Taufik berdegup laju. Kenapa dengan abah?

Amy duduk termenung di dalam kelasnya. Dia rasa serba salah. Kesalahan Taufik tidaklah sebesar mana tapi entah mengapa hatinya sakit benar.

Sudah acap kali lelaki itu meminta maaf kepadanya namun dia masih lagi degil, egonya tinggi. Dia masih tidak mahu memaafkan suaminya.

Dia sebenarnya merindui lelaki itu. Beberapa hari tinggal di rumah Sarah, tidurnya tidak pernah lena.

" Amy? Kau okey?" soal Sarah yang sedari tadi hanya memerhatikan Amy.

" Aku okey." balasnya pendek.

" Cuba cerita dekat aku, kenapa? Apa masalah kau dengan ustaz Taufik? Apa yang dia dah buat sampai kau marah macam ni?"

Amy hanya diam. Dia memandang lama wajah Sarah sebelum membuka mulut.

" Aku marah dia sebab dia keluarkan nama aku dari Pertandingan Ratu Kebaya tu. Okay, mungkin bagi kau aku ni childish tapi kau tahu kan every year aku masuk. Dia cuba ubah diri aku and I hate that." luah Amy.

Sarah tersenyum nipis.
" Amy, dia tak cuba ubah kau. Dia cuma nak lindungi isteri dia. Mana ada suami yang suka isteri dia tayang badan dekat orang lain. "

" Sarah, it's not like aku bogel pun. Fashion show je kot. Open minded lah sikit. " rengus Amy. Tidak puas hati.

" Amy, suami kau tu lelaki. Dia tahu exactly apa yang lelaki tengok bila dia pandang perempuan. Dan suami kau taknak benda tu berlaku. Dia taknak lelaki lain pandang isteri dia dengan perasaan bernafsu. "

Amy diam. Membatukan diri.

" Amy, kau lupa ke apa yang jadi tahun lepas? Macam mana kau kena kacau dengan lelaki gila seks yang obses dengan kau tu. Kau hampir kena culik dengan dia tau. Nasib baiklah dia dah kena tahan. " sambung Sarah lagi.

" Ye, aku tak lupa." jawab Amy.

" Itulah yang ustaz Taufik cuba elakkan. Dia cuma nak protect isteri dia je. " tutur Sarah lembut.

Amy diam. Matanya berair. Entah mengapa, hatinya kesal kerana memarahi lelaki itu.

" Amy, kau balik ye hari ini? Balik ke pangkuan suami kau. Kasihan dia. Dia mesti rindukan kau. " pujuk Sarah perlahan. Dia tahu hati Amylia ini lembut.

Dengan lemah, Amylia menganggukkan kepalanya. Sarah menarik Amy ke dalam rangkulannya. Kedengaran esakan kecil dari gadis itu.

Maafkan Amy, ustaz.

Sudah hampir sejam Amy menunggu di rumahnya. Namun, kelibat Taufik masih lagi tidak kelihatan.

Mana ustaz pergi ni? Takkan ustaz marahkan aku?

Amy mula risau. Takut-takut ada perkara buruk yang berlaku. Kedengaran telefonnya berdering menandakan mesej masuk.

| Assalammualaikum Amy, saya di kampung. Abah meninggal. |

Amy tersentak. Terasa gugur jantungnya.

Ya Allah, abah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience