Bab 13

Romance Completed 14384

Suara bising periuk belanga kedengaran diselangi oleh gurau senda daripada Alia,Atilia dan umi ketika mereka ingin menyediakan makanan tengahhari.

Permulaan yg baru utk Alia kerana sebelum ini dia tidak pernah menjejakkan kaki kedapur utk memasak,setakat goreng telur,masak air,masak maggie,itu dia pakar.Cliche kn?Tapi itulah kenyataannya.

Umi dan Atilia banyak mengajarnya utk memasak,dan hari ini merupakan hari pertama utknya menjadi chef tidak bertauliah yg semestinya dibimbing oleh umi tersayang..Hahahaa..ya Alia mula selasa dan seronok tinggal bersama keluarga ini,dia bersyukur kerana keluarga ini menerima dia seadanya.

Ayam masak merah dan sayur campur siap dimasak oleh Alia,manakala beberapa hidangan lain seperti daging masak kurma dan juga ayam goreng berempah disediakan oleh umi dan Atilia.Selesai mengemas perkakas memasak,umi menyuruh mereka utk naik ke bilik membersihkan diri dan turun setelah selesai menunaikan solat zuhur utk makan bersama-sama

*******
Dibilik Alia hanya berteleku memandang sejadah dan telekung yg terdapat dipenyangkut.Muka diraup beberapa kali

'Allahu,malunya aku pada keluarga ini,malunya aku pada Mu,Ya Allah.Malunya aku pada diri sendiri'bisik Alia didalam hati.Dia ingin menunaikan solat seperti orang lain,tapi dia tidak tahu..even al-quran juga dia sudah lupa bagaimana harus membacanya,apakah huruf hijaiyah?Dia lupa.Dia alpa.Dia jahil.Allahu

'Apakah penerimaan umi kalau dia tahu aku tak tahu solat,aku tak tahu mengaji'
'Mesti umi akan benci aku kn?'Alia tidak habis-habis berdebat dgn hatinya.Muka diraup sekali lagi.

'Tok tok tok'pintu bilik diketuk.

"Akak,dh siap solat belum?Jom turun makan"laung Atilia disebalik pintu.Alia yg mengelamun dibilik tersentak

"Erk..ha..ha ah..dh siap kejap,Atilia turun la dulu" tergagap tutur dilontarkan.

Setibanya Alia di ank tangga terakhir,kedengaran loceng rumah berbunyi.

"Alia,tlg tengokkan kejap siap yg datang,biar umi hidangkan makanan dengan Atilia"pinta Umi yg kebetulan juga baru sampai kebawah.Belum sempat Alia membuka suara,umi berlalu pergi.

Tombol pintu dicapai lalu pintu dibuka perlahan-lahan utk melihat gerangan yg datang ke rumah mereka.Setelah pintu dibuka seluas-luasnya.

Alia tergamam,terkelu,terkejut,terpana entah apa 'ter' lagi apabila melihat kelibat di depannya.Kelibat yg telah beberapa hari tidak kelihatan.Entah mengapa jantung Alia berdetak laju,tanpa mengikut tempo yg sepatutnya

"Aa..Aiman"senyuman ikhlas dihadiahkan kepada Alia yg terkejut melihatnya didepan

"Ya saya.Boleh saya masuk?"

"Haa? erkk..Ha ah..masuk laa"Alia memberi sedikit laluan kepada Aiman utk masuk kedalam.Terkejutnya masih belum habis.

"Siapa datang tu Alia?"laung umi,sambil menghampiri mereka,sebelum sempat Aiman melangkah masuk
"Allah,Abg..kenapa lama tak balik rumah ni?"lantas salam dihulurkan oleh Aiman kepada uminya.Aiman memeluk uminya utk beberapa ketika,menghilangkan rasa rindu seorang ank terhadap ibunya.

Terharu,yaa itulah yg Alia rasakan.Dia nampak kasih sayang yg tulus dari Aiman terhadap uminya.Hatinya mula dijentik rasa sayang terhadap Aiman.Tidak dinafikan,ketika mula-mula berjumpa Aiman lagi hatinya seperti terpikat.Tetapi disangkal kerana tika itu dia telah mempunyai kekasih hati.

Hari ini perasaan itu datang sekali lagi,malah sepertinya makin mendalam.Dalam Alia leka melihat drama sebabak di hadapannya,Alia tersentak dengan satu teguran

"Alia,berapa lama nk tenung ank teruna umi ni?Dh berkenan ke"usik umi apabila dia melihat Alia tidak melepaskan pandangan dari Aiman

"Hah..ehh xde la umi,jom kita makan"bingkas Alia,utk menutupi rasa malunya.Aduhh kantoi pulak.

"Haa..macam mana rasa masakan tu?"tanya umi ketika Aiman telah menerima suapan pertama.Dia pelik akan pertanyaan umi.Mana taknya sebelum-sebelum ni dia selalu saja makan makanan yg dimasak oleh uminya,tiada pulak uminya tanya hasil masakkannya.Alih-alih harini tanya

"Kenapa umi tanya?ok ja abg rasa,takde apa yg berubah pun"kening dikerutkan tanda tidak faham dengan soalan uminya itu

"Alhamdulillah,saja la umi tanya,sebab ayam tu Alia yg masakkan.Lepas dh la kalau nk jadi isteri abg lepas ni" gurau umi.Alia dan Aiman tersedak serentak.

"Eh ok tak kamu dua ni?"air dihulurkan kepada Aiman dan Alia

"Sweet la umi,abg dgn akak,nampak sangat jodoh kuat kan umi"Atilia yg sedari diam mula menyampuk.Umi hanya tersenyum dengan kata-kata Alia

Alia yg sudah malu dengan insiden yg brlaku dipintu masuk rumah makin bertambah malu dengan usikkan dari Atilia pulak.Tidak semena,pipinya bertukar merah

"Dah dah makan,merah dh muka Alia tu"sambung umi.Aiman hanya melihat sekilas kearah aku,dan ketika itulah mata kami bertembung.Tapi tidak lama,Aiman segera menoleh kearah lain

*************

"Abg dh fikir masak-masak ke dengan keputusan abg?benda macam ni tak boleh buat main tau.Abg faham kn maksud umi?"ketika itu mereka berada dibilik umi.
Ada perkara yg dia perlu berbincang dgn umi,jadi utk mengelakkan org lain dari dengar,Aiman mengajak uminya utk berbincang hanya didalam bilik

"Abg tahu umi,abg dh fikir masak-masak.Solat isthikarah juga abg dh buat.Dan jawapan dia tetap sama umi.Abg nk jadikan Alia isteri abg,abg nk lindungi dia,abg nk jaga maruah dia dan abg dh mula sukakan Alia dari mula abg jumpa dia lagi"terang Aiman,ayat yg terakhir itu disebut perlahan,tetapi masih boleh didengari oleh umi.Umi hanya tersenyum mendengar bicara anaknya.

Bahu Aiman ditepuk lembut"Umi tak kisah siapa pun pilihan Abg,umi terima.Abg jgn risau nanti umi cuba bagitahu Alia.Abg jangan lupa,pergi jumpa dgn family Alia dulu minta izin.Umi akan cuba pujuk Alia utk jumpa family dia"

"Terima kasih umi,kalau Alia taknak jumpa family dia,xpe umi.Abg tak kisah.Pasal family Alia,abg dh jumpa semalam.Abg dh minta izin,dan aunty Su dh izinkan"

"Laju abg buat kerja ya..ok la kalau mcm tu,umi ikutkan aje"
Lantas Aiman memeluk uminya."Terima kasih umi.Abg harap,umi redha dgn perkahwinan abg dan terima bakal isteri abg seadaanya"

"Umi redha abg dan umi juga dh sayangkan Alia mcm ank umi,umi terima dia seadaanya.Yg lepas usahlah dikenang lagi"umi menepuk perlahan-lahan belakang Aiman,tanda memberi sokongan.

ps:jgn lupa support ya

xoxo

thanks kepada pembaca,kerana sudi membaca hasil tulisan yg tidak seberapa ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience