Bab 6

Romance Completed 14428

****flashback

"Aunty Su,apa yang dia buat dalam rumah kita ni?" soal Alia dengan nada bergetar,separuh marah dan separuh takut.Lepas apa yang dia hampir buat dekat aku berani lagi dia tunjuk muka dia dekat sini.

"Kamu tu,pergi dengan orang lain,balik dengan orang lain dah kenapa?Kamu balik dengan siapa tadi?Bagitau kitorang!"

"Hahhh?Alia pulak yang jadi pesalah ke sekarang ni?Aunty Su tanya la sendiri dekat jantan tak guna ni apa yang dia buat dekat Alia"

"Aunty Su,saya mintak maaf.Silap saya bergurau tak kena tempat,saya tak tau pulak Alia akan merajuk sampai lari dari saya macam ni"mataku mencerlung kearah Haikal apabila dia cuba nak menutupi kesalahannya itu.
Kalau nak bergurau pun,takde otak ke?Sampaikan dalam banyak-banyak benda boleh bergurau,benda macam tu jugak dia nak anggap sebagai gurauan.Dan aku yakin,kejadian tadi bukanlah satu gurauan!

"Alia kalau ye pun marah,merajuk,jangan la sampai lari macam tu.Susah hati aunty tau bila tengok Haikal balik sorang"suara aunty kembali mengendur.Dia yakin,untuk memujuk Alia dia perlu memainkan intonasi suaranya,kerana marah tidak boleh dilawan dengan marah,seorang mesti jadi pendamai.
Dia tak nak hubungan Alia dan Haikal terlerai begitu sahaja hanya disebabkan perkara-perkara remeh.Dia mahukan Alia mempunyai pendamping,dia risau jika sesuatu perkara berlaku terhadap gadis itu.

"Arrhh..dah la Alia naik atas dulu aunty"

"Alia tunggu!"keputusan harus dibuat,dia taknak bertangguh lagi.

"Aunty dah buat keputusan.Dan keputusan aunty muktamad,Alia suka atau tak suka,Alia kena kawen dengan Haikal dalam masa terdekat"titah aunty Su.Senyuman sinis terbit di bibir Haikal.

"What???No way,after what he did to me?No way,just in your dream Haikal"
"Listen carefully Muhammad Haikal Raziq bin Dato' Saifulludin,our relationship is over!"jeritku lantang dan tanpa menunggu lama,Alia bergegas masuk kekamarnya.Pintu dihempas.Tidak betah dia berada disitu lama-lama

Fikirannya kusut,sangat kusut.Tanpa disedari airmata jatuh satu persatu,dan semakin lama,semakin laju.Akhirnya Alia teresak-esak dibelakang pintu,terlalu lama dia memendam rasa.Apa nak jadi lagi ni lepas ni dalam hidup aku,kenapa ujian tak habis-habis timpa aku...

Entah berapa lama dia menangis disitu dan selepas tangisannya mulai reda dia bangun perlahan-lahan ke tandas.Badannya harus di bersihkan begitu juga dengan luka dicelah bibirnya.

***endflashback

Keesokkan harinya selepas dari sesi meluahkan perasaan kepada bella

"Aiit,lewat pulak kamu harini Alia pegi kerja"

"Saje pergi lewat sikit aunty"senyuman diberikan

"Alia ada benda nak bagitau ni,Alia taknak kawen dengan Haikal"serba salah Alia cuba menyampaikan hasrat hati.

"What?but why?korang dah kenal lama,dh bercinta lama,but kenapa taknak kawen dengan dia Alia?tell me?"desak aunty Su.Entah kenapa berat sangat mulut Alia untuk bercerita akan kejadian malam itu,dia risau jika auntynya hanya ingat dia ingin membuat cerita
Dia tahu,auntynya lebih percayakan Haikal berbanding dirinya,entah apa yang istimewanya lelaki itu.Dia sendiri kurang mengerti

"Alia dh tak boleh dengan dia,Alia dh tak cintakan dia"luah Alia lagi

"No no no noo...aunty dah berjanji dengan family Haikal,keluarga diorang akan datang hujung minggu ni,Alia suka atau tak aunty taknak kesah,yang aunty tau,kamu kawen jugak dengan Haikal..Cinta boleh dipupuk lagi Alia bila kamu kawen dengan dia,bagi dia peluang yaa.."aunty Su cuba untuk memujuk lagi.Alia kehilangan kata,entah harus dia katakan bagaimana mana lagi,suara hati seakan meronta-ronta ingin memberontak,tetapi mulut seakan terkunci dari memuntahkan kata-kata.
Alia dalam dilema.

ps:ada beberapa perubahan dibuat pada awal-awal bab,maaf diatas segala kesulitan dan juga typo??
Thank you readers?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience