Bab 29

Romance Completed 14384

Makanan tengahari yg dibelinya kembali disimpan dibawah tudung saji selepas isterinya menolak utk mkn.Lalu kaki diatur utk naik ketingkat atas,seleranya juga mati dgn perubahan mendadak isterinya itu.

Ketika kaki ingin melangkah utk memanjat ank tangga,matanya tertancap pada kunci yg berada diatas piano.Berkerut keningnya.Kunci ni sepatutnya ada dekat...Hatinya berdebar kencang.

Dia kenal kunci itu.Itu kunci bilik yg sengaja dikunci olehnya utk mengelakkan Alia dari memasuki bilik itu.Kaki pantas diatur keatas.Bilik yg selalu dikuncinya itu dituju.Lalu tombol pintu dipulas

'Dang'

Muka Aiman pucat tidak berdarah.Tahulah dia kini,isterinya itu kemungkinan telah tahu rahsianya,dan mungkin sahaja isterinya itu salah faham dgn apa yg telah dilihatnya itu

Bibir diketap rapa sambil mata dipejamkan seketika sebelum dibuka kembali.Keluhan berat dilepaskan.

Biliknya pula dituju.Terlihat Alia sudah terbaring dgn selimut menutupi sehingga ke paras dada.Isterinya dihampiri.Punggung dilabuhkan dibirai katil,bersebelahan isterinya.

"Syg Iris.."panggil Aiman perlahan dan lirih.Dia tahu isterinya itu belum tidur.Masakan sudah tidur jika wanita ini baru sahaja naik kebilik.

Sunyi sepi.Panggilannya tidak berjawab.Aiman memandang kearah isterinya dgn mata yg berkaca-kaca,sedih mencengkam hati.Tangannya memegang bahu isterinya

"Syg Iris.."panggil Aiman lagi.Masih sama.

"Jom kita solat sama-sama"bibir bawah digigit.Dia ingin jujur pada isterinya tentang rahsia yg disimpan olehnya selama ini.Tapi entah kenapa,mulutnya memberat utk mengeluarkan tentang hal itu.

Mungkin sekarang bkn masa yg sesuai.

"Awak solatlah..saya cuti"terangkat kedua-dua kening Aiman mendengar jawapan isterinya itu.Senyuman nipis terlakar dibibirnya walaupun payah pada mulanya.

"Syg..perempuan mengandung tak blh period syg"

Terbuntang mata Alia.Bibir dikemam.
'Aduhhh..salah bagi alasan..'
Suaminya yg tengah merenungnya itu dijeling.

"Awak solatlah dulu.Saya nk tidur,nnti saya solat"usai berkata,matanya kembali dipejam.

Aiman meraup mukanya kasar,sebelum langkah dibawa menuju kebilik air.Biarlah.Dia perlu berikan sedikit masa pada isterinya itu.

Selesai sahaja mengerjakan solat,Aiman bersiap utk kembali kepejabat.Isterinya dihampiri,sebelah tangan memegang dahi isterinya utk merasa suhu bdn isterinya,sudah kurang panas itu.Lalu tangannya turun pula ke bahu isterinya.

"Syg..abg pergi kerja dulu ye.Jgn lupa mkn dan solat.Apa-apa call abg ye"usai berkata,dahi isterinya dikucup lama sebelum pergi dari situ.

Alia hanya mengeraskan diri.Hatinya sangat terluka dan dlm masa yg sama dia rindukan suaminya tapi terpaksa dipendam.

********************

Selepas pulang dari kerja,Aiman singgah terlebih dahulu dikedai kek.Dia ingin menyambut ulang tahun kelahiran isterinya.Walaupun hubungannya dgn isterinya belum pulih,dia tetap mahu menyambutnya dan kalau diberi kesempatan malam ini juga dia mahu jujur dgn isterinya.

Sudah beberapa hari isterinya itu tidak pergi kepejabat kerana bdn isterinya akan membahang diwaktu pagi.Puas diajak keklinik,tapi ditolaknya.

Sampai dirumah,kaki diatur menuju kedapur dahulu utk meletakkan kek.Lalu bdn dibawa naik keatas,utk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum turun semula utk memasak utk mkn mlm mereka berdua.

Isterinya banyak memerapkan diri didalam bilik.Apa yg dilihat,wanita itu akan habiskan masa dgn tidur tidak pun dia akan membaca al-quran.Syukur,isterinya makin lancar membaca sekarang ini.

"Syg..abg nk turun masak,nnti kita mkn sama-sama eh"ujar Aiman kepada Alia.Ketika itu Alia baru sahaja selesai membaca al-quran

"Hmm"

Walaupun pendek,itu sudah cukup menguntumkan senyuman diwajah itu.

Setelah selesai memasak,Aiman kembali naik utk memanggil isterinya utk turun mkn.

"Syg..jom turun mkn,harini special sikit abg masak.Abg pernah ceritakan,kalau dulu abg buat sos blackpaper tak jadi.Tapi harini,confirm Iris akan termimpi-mimpikan sos blackpaper abg"cerita Aiman panjang lebar.Alia hanya membalas dgn pandangan kosong.

Tangan Alia ditarik lembut utk mengikutinya.Sampai sahaja dimeja mkn.Alia tergaman melihat dekorasi meja mkn itu.

Terdapat dua batang lilin ditengah meja bersama cebisan bunga ros yg terhampar diatas meja.Baunya semerbak,menaikkan suasana romantis kepada pasangan yg hangat bercinta.Lampu dapur juga tidak dipasang,tapi meja mkn mereka diterangi oleh lampu neon.

"Syg duduklah"lalu kerusi ditarik utk Alia duduk.Alia hanya mengikuti.

"Apa yg awak cuba nk buat sebenarnya ni Aiman?"soal Alia jujur

"Kita mkn dulu ye"jawab Aiman ringkas.Lalu mereka pun mkn tanpa sebarang suara.Seketika,makanan yg dimkn oleh mereka pun habis.Alia bangun utk membasuh pinggan,tapi dihalang oleh Aiman.Katanya dia yg akan membasuh pinggan itu

Pinggan kembali diletakkan diatas meja lalu kaki pantas dituju kearah tangga,dia nk rehat.Belum beberapa langkah dia berjalan kakinya berhenti setelah namanya dipanggil.

Keluhan kasar dilepaskan "Awak nk apa lagi"kata Alia sambil perlahan-lahan berpaling kebelakang.Bertambah terkejutnya bila Aiman memegang sebiji kek lalu menuju kearahnya

"Selamat ulang tahun kelahiran sygku Iris.Abg tahu cara abg ni,tak seromantik lelaki-lelaki diluar sana.Tapi abg cuba sedaya upaya abg utk memberikan syg kenangan yg terindah.Abg tahu abg suami yg tak sempurna,tapi percayalah.Dengan adanya kehadiran syg,telah menyempurnakan hidup abg.Abg doakan Iris,semoga Allah berikan kesenangan didunia dan diakhirat kepada Iris.Abg doakan semoga Iris sentiasa dlm lindunganNya,sentiasa sihat dan terus istiqomah dijalan Allah."ucap Aiman lirih sambil memandang wajah Alia yg seakan tergamam itu.

Perlahan-lahan airmata Alia menitik.Aiman menghampiri isterinya itu.Dahi isterinya dicium lama "Maafkan segala kekhilafan abg pada Iris.Abg bukan suami yg baik,tapi abg akan cuba sedaya upaya abg utk jadi yg terbaik dimata Iris"sambung Aiman lagi.

Alia menolak sedikit tubuh Aiman menjauhinya.Ya..dia sangat tersentuh dgn cara Aiman.Rasa dihargai,disayangi.Tapi dia tidak blh terima dgn layanan ini.Hatinya masih sakit.Hatinya masih terkilan.Lalu bdn kembali dipalingkan utk naik keatas

"Syg..tlg jgn layan abg mcm ni.Abg terseksa syg,hati abg sakit"ucap Aiman sayu.

Alia segera berpaling kearah Aiman bila mendengar kata-kata Aiman.Dia tersenyum sinis.Berbalam-balam matanya dgn airmata.

"Huh!Terseksa?Sakit??Habis hati Iris mcm mana hah?!Abg tipu Iris!Abg tipu!Abg jahatt!!"jerit Alia.

"Tak sangkakan org yg Iris bagi sepenuh kepercayaan,org yg Iris bagi sepenuh cinta dan syg Iris,org yg Iris paling bergantung org yg Iris sangka penyelamat Iris rupanya seorang pembunuh!!Awak kejam Aiman!Awak kejam sbb bunuh parents saya!Saya benci awak Aiman!Benci!!"luah Alia tentang apa yg bersarang dihati yg dipendam olehnya.Tangannya menggepalkan penumbuk,dada suaminya ditumbuk bertalu-talu utk melepaskan geram.

Aiman memegang tangan itu.
"Syg..apa awak merepek ni?Syg,abg tak bunuh family syg.Sumpah bukan abg.Abg blh explain"terang Aiman,dia juga terkejut bila isterinya menuduhnya sebagai pembunuh

Airmata Alia dikesat kasar "Pembunuh tak akan mengaku dia itu pembunuh.Kalau awak bukan pembunuh,kenapa awak simpan pistol dibilik sebelah.Konon kunci hilang.Huh!Dasar penipu"bidas Alia geram.Kaki dibawa utk memanjat tangga

Aiman meraup mukanya kasar"Syg abg blh explain!"Aiman menghalang laluan Alia

"Saya taknak dengar penerangan dari awak.Tepi saya nk lalu"ujar Alia mendatar.Aiman akhirnya terpaksa mengalah.

Kakinya lemah utk melangkah,tangan yg masih memegang kek mulai hilang keseimbangan dan akhirnya tersungkur kek itu kelantai bersama dirinya.Tangan dikepal membentuk penumbuk.Dia tahu ini pasti kerja Haikal yg telah menfitnahnya.Sebab dia tahu,lelaki itu ada dtg berjumpa Alia dioffice.Tapi didiamkan.

"Tak guna kau Haikal"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience