Bab 19

Romance Completed 14384

Alia baru sudah membersihkan diri selepas sibuk membuat persiapan perkahwinannya yg akan brlangsung pada malam ini.Majlis pada mlm ini hanya dibuat seringkas mungkin.Hal ini kerana Alia belum bersedia utk mengadakan majlis besar-besaran,nasib umi dan Aiman tidak kisah.Hanya ahli keluarga terdekat,jiran tetangga dan beberapa kenalan terdekat ahli dirumah ini sahaja yg dijemput.

Riuh rendah kedengaran ditingkat bawah.Itu menunjukkan rumahnya telah menerima kunjungan dari tetamu yg ingin membantu gotong-royong menyediakan juadah pada mlm ini bersama-sama.Kata umi,satu-satu adik perempuannya merangkap makcik Aiman dan Atilia juga akan turut hadir bersama keluarganya.

Aunty Su?Entah lah.Haritu Alia ada meminta izin kepada umi utk pergi kerumah aunty Su,tapi yg ada hanyalah rumah yg tiada berpenghuni.Bila ditanya jiran-jiran berdekatan hanya balasan tidak tahu yg dia dpt.Nombor telefon aunty Su juga didail sehingga kemalam.Tapi jawapan masih sama iaitu 'tiada dlm perkhidmatan'.Apakah aunty Su telah membuangnya kini?Rasa bersalah dan brdosa mencengkam hati.

Umilah tempatnya meluahkan segalanya.Tempat dia mendengar nasihat,tempat dia utk membina kekuatan.Umi segala-galanya kini.Kata umi mungkin aunty Su ada kerja diluar kawasan oleh itu susah utk mendapat capaian disana.Aku hanya menerima.Tapi seminggu kemudian aku pergi lagi.Tapi kecewa yg aku ada dpt sebagai balasan,bila aunty Su tidak mahu brjumpa dgnku.

Huh..nafas dihela kasar.Terlalu berat dugaan yg dia hadapi.

Berbalik kepada makcik Aiman sekeluarga.Berdebar rasa sehingga hampir pecah jantung ini apabila harus bersemuka dgn mereka.Entah apa pandangan keluarga itu terhadapnya.Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali
'Aliaa..you can do it,come onn..chill relax and stay calm' bicara Alia didalam hati cuba utk meyakinkan diri sendiri dan sekaligus cuba utk mengusir rasa ragu-ragu dihati.Alia hanya mengenakan t-shirt berlengan panjang dan seluar palazo.Rambut diikat ala gaya ponytail.Walaupun dia masih belum bertudung,dia masih ingin memastikan pakaiannya mengundang padangan negatif dari org sekeliling.

Selepas yakin dgn diri sendiri,Alia bergegas menuju ke arah tangga.Kaki diatur perlahan-lahan menurun anak tangga.Sampai dibawah Alia disapa oleh umi.

"Alia jom ikut umi,umi nk kenalkan Alia dgn family umi yg lain."ajak umi.Senyuman tidak lekang dari bibirnya sedari tadi.Mungkin kerana bakal mendapat menantu.Hakikatnya umi memang selalu tersenyum tidak kira waktu.Mungkin inilah salah satu petua utk umi melihatan muda walaupun hakikatnya umi sudah menjangkaui umur 50-an.

Alia dibawa kebawah khemah.Ketika itu,para tetamu sibuk dgn mengupas bawang dan beberapa lagi kerja lain yg Alia sendiri tak pasti.Dia juga perasan akan pandangan tetamu yg hadir pada dirinya.Mana taknya,keluarga yg tinggi ilmu agama,tapi ingin bermenantukan perempuan yg cetek ilmu agama.

Mereka tiba disatu meja.Disitu terdapat seorangan wanita dlm lingkungan lewat 40-an bersama suaminya mungkin dan seorang lelaki dan perempuan.Mungkin adik dan kakak.Itulah andaian Alia.

"Alia perkenalkan ini adik umi,makcik Ita dan suaminya pakcik Hamid.Ini pulak ank mereka,Zara dan Zikri."perkenal umi kepada Alia.Alia tersenyum kearah mereka sambil menghulurkan tangan utk bersalaman dgn makcik Ita.Tangan disambut seperti biasa.Tidak dinafikan mereka memang dari keluarga yg baik-baik jika dilihat dari pemakaian mereka.Bertudung labuh.

"Haa Ita,Mid.Ni la bakal menantu aku.Alia"giliran aku pulak diperkenalkan.

"Maklong serius ke nk jadikan dia ni menantu?"soal Zara tidak percaya.Umi hanya membalas dgn senyuman.

"Ya syg.Inilah bakal menantu umi."jelas umi."Jgn disebabkan dia tak pakai tudung,kamu hakimi dia.Tak baik tu,kamu pun tahu kn itu?"lontar umi berhemah.Zara hanya mengangguk dan kembali mendiamkan diri sambil mata tidak habis merenung Alia

Serba salah Alia dibuatnya apabila keluarga itu seperti merenungnya seolah-olah dia pesalah yg bakal diadili tidak lama lagi.

"Err..umi,makcik,pakcik Alia minta diri utk masuk dlm dulu ya..nk tengok kalau-kalau ada kerja lain lagi yg blh buat"pamit Alia.Umj hanya mengangguk mengiakan

Fuhh!selamat dpt lari..Kaki diatur pantas masuk kerumah,tidak betah lagi dia utk berada disitu bila dia tidak habis-habis direnung seperti mahu menerkamnya.

Dapur dituju.Dapur juga penuh dgn manusia yg menyibukkan diri melakukan tugasan.Gembira dia melihat suasana begini.Muafakat sama2 bergotong-royong utk menyediakan juadah.Umi sengaja tidak mahu mengambil katering,kerja brmuafakat mcm ni lebih dapat mengeratkan silaturahim.

"Emm..makcik,ada kerja apa lagi saya blh tlg?"soal Alia lembut kepada salah seorang wanita disitu,mungkin ini jiran umi.Semua bahagian dh ada org buat,sehingga dia juga mati kutu.Apa lagi yg dia perlu buat.

"Takde apa dh rasanya.Ni makcik nk tanya sikit ni.Blh?"haaa dia mai dhhh makcik bawang.Semua org dekat situ memberi perhatian akan soalan yg bakal diajukan itu.Selepas mendapat anggukkan daripada Alia terus dia mengeluarkan soalan.

"Apa yg kamu dh buat dekat keluarga ni,sampai diorang blh terima kamu ni?Bkn apa.Ingatkan ank alim,mak alim,bakal menantu pun alim jugak la.Bertudung labuh,tapi..mcm ni pun diorang terima?Kiranya takdelah alim sangatkan keluarga ni"soal makcik bawang itu dgn kerutan didahi.Yg lain hanya menganggukkan kepala,mengiakan soalan itu.Masing-masing mata dihalakan kearah Alia pula,menunggu jawapan

Tersentak Alia akan soalan itu.Apakah salah utk wanita sepertinya mendapatkan seseorang yg dpt membimbingnya ke jln Allah?Apakah salah utknya ingin berdampingan dgn org yg tnggi ilmu agamanya?Walaupun Alia terasa dgn soalan itu,Alia cuba merasionalkan pemikirannya.Senyuman dihadiahkan kepada mereka sebelum menjawab.

"Alhamdulillah.Saya juga tak sangka,keluarga ini memilih saya menjadi sebahagian dari keluarga mereka.Alhamdulillah juga kerana mereka terima saya seadanya.Syukur sangat bila saya ada bakal keluarga mentua yg tak pernah ungkit akan hal silam saya.Sejujurnya,saya tak buat apa pun dekat keluarga ini.Saya hanya menjadi diri saya sendiri.Pasal alim tak alim ni,biarlah antara kita dgn Allah je.Tak semestinya saya mcm ni,selamanya akan mcm ni kn.Makcik doakan saya ya,supaya jadi muslimah sejati mcm makcik,mcm org lain"dlm Alia menjawab,trselit juga sindiran buat makcik bawang itu.Makcik itu hanya membalas dgn cebikkan.

"Saya minta diri dulu"senyuman masih dihadiahkan kepada mereka.Bagi menutupi rasa yg bersarang dihati.Marah.Sedih.Malu.

Selepas merasa seperti tiada kerja didapur,Alia melangkah keluar dari situ.Tujuannya kini adalah mencari adik iparnya..Ehhh 'bakal' adik iparnya.

Sejak tadi hilang dari radar.Atilia baru sampai kerumah semalam dari kampusnya,nasib baik cuti midsem.Dapat jugalah dia merasa nasi minyak abgnya mlm ini.

Perkahwinan ini bakal dilangsungkan selepas lebih kurang 3 bulan Alia menerima pinangan itu.Kata umi,benda yg baik harus dicepatkan.

Elok sahaja Alia melangkah keluar dari dapur

"Baaa"seseorang mengejutkan Alia dari arah belakang.Hampir terlatah Alia dibuatnya.Bingkas Alia memalingkan bdnnya.Terlihat Atilia sudah ketawa terbahak-bahak melihat riaksi Alia tadi

"Ishhhhh..Atiliaa!!"tidak semena bahu Atilia menjadi mangsa tamparan halilintarnya.Rasakan!

"Aduhh"adu Atilia sambil menggosok bahunya.

"Padan muka!Tu la siapa suruh kejutkan org tak kena tempat.Mana hilang baru nampak batang hidung."

"Hehe...akak ni,takat-takat dh nk jadi akak ipar Tilia makin garang laa..takutt"balas Atilia sambil membuat muka cuak.Hampir letus tawa Alia melihat riaksi muka itu

"Tilia keluar dgn abg tadi ambil baju kawen korang.Huh..nasib laa Atilia ni adik mithali,kalau tak..emm pakai baju kurung biasa la akak malam ni kawen ngan abg."balas Atilia angkuh

"Ceh..berlagaknya diaa..eiiii"pipi Atilia dicubit-cubit geram.Sekali lagi Atilia mengaduh kesakitan.Alia ketawa senang hati melihat Atilia kesakitan.Orang ramai yg memenuhi ruang itu hampir dilupakan.

"Akak jom ikut Tilia naik atas,ada benda Tilia nk bagi"ajak Atilia sambil tangan Alia ditarik menuju keatas.Entah apa-apa lah bdk ni.Redha je la dpt adk ipar masuk air mcm ni.

Bilik Atilia dituju.Birai katil menjadi pilihan Alia utk beradu sebelum menunggu benda yg ingin diberi oleh Atilia.

"Nah..ni baju kawen akak"Atilia menyerahkan bungkusan yg masih dibalut dgn plastik kepada Alia.

"Cantik jugak ehh..pilihan akak,tak sabar nk tunggu akak pakai mlm ni..eiii"sambung Atilia dgn nada teruja sambil tangan ditepuk-tepuk gembira.

Alia hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah Atilia yg persis kanak-kanak ribena.

"Tengok jari akak yg runcing lagi cantik ni la.Mestilah cantik.Hahahaa..jgn trlampau terpesona pulak ehh tengok akak malam ni.Confirm kalah pari-pari dlm cerita indonesia dlm tv tu"balas Alia mengangkat bakul sendiri sambil keningnya juga diangkat-angkat.Ingin menyakitkan hati Atilia.Atilia hanya mencebik.Malas layan kakaknya itu.

Meja disisi katil dituju.Ada sebuah beg kertas diatasnya.Beg itu dicapai lalu diberikan kepada Alia.

"Apa ni?"soal Alia bingung

"Tengoklah"

Alia mencapai beg kertas itu dan melihat isi didalam.Seperti sehelai kain,tapi utk apa.Utk mematikan tanda tanya,Alia mengambil isi didalam itu dan keluarkannya.

Bergetar-getar tangan Alia apabila dia membuka kain yg dilipat itu.Ternyata itu bukan kain,tapi adalah sehelai tudung yg berwarna sky blue.Sama persis seperti baju kawennya.Alia menatap kembali mata Atilia,ingin menagih jawapan.

Atilia tersenyum lalu melabuhkan punggung disisi Alia."Tudung tu akak pakai malam ni tau.Kata nk kalah bidadari kn?"

Alia kehilangan kata.Sayu dan teruja itulah dia rasa.Ya ini adalah satu langkah yg baru utk dia ambil utk berubah.Sebelum ini dia tiada kekuatan utk melangkah kedepan.Takut akan pandangan org.Tapi harini dia nekad.Malu dan takut dibuang tepi.Dia mahu menjadi Alia yg baru.Itu azamnya

"Terima kasih Atilia"ucap Alia lirih sambil mendakap tubuh Atilia.Atilia mengusap lembut belakang Atilia.

"Jgn terima kasih dekat Atilia.Tilia sebagai penyampai je.Itu pemberian abg utk bakal isteri dia.Kalau akak taknak pakai,abg tak paksa tau"sambung Atilia lagi serba salah.Pelukan dileraikan

"Tak,tak..akak akan pakai.Nanti tlg akak pakaikan ya..Akak tak pandai"serba salah Alia beritahu.Atilia hanya mengangguk setuju.

******************

Malam yg dinantikan tiba.Majlis akan bermula tepat pukul 8.30 iaitu selepas maghribBerdebar jantung Alia.Muka ditilik entah keberapa kali.

"Sudah-sudah la tu tilik diri sendiri dlm tu akak ipar oii.Dah cantik dh.Abg kalau tengok ni,confirm tak lepas bilik"usik Atilia.Tanpa disedari,muka Alia sudah berbahang,malu.

"Tengok Alia dh malu-malu kucing la"usik bella pula.Bella sampai agak lewat kesini kerana dia baru sahaja balik dari bercuti bersama keluarganya.Atilia dan bella sama-sama ketawa melihat wajah Alia.

"Ishh tak baik la korang ni"rungut Alia.

'Tok tok tokk'ketukan pintu kedengaran.Pintu dibuka dari arah luar.Tersembul muka Zara disitu.

"Kalau dh siap blh dh kot turun.Semua dh ready dekat bawah"kata Zara acuh tak acuh.Nampak sangat dia tak sukakan Alia.Hmm redha je la.

Langkah diatur perlahan-lahan menuruni anak tangga diapit oleh Bella dan Atilia.Semakin dekat dengan pelamin semakin berdebar hati ini.

Asalnya pelamin tidak ada.Tetapi disebabkan majlis dirumah,maka terpaksa juga membuat pelamin ketika acar pembatalan air sembahyang.Pelamin juga direka se'simple' yg mungkin,tapi masih tetap kelihatan cantik dan elegant.

Alia menuju kearah pelamin,kelihatan umi yg sudah tersenyum disitu.Alia membalas balik senyuman itu lalu melabuhkan duduk ditepi umi diatas pelamin itu

"Tak sangka menantu umi cantik mcm ni bila pakai tudung"puji umi ikhlas.Alia hanya mampu menundukkan kepala,malu mendengar pujian umi.Ala-ala gadis melayu terakhir.Hahahaa.

Ketika Alia sampai disitu,bakal pengantin laki sudah tiba disitu.Disebabkan dia duduk membelakangkan pelamin,jadi sukar utk dia melihat kearah bakal permaisurinya.

Tok kadi memulakan tugasnya,beberapa soalan dilontarkan kepada bakal pengantin utk melihat kesediaan bakal pengantin itu utk mengalas tanggungjawab.Selesai sahaja sesi soal jawab,sesi ijab dan kabul pulak dijalankan

Dengan sekali lafaz,Iris Natalia sah menjadi isteri kepada Aiman.Sebelum acara pembatalan air sembahyang,Aiman meminta diri utk menunaikan solat sunat dahulu.

Setelah selesai.Aiman bingkas menuju kearah pelamin.Tergamam terkaku terkejut semua jenis ter dia rasakan kini apabila melihat penampilan Alia.Tidak semena senyuman ditarik.Alhamdulillah.

Umi memberi sedikit ruang kepada Aiman utk duduk,bagi acara pembatalan air sembahyang.Aiman meletakkan tangan diatas kepala Alia sambil membacakan doa utk kesejateraan rumah tangganya.Seakan ada sesuatu yg telah menjentik tangkai hati Alia,tidak semena airmata bertakung ditubir mata.Alia tahan semampu mungkin,takut andai berderai.Alia menghulurkan tangan kepada Aiman utk menyarung cincin.

Sedikit sentuhan.Zappp.Rasanya menyerap masuk kedalam,seperti terkena renjatan elektrik.Entah kenapa lain pula rasanya bila yg halal bersentuhan dengannya.Selesai menyarungkan cincin,Alia kembali menundukkan kepala utk menyalam tangan suaminya

Setitis air mengalir menitik kebelakang tapak tangan Aiman setelah sedaya upaya cuba ditahan.Setelah beberapa ketika,Alia kembali mengangkat wajah dan giliran dahi Alia pulak menerima kucupan.Sebelum bibir itu mendarat kedahi Alia,Aiman membisikkan sesuatu ketelinga Alia

"Shh..jgn menangis syg.Nanti awak dh tak cantik"pantas Alia mengesat airmatanya perlahan dan tersenyum kearah Aiman sebelum bibir itu mendarat didahinya lama..

ps:maaf kalau ada sebarang typo..saya cuba panjangkan cerita.Maaf kalau ada terlebih atau terkurang.Semoga semua terhibur

Aiman dh kawen dgn Iris..Yeayyy!!!Happynyaaa....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience