Bab 20

Romance Completed 14428

Selepas selesai sesi membatalkan air sembahyang.Aiman dan Alia disuruh utk menjamu selera terlebih dahulu.Terasa kekok mulanya utk Alia duduk berdampingan dgn suaminya.

Mana tidaknya,sebelum kawen pun,berapa kali sahaja mereka berjumpa dan bersembang.Ketika persiapan utk majlis perkahwinan juga jarang berjumpa,mereka hanya akan berjumpa kalau benda itu melibatkan kedua belah pihak perlu hadir sekali.Selebihnya hanya umi yg aturkan.

Setelah selesai menjamu selera,Aiman mengajak Alia utk berkenalan dgn kwn-kwnnya yg tengah menjamu selera dibawah khemah.Pinggang Alia dirangkul mesra dibawah kesedaran mereka sendiri.Mungkin kerana terlalu bahagia ketika ini.

"Amboi abg ngan akak ni,sweet nampak siap peluk-peluk pinggang lagi."usik Atilia.Masing-masing yg baru tersedar terus menjarakkan diri sambil tidak beriak.Zara yg duduk disebelah Atilia hanya menjeling tajam kearah Alia

'Eleh jeling-jeling org pulak minah ni,korek mata kang'desis Alia dlm hati.Entah apa laa minah ni tak puas hati sangat dengan Alia sejak tadi lagi

"Abg Aiman...tahniah tau.Selamat pengantin baru.."ucap Zara leret sambil tersenyum-senyum kearah Aiman.Amboii aku bini dia kt sebelah kot..Geram pulak Alia tengok minah ni.Nasib la dia ni sepupu suami sendiri,kalau tak mahu kena sound dh kerana tergedik-gedik sangat.

Alia menjeling Aiman disebelahnya.Melihat apakah reaksi Aiman.

"Terima kasih Zara.Abg minta diri dulu ye.Jom syg"Aiman mencapai tangan Alia lalu menarik utk membuntuti langkahnya.Huh nasib dia tak layan sangat.Entah kenapa sejak pertama kali Aiman memanggilnya syg,hatinya seakan berbunga-bunga.Bahagia.

Zara hanya merengus geram dgn tindak balas Aiman.

"Dh la tu Zara.Jom ambil makanan"Atilia cuba menarik minat Zara kearah lain.Dia tahu Zara menaruh perasaan trhadap abgnya Aiman.Tapi apa blh buat,abgnya sendiri pernah menolak cintanya depan-depan.Ketika itu Zara dengan tidak malunya meluahkan perasaannya kepada abg Aiman didepan umi sendiri.
Tapi kalau nak tahu, Zara juga tidak akan menolak jika makanan didepan mata.Itu Atilia pasti sangat,sebab mereka memang rapat dari kecil lagi.

********************

Jam menginjak ke angka 12,kebanyakkan tetamu sudah berkurangan.Alia dan Aiman sedari tadi tidak lepas dari senyuman.Biarpun ada juga mulut-mulut yg mengata tentang Alia.Aiman cuba menenangkan Alia dengan menggenggam tangannya serta membisikkan "It's okay Iris,abaikan sahaja mulut diorang.Saya akan sentiasa dibelakang awak dan sokong awak tak kira mcm mana pun keadaan itu"

Walaupun sekadar ayat biasa,tapi ianya sedikit sebanyak dapat membina kekuatan dlm diri Alia dlm menghadapi cemuhan org sekeliling.

Aiman tidak mengenalkan Alia pada keluarganya kerana keluarga belah walid,sudah tidak punya siapa-siapa kerana walid merupakan anak tunggal.Manakala sebelah umi,hanya tinggal makcik Ita.Makcik Ita Alia sudah berkenalan tadi siang.Jadi Aiman hanya mengenalkan Alia pada sahabat-sahabatnya sahaja,dan begitu juga Alia.Tetapi Alia,dia mana la ada kawan sangat.Takat hidup byk habis masa dekat kelab mlm-mlm adalah,tak sempat nk kumpul kwn ramai-ramai.Yg ada dan masih setia berkawan dgnnya kini adalah Bella.Bella la tempat dia mengadu nasib,Bella juga merupakan insan yg selalu ada masa susah senang dia.

Sebut pasal Bella,selepas habis sahaja majlis akad nikah itu,dia terus meminta diri utk pulang.Ada hal katanya.

Setelah itu makcik Ita sekeluarga juga meminta diri utk pulang.Umi ada mengajak mereka utk menumpang tidur disini kerana hari sudah lewat.Tetapi ditolak dengan alasan esok pagi pakcik Hamid kena pergi ke Perlis ada kursus

Pakcik Hamid merupakan seorang guru di sekolah menengah,manakala isterinya hanyalah surirumah sepenuh masa.

"Aiman nnti kalau ada masa,dtg lah rumah makcik.Bawak isteri sekali ye.Blh la nk kenal-kenal lagi dgn isteri kamu ni"bicara makcik Ita sambil menghulurkan tangan utk bersalam dgn tuan rumah

"Haa ye abg Aiman..nnti dtg la rumah,duduk lama sikit.Blh la Zara lepas rindu dekat abg..Lama kita tak jumpa kn.."seraya Zara habis berkata,adiknya terus menampar perlahan tangan kakaknya.

"Apa kata mcm tu,abg Aiman dh kawen kn.Behave sikit"tegur Zikri iaitu adik lelakinya.Zara hanya menjeling tajam kearah adiknya.

Entah apa la dua beranak ni,sikit-sikit Aiman.
Selepas kereta mereka meluncur keluar dari perkarangan rumah.Rumah mereka didatangi lagi oleh tetamu lain.

Masing-masing mengerutkan kening.Menanti tetamu yg baru datang itu keluar dari perut kereta.Pintu kereta dibuka perlahan.Tidak lama kemudian muncul satu sosok.

Alia terkejut melihat gerangan itu.

"Aunty Su"perlahan nama itu disebut.Seraya itu Alia bingkas berlari kearah gerangan itu dan memeluknya erat.Rindu akan wanita ini.Fikirnya wanita ini tidak akan datang dihari bahagianya kerana masih marahkannya.

Airmata laju mengalir bagai tiada tanda mahu berhenti

"Aunty Su..Alia minta maaf.Alia byk dosa.Ampun kn Alia.Alia tak patut lari dulu.Ampunkan Alia aunty.Ampunkan Alia.Aunty marahlah Alia,hukumlah Alia.Tapi jgn buang Alia"ngongoi Alia dalam dakapan aunty Su.

"Shhhhhh....hey apa nangis mcm ni.Baru kawen takkan dh nangis mcm ni?"soal aunty Su sebak mendengar tangisan Alia.

"Aunty Su,tlg jgn buang Alia.Alia dh takde sapa-sapa"sambung Alia lagi masih dlm esakkan.

"Takkan lah aunty nk buang kamu.Kamu satu-satunya ank saudara aunty.Mana blh buang mcm tu je.Dah jgn nangis"aunty Su mengesat airmata Alia.

"Habis kenapa Alia datang rumah haritu,aunty Su taknak jumpa Alia?"

Aunty Su hanya mengulum senyuman

"Maaf Alia.Aunty Su ada sebab sendiri kenapa aunty taknak jumpa kamu dekat rumah kita.Ni aunty dh datang kn?"

"Tapi aunty Su datang lambat"rengek Alia pulak.Terlupa terus dia akan kewujudan yg lain yg tengah memandang tingkah lakunya.

"Aunty Su ada kerja dekat Sarawak,ini pun baru sampai sini.Lepastu bergegas nk jumpa anak saudara aunty yg manja ni.Tak perasan pulak sekarang dh pukul 12 lebih dh.By the way,nampak manis Alia pakai tudung tutup macam ni.Sejuk hati aunty Su tengok.Alhamdulillah.Semoga terus istiqomah ya."puji aunty Su

Alia hanya mengangguk dan tersenyum nipis kearah aunty Su

"Haa taknak kenalkan aunty dgn keluarga suami kamu ke?"

Erkkk..Ya Allah..mcm mana aku blh lupa pasal diorang.Tak pasal diorang jadi penonton drama sebabak tadi..Aduhh malu...

Alia menjeling sekilas kearah penonton yg dari tadi menyaksikan drama airmatanya.Mereka hanya tersenyum manis kearah kami.

"Erkk..hehehee..sorry lupa"sengih kambing dilakarkan,sambil kepala yg tidak gatal digaru

"Aunty Su,ni suami Alia.Aiman.Yg comel manis ni umi mentua Alia,dan yg senyum mcm kerang basi tu adik ipar Alia,Atilia namanya"perkenal Alia,sambil dihujung ayatnya sempat lagi mengena adik iparnya itu.Atilia hanya menarik muncung sedepa,seperti biasa kalau merajuk.Hahahaa.

"Umi,Aiman dan Atilia,ni aunty Su Alia,yg Alia ceritakan tu."sambung Alia lagi

"Aunty Su dh kenal la.Saja aunty nk test kamu tadi"sengih aunty Su seraya bersalaman dgn umi

Hahh??Dh kenal??Bila??Mcm mana??Belum sempat Alia melontarkan soalan, aunty Su sudah mengikut arah umi kedalam khemah.Atilia juga pergi arah yg sama.Kini tinggallah dia dan Aiman

Aiman menghampiri Alia dan merangkul bahu Alia.Alia terkaku dgn perlakuan itu.Masih kekok.
"Sebelum awak terima pinangan saya.Saya dh pergi jumpa aunty Su utk minta kebenaran nk memperisterikan awak"Aiman seperti dpt mengagak akan soalan yg bersarang didalam fikiran isterinya

"Tapi..mcm mana awak tahu rumah saya?"soal Alia.Pelik.

Hidung Alia dicuit mesra "Saya kn pernah hantar awak balik,lupa la tu"Alia hanya mampu membuat mulut berbentuk 'o' mengiakannya.

Selepas beberapa ketika,aunty Su mula meminta diri.

"Alia dh ada suami ni,ikut ckp suami,taat pada suami.Apa-apa bawak bincang elok-elok.Jgn terlampau ikut kata hati sangat"nasihat umi

"Aiman,tlg jaga ank saudara aunty Su ni baik-baik ye.Jgn pernah abaikan dia ya."aunty Su beralih pula kepada Aiman

Aiman dan Alia mengangguk serentak.

Mereka mula masuk kedalam rumah selepas semua tetamu sudah pulang kerumah.Perkakas utk meletakkan makanan semuanya telah diselesaikan oleh pembantu sementara yg telah diupah umi bagi membersihkannya pada mlm itu.Hal ini kerana,semua sudah maklum.Dari siang mereka kepenatan membuat kerja sampai kemalam,jadi mlm tugas diambil oleh pembantu itu pulak.Umi hanya sekadar memerhati dari jauh,umi tidak dibenarkan membuat kerja lagi.Kerana wanita itu sudah terlalu byk kehulu kehilir dlm memastikan majlis ank menantunya brjalan lancar.Kini masanya utk berehat kembali pula.

Alia juga tidak melepaskan peluang menolong sikit-sikit.Makin byk tangan yg menolong,makin cepat kerja siap dan makin cepat juga utknya masuk tidur.

Errkkk..tidur?Aduhh...mcm mana nk tidur mlm ni..huhuuu

Aiman dari tadi minta diri utk naik bersihkan diri dan menunaikan solat,kerana tadi dia tidak sempat.Selepas selesai menunaikan solat,dia kembali menolong menyimpan apa yg patut.

Jam menginjak ke angka 2pagi barulah semuanya habis dikemas.Huhh penat juga kalau buat kenduri mlm hari ya..Arhh menyesal,taknak dh...

"Dh Aiman bawak isteri kamu ni naik,dh lewat dh ni"ujar umi setelah melihat Alia seakan sudah kehilangan tenaga.Aiman hanya mengangguk dan terus mengajak Alia naik.Alia yg sangat keletihan hanya sekadar mengikut sampai kebilik tidur baru mereka.

***********************

"Iris dh solat isyak belum?Kalau belum,lepas mandi Iris solat dulu ya,sebelum tidur"tegur Aiman.Takut isterinya terlupa.Alia tersentak dgn pertanyaan suaminya itu

Alia serba salah sendiri.Ya Allah mcm mana nk jawab ni.Terkaku Alia sendirian.Mcm mana nk jawab yg aku tak reti sembahyang.Dh lama aku tak sembahyang sampai kn aku sendiri lupa mcm mana nk sembahyang.Takkan nk tipu kata uzur.Sampai bila je blh tipu..Aduhh..

"Erkk...aw awakk..saya ckp ni,aw awak jgn marah saya ye"soal Alia perlahan dan tergagap,masih statik ditempatnya berdiri.Kepala ditundukkan,serba salah,takut,malu semua bergabung menjadi satu.Aiman mengerutkan kening,tidak faham utk apa dia harus marah.

"Apa dia?awak ckp je,saya janji takkan marah"yakin Aiman.

Alia menggigit bawah bibir.Nafas ditarik dan dilepaskan perlahan.

"Sa saya..tak pan dai, so lat" lambat-lambat Alia bertutur.Aiman hanya tersenyum mendengar pengakuan Alia.

"Emm..kalau mcm tu,mandi wajib awak tahu?"Alia mengangguk.

"Ambil air sembahyang?"soal Aiman lagi.Alia mengangguk lagi.

"Ok kalau mcm tu,awak mandi dulu.Lepastu ambik air sembahyang sekali.Biar saya ajar awak solat ye?"Aiman menawarkan diri.Tangannya naik mengelus lembut kepala Alia.

Utk apa dia harus marah.Sudah menjadi tanggungjawabnya utk membimbing isteri sendiri.

Alia yg mendengar kata-kata Aiman segera mendongak

"Aw awak tak marah ke?"soal Alia serba salah.Aiman hanya menggeleng sambil tersenyum kearah Alia

"Utk apa saya nk marah.Dh jadi satu tanggungjawab saya kn,utk bimbing awak.Dh sekarang pergi mandi.Dh lewat ni"

Selesai membersihkan diri.Aiman mula menunaikan tanggungjawabnya utk mengajar Alia.Agak sukar utk Alia mengikut pada permulaanya,tetapi setelah dicuba beberapa kali.Akhirnya Alia berjaya juga.Malu cuba ditolak ketepi.Selepas selesai menunaikan solat,dia merasakan ketenangan yg telah lama hilang dlm hidupnya.Ketenangan yg telah diragut bersama selepas kematian kedua ibubapanya.

"Terima kasih awak.Sebab sudi ajar saya"tangan Aiman dicapai lalu dikucup penuh kasih syg.Aiman mengusap lembut kepala Alia

"Dh taknak sedih-sedih.Apa aje yg awak tak tahu dan awak nk belajar, awak bagitahu saja dekat saya ye.Kita sama-sama belajar.Ok syg"Alia mengangguk dan tersenyum kearah Aiman.

"Dh jom tidur,dh lewat sangat ni"

Selesai menyimpan kain sembahyang.Lampu ditutup,katil dituju.Oleh sebab masing-masing keletihan tidak sampai beberapa minit.Mereka sudah dibuai mimpi sambil berpelukkan.

ps:mcm biasa kalau ada typo harap dimaafkan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience