Bab 4

Romance Completed 14382

Seperti yang dijanjikan pukul 9 tepat kereta pacuan empat roda milik Haikal sampai di Villa milik Alia.
Setelah kelibat kereta Haikal kelihatan Alia bergegas mendapatkan aunty Su nya dan mencium pipi wanita itu sebelum bergegas keluar
Aunty Su hanya menggelengkan kepala melihat tingkat laku gadis itu "Hati-hati"pesanan dititipkan.Entah dengar entah tidak anak saudaranya itu.
"Tak perlu ikut dia"beritahu aunty Su terhadap lelaki yang diupah sebagai bodyguard Alia

Aunty Su sengaja mengupah bodyguard untuk gadis itu,bagi memastikan keselamatannya,tetapi ditentang keras oleh gadis tu.Tidak selesa katanya sebab asyik diekori dan juga menyatakan dia sudah cukup dewasa untuk dikawal ketat.
Bukan apa wanita ini hanya bimbang jika peristiwa 5tahun yang lepas berulang,dia tidak sanggup kehilangan lagi orang yang dia sayang.

Bagaimanapun,bodyguard yang diupah oleh aunty Su hanya akan mengawasinya dari jauh tanpa pengetahuan Alia ketika ia keluar ke pejabat atau melepak bersama rakan-rakannya,tapi tidak bila Alia bersama Haikal,kerana aunty Su percaya Haikal mampu melindungi gadis itu,tanpa dia ketahui,Haikal hanya ingin mengambil kesempatan keatas gadis itu.

******

"Tempat apa ni you bawak I?Macam sunyi je?Macam takde orang je?"bertalu-talu soalan diajukan buat lelaki dihadapanya bila mereka sampai disebuah rumah teres.Yang menghairankannya katanya ada birthday party,tapi kenapa sunyi dan gelap gelita ja.Hati makin berasa tidak sedap,seperti ada sesuatu bakal terjadi

"You I tanya you kn?"suara Alia meninggi setelah soalannya tadi tidak berbalas.

"Chill sayang,jom kita masuk dulu.Diorang tak sampai lagi la kot tu"kata Haikal cuba yakinkan Alia,sambil pinggang Alia dipeluk dan berjalan menghampiri pintu masuk rumah tersebut

Entah macam mana Alia termakan akan kata-katanya,dia perlahan-lahan menuju kepintu masuk rumah teres tersebut.Lampu rumah dihidupkan

"You duduklah dulu,I pergi dapur ambil air dekat you" Alia hanya melihat kelibat itu menghilang kedapur.Dia tertanya sendiri,kata kawan dia yang buat party,kenapa tak datang lagi?Ni rumah siapa?Kenapa Haikal ada kunci rumah ni?pelbagai soalan bermain difikiran Alia,tapi dia tidak punya jawapan untuk soalan itu.

Alia bangun ingin menuju kedapur untuk mendapatkan jawapan.hampir setapak dia menuju ke dapur dia melihat Haikal seakan memasukkan sesuatu kedalam minuman.Apa tu?kata alia dalam hati.Kata nk buat Air untuk aku..
Tak berkelip Alia melihat kelibat tersebut,adakah..adakah..Alia takut sendirian,dia ingin lari dari situ.tapi entah bagaimana kakinya terlanggar meja kecil yang terdapat disitu yang menyebabkan pasu yang ada diatas meja itu jatuh menyembah bumi.
Haikal segera menoleh kearah bunyi kaca yang jatuh itu,tidak seman dia melihat Alia ingin pergi

"Shitt"

"Aliaa,nk pergi mana tu?"laung Haikal didapur sambil bergegas ke arah ruang tamu
"I balik dlu,tadi aunty call dia kata dia jatuh,bye"pamit Alia,cuba untuk menyembunyikan rasa takutnya

"Hahahaha..kalau ye pown minum la air ni dulu,then i akan hantar you balik,promise"

"Takpe lah i pergi dulu"belum sempat Alia melangkah keluar,tubuh Alia ditarik kasar dari arah belakang menyebabkannya terdorong kebelakang dan terjelepuk diatas sofa yang terdapat disitu,wajah Haikal yang tersenyum sinis ditatap.

"Relaks la sayang,awal lagi kot..kejap lagi you balik la jumpa aunty you yang sakit tu,bukan you nak duduk sini sampai bila-bila kan or you memang nak duduk sini dengan I.hmmm.."Haikal cuba dekatkan wajahnya dengan wajah Alia,nafsunya membuak-buak.Tambah-tambah dengan pemakaian Alia malam nie,dress tanpa lengan dan hanya separas lutu..Arhh imannya goyah.
Alia cuba melarikan diri sekali lagi,tapi tidak berjaya,tubuhnya ditarik dan tidak semena-mena pipinya ditampar berkali-kali menyebabkan darah mengalir ditepi bibirnya.Pergelutan berlaku untuk beberapa ketika.Haikal cuba mencumbui Alia,dengan kudrat yang ada Alia menendang bahagian sensitif lelaki terbabit.Senak dibuatnya lelaki itu,dengan peluang yang ada dia melarikan diri.Jauh dari lelaki itu,ya Allah apa aku dh buat nie.Ya Allah aku hampir dinoda.
Airmata semakin lebat mengalir apabila mahkota yang dijaga selama ini hampir diragut oleh lelaki itu.Dia mengaku,dia jahil,dia sukakan parti,hiburan tapi dia paling benci dan sangat-sangat menjaga mahkota yang paling berharga dalam hidupnya.

******
Entah berapa lama dia berjalan dia sendiri tidak tahu,jam dipergelangan tangan dikerling.Jam menunjukkan sudah pukul 11 malam,keluhan dilepaskan.Mana ada teksi waktu-waktu macam ni.Nak call driver??fone,tas tangan semua ada dekat rumah tadi.
Huh..sekali lagi Alia mengeluh kerana kecuaiannya..Tiba-tiba dia takut sendiri,macam mana kalau Haikal terjumpa dia dekat sini?Tak pun macam mana kalau ada orang lain yang nak mengambil kesempatan keatasnya.
Airmata yang mengalir dari tadi dikesat kasar

Tiba-tiba ada sebuah kereta bmw x6 berhenti didepan Alia.Alia terkaku,dugaan apa pulak ini?Siapa yang berhenti dekat depan aku nie.Air liur ditelan berkali-kali.

"Cik.."suara itu..suara itu..kenapa aku macam pernah dengar,perlahan-lahan ku angkat sedikit wajah untuk melihat pemilik kereta tersebut.

"Encik ustaz.."

***

"kenapa ada kat sini malam-malam?Mana kasut awak?kenapa awak menangis dekat situ?"soal encik ustaz tersebut setelah Alia selamat masuk kedalam perut keretanya.Alia mengambil tempat dibekang,itu apa yang disuruh oleh jejaka itu,bagi mengelak fitnah
Alia hanya mampu tersenyum melihat wajah lelaki tersebut menggunakan cermin pandang belakang
"Kuatkan jodoh kita"sambil diselangi tawa

"Hah?"

"Takde apa la,actually saya lari dari someone"bagitahu Alia sambil sendu cuba ditahan,tidak ingin dia mengingati apa yang terjadi tdi
"Thanks sebab sudi tolong saya"senyuman ikhlas dipamerkan bila Alia perasan lelaki tersebut melihatnya melalui cermin pandang belakang,tetapi cepat-cepat dia melarikan pandangan setelah dia terkantoi..
"Boleh saya tahu apa nama encik?"
"Saya Aiman"
"Owh encik Aiman,such a nice name and nice guy,thanks sudi hantar saya sampai sini"ucap Alia bila mereka sudah sampai di pintu pagar villa Alia

Entah mengapa hatinya berasa berat untuk membiarkan Aiman balik.Adakah mereka akan berjumpa lagi?Adakah Aiman akan menjadi penyelamatnya lagi?Galau rasanya hati ini..Arhh apa makna semua ni hati?

"Cik?"..
"Owh ya sorry,thanks once again"ucap alia ikhlas sambil tersenyum kepada Aiman.

Ya Allah,kenapa dengan hati aku ini seolah-olah tak ingin melepaskan gadis itu,hatinya berasa sakit bila melihat wanita itu menangis.Segera Aiman beristighfar agar dijauhkan daripada godaan syaitan.
Selepas memastikan gadis itu masuk kedalam pagar rumah,kereta pacuan empat roda itu berjalan membelah arus malam.

Alia ingin segera masuk kerumah untuk membersihkan lukanya,sekaligus ingin berehat.Tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah kereta.

"Haikal".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience