Bab 35

Romance Completed 14382

Ab abg..abg dh sedar?"bercahaya mata Alia melihat sosok itu.Tangan Aiman yg berada di dalam genggamannya digoncang perlahan utk kepastian.

Masih tiada lagi respond dari tubuh itu.

"Abg..abg dh sedar?Alhamdulillah..Abg tunggu kejap ehh..Iris panggilkan doktor"ujar Alia sambil tersenyum,biarpun masih belum mendapat balasan dari suaminya.

Airmata bahagia yg mengalir dikesat sebelum pintu wad dituju

"Puan tunggu diluar dulu ye,biar doktor buat pemeriksaan terlebih dahulu"pinta seorang nurse,Alia hanya mengangguk.

Tidak sabar rasanya mahu menatap wajah kesayangan itu.

****************

"Doktor..mcm mana keadaan dia?"soal Saiful bila melihat seorang doktor keluar dari ruangan bilik rawatan.

"Keadaan dia dh stabil cuma..isteri encik keguguran.Pihak kami minta maaf kerana tak dpt selamatkan anak encik.Semoga encik dan isteri tabah ye."ujar doktor tersebut sambil menepuk perlahan bahu Saiful

Saiful terkaku sendiri.Terkejut kuasa dua.

Mula-mula terkejut sbb doktor menggelarnya sbg suami kepada wanita tersebut.Kemudian dia terkejut pula bila mendapat tahu bahawa wanita itu keguguran.

Saiful terdiam seketika.Otak memproses tindakan seterusnya yg blh diambilnya.

"Blh saya jumpa dia sekarang doktor?"soal Saiful setelah terdiam beberapa ketika.Doktor membalas dgn menganggukkan kepala

"Blh silakan"

*******

Pintu wad dikuak oleh Saiful.Terlihat sekujur tubuh bersandar dikepala katil dgn wajah pucat dan tidak bermaya sambil matanya merenung jauh keluar jendela.

Masih tidak sedar akan kejadiran Saiful disitu

"Ehemm.."Saiful berdehem perlahan.Menyedarkan wanita itu.

Pantas pandangan Linda jatuh kearah Saiful.Tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki ini.

"Aw awak siapa?Kenapa awak ada dekat sini?"soal Linda sedikit gagap.

"Saya Saiful.Saya yg bawak awak kesini.Apa yg jadi sebenarnya?Kalau tak keberatan ceritalah dekat saya.Mana tahu saya blh tlg"soal Saiful prihatin.Sambil-sambil tu blh la juga dia menyelam sambil minum airkan?

Linda hanya membalas dgn gelengan.Masakan dia mahu bercerita dgn insan yg dia sendiri tak kenal

"Apa-apa pun,terima kasih sbb sudi tlg saya.Kalau awak takde,saya tak tahulah apa jadi dekat saya"sayu Linda berkata,senyum cuba dilorekkan walaupun terasa payah.

Hati dan jiwanya begitu sakit dan kecewa ketika ini.Sakit kerana dilayan oleh org yg dicintai umpama binatang.Dipukul,ditendang,dihalau dan diherdik seakan dia tidak punya perasaan.

Hatinya juga kecewa kerana tidak dpt menyelamatkan anak yg baru sahaja dikandung olehnya.Walaupun anak tu dari benih yg tidak sah,tapi dia sudah jatuh sayang pada anak itu.

"Awak..awak..Helloo!!"panggil Saiful lagi sambil tangan melambai-lambai dihadapan Linda.

Linda tersentak dari lamunannya "Ya..ya kenapa?"cemas Linda

"Saya tanya awak,awak nk mkn apa-apa tak?Saya blh tlg belikan"soal Saiful lembut.Entah kenapa hatinya seakan terasa sesuatu bila melihat wajah itu.Kasihan,simpati dan entah,susah utk dihuraikan.

"Owh..sorry tak perasan awak tanya tadi.Takpelah saya tak lapar lagi."

"Awak taknak pergi buat report?"

Linda tergamam."Report apa?"soal Linda seakan tidak mengetahui apa-apa

"Tuu.."Saiful menundingkan jari telunjuknya kearah muka Linda

"Saya tahu awak kena pukul"tambah Saiful lagi

"Aw awak..awak nampak ke?Ehh tak..macam mana awak tahu?"soal Linda kalut,entah apa yg keluar dari mulutnya, juga dia tidak tahu.Ikut sedap mulut sahaja.

Saiful tersenyum nipis sebelum menjawab pertanyaan wanita itu

"Saya ada disitu dan saya nampak dari A sampailah ke Z apa yg jadi dekat awak.Cuma saya tak tahu sebab apa awak kena mcm ni.Sbb tu saya tanya awak taknak buat report ke?"mata Linda direnung dlm

"Kes pukul,dera tak blh buat main tau.Dia pukul awak sbb awak mengandung ke?"tembak Saiful lagi.Linda membatukan diri.Masakan dia mahu menafikan jika benda sudah terang lagikan bersuluh

"Lepas awak keluar dari sini,saya teman awak buat report ye?"pujuk Saiful lagi setelah Linda hanya membalas dgn bisunya

"Tak payah la.Salah saya juga sbb mendesak dia.Biarlah dia.Saya dh taknak ambil tahu dh.Dia dh halau saya.Itu bermakna dia juga dh halau cinta dia dlm hati saya.Lepas ni saya nk mulakan hidup baru,nk pergi jauh dari dia,jauh dari segala kenangan hitam dekat sini"ujar Linda panjang lebar.Entah kenapa dia seakan mula selesa utk berkongsi dgn Saiful

"In sha Allah.Semoga kehidupan awak lebih baik dari sekarang.Apa-apa awak blh je minta tlg saya.Saya akan sentiasa disisi awak.Dgn izin Allah"

*****************

Alia masih sabar menanti kelibat doktor utk keluar dari wad yg menempatkan suaminya itu.Umi telah diberitahu bahawa Aiman telah sedarkan diri.

Seketika kelibat doktor keluar.Alia terus menerpa kearah itu.

"Doktor mcm mana suami saya?"doktor itu tersenyum kearah Alia

"Alhamdulillah,suami puan dh sedar.Mungkin pergerakkannya agak sedikit terbatas sedikit buat masa sekarang kerana terlalu lama berbaring.Harap puan blh la sama-sama dgn pihak hospital bantu utk memulihkan beliau sepenuhnya"

Alia pantas mengangguk,airmata kesyukuran mengalir lagi.Kedua-dua tangan diraup kemuka,tanda syukur.

"Terima kasih doktor.Kalau mcm tu saya masuk dlm dulu ye"ujar Alia dgn sedikit senyuman

Pintu wad dikuak.Terlihat Aiman berbaring sambil merenung syiling.

Makin melebar senyuman Alia.Katil itu dihampiri dgn perasaan gembira.Tak sabar utk memeluk tubuh itu.

"Abgg.."panggil Alia ceria.

Aiman memandang kearah suara panggilan itu.Berkerut keningnya melihat kehadiran Alia.

Alia pantas memeluk Aiman setelah katil itu dihampiri

"Abg..abg tau tak Iris rindu sangat-sangat dekat abg.Kosong hidup Iris tanpa gurau tawa dari abg.Alhamdulillah..Allah makbulkan doa Iris,doa umi,doa kami semua yg nk sangat tengok abg bangun dari tidur.Syukur Ya Allah"tutur Alia bersama juraian airmata yg tidak berhenti mengalir sedari tadi.

Aiman memegang bahu Alia dgn menggunakan sebelah tangannya lalu menolak sedikit tubuh itu utk menjarakkan kedudukan mereka.

"Sorry..awak siapa?"soal Aiman bersama kerutan didahi

Alia terpempam.Aiman tak kenal dia?Dadanya mula berombak memikirkan kemungkinan itu

"Umi mana?"

"U umii...umi.Umi tak dtg lagi.Tapi umi dh dlm perjalanan kesini..Abg.Abg tak ingat Iris siapa?Ab abg tak cam Iris siapa?Cuba abg tengok betul-betul muka Iris.Abg tak cam?"soal Alia terus menerus.

Hatinya bagai dirobek bila org yg ditunggu utk dipeluk,dibelai tidak dpt mengenalinya.Airmatanya makin deras mengalir

Jika tadi mengalir kerana rasa bersyukur dan terharu.Tapi kali ini mengalir kerana terasa sakit yg mendalam didalam hatinya bila diri tidak diingati oleh sang suami.

Kecewa!

Aiman membalas dgn gelengan.

"Suruh umi saya datang cepat sikit blh?"pinta Aiman dgn nada mendatar.Matanya tidak lepas merenung wajah yg dirindui itu.

Alia memejamkan matanya seketika,membiarkan airmata mengalir.Nafas ditarik dlm sebelum dihembus dan membuka semula matanya.

Airmata dikesat perlahan.Senyuman tawar dihulurkan bersama anggukan.

"Takpelah.Abg rehatlah dulu.Iris keluar tunggu umi dekat luar"selepas menuturkan kata itu,pantas badan dipusingkan tanpa menoleh sedikit pun kearah tubuh itu.

Harapannya musnah!
Hancur!
Berkecai!

Belum pun selangkah diambil oleh Alia,pantas tangannya direntap lembut dan tubuh itu ditarik masuk kedalam pelukkan lelaki itu.

Terkejut Alia dgn tindakan pantas dari lelaki itu.Mahu sahaja tubuh itu ditumbuknya.Tapi belum sempat Alia membuka langkah,Aiman kembali meluahkan isi hatinya

"Syg!Mana mampu diri ini melupakan insan yg selalu bertahta dihati.Mana mampu hati ini melupakan wajah yg selalu hadir dlm mimpi tanpa mengira siang dan malam.Dan mana mampu jiwa ini melupakan senyuman yg selalu menyinari hari-hari abg."tutur Aiman sayu.Airmatanya juga menitis perlahan.

Diri itu juga rindukan sang rusuk kirinya.Mana mungkin dia tidak kenal isteri yg sangat dicintai itu.

Sengaja dia mahu menguji isterinya itu.Tapi bila melihat airmata isterinya yg seakan tidak mahu berhenti,membuatkan niatnya segera dibatalkan.Hatinya juga sakit melihat airmata itu.

"Abg jahat!Abg jahatt!!Abg jahatt!!!"ngongoi Alia didalam pelukan itu sambil tangan menumbuk perlahan dada bidang itu.

Aiman ketawa nipis "Maafkan abg syg.Abg ingat abg nk usik Iris je,tak sangka makin cengeng pulak isteri abg ni sejak mengadung"ujar Aiman sambil tangan memegang perut Alia.

Alia melepaskan pelukan itu.Airmata dikesat.Mata tajam merenung suaminya.Geram!

"Abg tau tak Iris mcm org gila bila tengok abg terbaring mcm ni.Lepastu bila abg sedar,abg tak kenal pulak Iris.Abg ingat tak sakit ke hati ni.Blh pulak dia bergurau benda mcm ni.Eii benci la dgn abg ni"gumam Alia geram.

"Hahahahaa...sorry syg..sorry..ok,lepas ni abg janji tak buat lagi.Betul!"ujar Aiman sambil mengangkat tangan tanda ikrar

Alia tersenyum manis sebelum kembali memeluk suaminya.

"Iris rindukan abg.Baby pun rindukan papa dia.Sangat-sangat!!"

"Me too syg.."ubun-ubun Alia dikucup penuh kasih.

"Makin garang isteri abg sekarang kan?Kecut pulak perut abg tadi"sambung Aiman lagi.Sengaja mahu mengusik si isteri

"Eii abg niii..."dada Aiman ditumbuk perlahan bersama senyuman.

Aiman ketawa perlahan sambil mengeratkan lagi pelukannya.

"I love you so much sygku Iris"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience