Bab 25

Romance Completed 14384

Selepas menghantar Alia kembali ke pejabat,Aiman tidak terus pulang ke officenya.Tetapi Barista Cafe dituju,ada org yg perlu dia jumpa disitu.

Kereta diparking sebelum keluar dari kawasan itu.Dari jauh sudah kelihatan dua org yg sangat dikenalinya seakan serius membincangkan sesuatu dicafe itu.Langkah diatur kearah mereka dgn wajah serius.

Sampainya disitu,punggung dilabuhkan berhadapan mereka berdua.

"Sorry lambat.Aku pun tak blh lama ni,aku tak solat lagi dan aku ada meeting pukul 3.30 kejap lagi."kata Aiman kearah mereka.Mereka hanya beriak biasa.

"So mcm mana Saiful,kau dh dpt detail siapa yg hantar mesej dekat wife aku?"soal Aiman terus.Dia sudah tidak sabar mengetahui siapakah gerangan itu.Dia taknak terus menuduh,jadi dia ingin menyelidik terlebih dahulu.

"Sorry,aku tak dpt lagi detail pasal tu.Cuma apa yg aku blh ckp.Kemungkinan org tu perempuan"jawab Saiful takut-takut.Kerana dia masih lagi gagal menjejaki pemilik nombor telefon itu.

Berkerut dahi Aiman mendengar jawapan dari Saiful.Perempuan?Siapa?Tak pernah pulak dia ada musuh perempuan.Begitu jugak dgn isterinya.

"Kenapa kau ckp mcm tu?Kau ada bukti?"soal Aiman lagi.Masih belum berpuas hati

"Melalui apa yg aku dpt.Memang nombor itu didaftarkan atas nama perempuan.Cuma aku tak dpt detail penuh berkenaan siapakah perempuan itu.Tapi blh juga jadi,dia lelaki tetapi sengaja menggunakan identiti perempuan utk kelabukan mata kita"ujar Saiful dengan tenang.Aiman hanya menganggukkan kepala beberapa kali

"Kalau dia tu betul-betul perempuan.Kau rasa dia ada kaitan dgn Haikal tak?"soal Aiman,meminta kepastian.Tetapi Saiful hanya membalas dgn mengangkat dua belah bahunya.Tanda dia sendiri tidak pasti.

"So Sani,apa kau dpt?"Aiman kembali mengalihkan pandangan kearah Sani yg sedari tadi hanya memasang telinga mendengar bicara mereka berdua

Nafas diambil terlebih dahulu,sebelum dihembus perlahan
"Haikal tengah hantar org dia intip pergerakkan isteri kau.So kau jagalah dia betul-betul,sbb kita sendiri pun tak tahu apa yg Haikal tengah rancangkan.Aku dh suruh bdk kita spy bdk Haikal.Apa-apa nnti aku update lain"Aiman menganggukkan kepala.Rahangnya bergerak-gerak menahan rasa

Aiman mendengus kasar "Sani kau make sure bdk kau tak trlepas pandangan.Kalau tak,kau tahukan apa yg mampu aku buat.Dan kau Saiful,dptkan maklumat tu secepat mungkin.Aku dh tak blh diam mcm ni.Aku nk tahu siapa yg berani sangat nk ugut isteri aku."kata Aiman dgn wajah tegang

"Pastikan pisang tak berbuah dua kali.Aku taknak kejadian 5tahun lepas berulang kembali"sambung Aiman,menahan rasa dihati bila teringat kembali apa yg terjadi.Sejarah hitam baginya.

Saiful dan Sani mengangguk serentak sebelum masing-masing bersurai dari situ.

Oh yaa..pada yg terlupa siapa Saiful dan Sani ni.Saiful merupakan sahabat baik Aiman sejak dibangku sekolah lagi.Saiful juga merupakan org kanan Aiman yg memang cekap dlm menyiasat dan dlm bidang hack atau viruskan data.Tetapi kdg-kdg tu tak blh pakai jugak.

Manakala,Sani merupakan abg kepada Saiful yg telah bekerja dgn keluarganya ketika dia belum habis bersekolah lagi.Bagaimanapun,beberapa bulan yg lepas aunty Su meminta pertolongan dari abg Sani utk menjadi driver dan bodyguard kepada Alia.Bkn menjadi bodyguard sangat,tetapi lebih kepada pemantaun pergerakkan Haikal.

Walaupun abg Sani agak tua dari mereka berdua,tetapi disebabkan mereka sudah kenal terlalu lama dan sangat rapat,jadi sudah terbiasa dgn panggilan aku kau.

********************************

Suara bingit dari muzik yg dimainkan didalam kelab tidak menjadi penghalang utk menghiburkan hati.Sebilangannya menari mengikut rentak muzik dgn dibawah pengaruh alkohol,sebilangan lagi sibuk membuat aktiviti tangan dan kaki serta sebilangan lagi menghilangkan tekanan dgn meminum beberapa botol arak.

Menjadi suatu kebiasaan kepada mereka sehinggakan bau arak tidak menjadi masalah kepada mereka.

Samalah seperti Haikal.Dirinya terlalu diawang-awangan ketika ini.Entah berapa teguk minuman itu ditelan,tidak dpt dipastikan.

Tanpa perasaan malu,Haikal membuka bajunya dan menari-nari disitu sambil menarik seorang perempuan utk turut menyertainya menari.

Terbayang akan wajah Alia didepan matanya.

"Iris Natalia.Kau nk lari mana dari aku hah?"soal Haikal sambil ketawa menyeringai.Perempuan dihadapannya yg dianggap Iris itu dipeluk kasar.

"Aku dpt kau.Yeah..So kau tak blh lari dari aku lagi.Faham..Aku akan pastikan family kau hancur semua sekali mcm mana family kau dh hancurkan harapan bapak aku"sambung Haikal lagi sambil ketawa terbahak-bahak.Entah apa yg lawak sangat.

Perempuan yg berada didalam pelukkannya berusaha melepaskan diri.Tidak selesa diperlakukan begitu.Tenaga perempuan tidak dpt ditandingi dgn tenaga lelaki.

Seketika ada tangan yg cuba meleraikan pelukkan itu.

"Lepaslah!!Jom balik sekarang!"arah Linda tegas.Tidak sanggup dia melihat kekasih hati seakan tiada akal ketika ini.

Haikal hanya tersenyum kepadanya
"Kau balik la.Aku nk duduk dgn kekasih hati aku Alia"ujar Haikal mabuk.

Tanpa menunggu lama,Linda pantas menarik kasar tangan Haikal.Haikal yg makin mabuk hanya mengikut tarikan itu.Tersenyum-senyum dia sendirian

Sampai dihadapan kereta pantas Linda menolak kasar tubuh Haikal sehingga terdorong pada kereta.

"Kau ni kenapa hah?Main tolak-tolak org pulak?!"berang Haikal

"Padan muka!!Itu sebab you suka-suka pergi peluk perempuan lain depan I.Dh jom balik"arah Linda.Dia tidak gentar dgn marah Haikal.Dia sudah terbiasa.Maki,sepak,terajang semua dia dh pernah rasa bila lelaki itu mabuk dan mood marahnya dtg.Habis semua yg ada didepan matanya menjadi sasaran.Syg punya pasal.Dia sanggup tahankan.Tapi sampai bila?Itu masih menjadi tanda tanya.

***********************

Hujung minggu itu mereka menghabiskan masa dirumah umi utk melepaskan rindu masing-masing.Jam kini menunjukkan angka 11 mlm.Seketika umi meminta diri utk masuk tidur.Lalu diikuti oleh Aiman dan Alia.Atilia tiada dirumah kerana masih berada dihostelnya.

'Ting'bunyi menandakan ada mesej baru yg masuk.

Alia bingkas mencapai telefonnya utk melihat pesanan baru yg dihantar.Aiman baru sahaja menapak kebilik air

From:Unknown

Berdebar-debar jantung Alia membaca nama itu.Entah kali keberapa dia mendapat mesej dari pemilik nombor itu dia sendiri tidak pasti.Seakan tidak habis mahu mengugutnya.Mesej itu dibuka

-Siap sedia,perang akan bermula SOON!.Aku akan pastikan kau tak bahagia.Buatlah sebanyak mana amal ibadat utk tampung dosa kau tu,sebelum aku menjadi malaikat maut utk kau

Terketar-ketar tangan Alia membaca mesej itu.Kelopak mata seakan tengah mengumpulkan cecair yg bila-bila sahaja akan pecah.

"Syg.."sapa Aiman risau.Risau melihat isterinya seakan mengeletar sendiri.Pantas bahu itu disentuh

Alia yg terkejut terlepas telefonnya dari pegangan.Aiman menundukkan badan utk mengutip kembali telefon isterinya.Apabila dia ingin mengambil,terlihat pesanan yg baru sahaja dibaca oleh isterinya.

Wajahnya terus berubah menjadi tegang.Beberapa mesej lain yg belum dipadamkan oleh isterinya juga dibaca.Alia yg melihat tingkah Aiman menggigil sendiri.Takut dimarahi oleh suaminya kerana merahsiakan mesej itu

Bkn dia tak mahu memberitahu,tapi dia takut.Takut menghadap wajah tegang suaminya,takut melihat amarah suaminya seperti sekarang.Kecut perutnya bila Aiman merenungnya dgn pandangan tajam membunuh.

"Kenapa tak bagi tahu?"soal Aiman dgn gigi diketap.Alia hanya menyepi,seakan ada gam yg melekat dimulutnya

"Abg dh ckp kn?!kalau dia ni hantar mesej mcm ni bagitahu abg!Apa yg susah sangat nk faham hah!!"tengking Aiman.

Terhinjut bahu Alia mendengar tengkingan sang suami.Airmata yg ditahan dari tadi akhirnya membasahi pipi.Kepala ditunduk.Tak pernah dia ditengking oleh sang suami.Sedikit sebanyak dia terasa dgn tengkingan itu.

"Aku tanya ni!Jawablah!Dh bisu ke?!"sambung Aiman lagi.Panggilan sudah bertukar.Geram dia bila melihat isterinya itu seakan mendiamkan diri.

Alia mengangkat wajahnya.Wajah suaminya ditatap sekilas.Tidak sanggup utk menatap lama wajah yg seakan mahu membunuhnya itu.Airmata yg mengalir dibiarkan.

"I iris..Iris takut.Iris takut nk bagitahu,takut abg akan melenting mcm ni"jawab Alia terketar-ketar.

Aiman meraup beberapa kali mukanya lalu rambutnya pula diraup kasar.Rambut yg kusut dibiarkan sekusut kepalanya.Tak henti-henti dia beristighfar didalam hati,cuba meredakan marahnya.Tak mahu syaitan mengawal dirinya.

Wajah isterinya yg menunduk bersama airmata kembali ditatap dgn pandangan redup.Serba salah menjentik tangkai hatinya kerana menengking isterinya tadi.

Telefon milik isterinya kembali diletakkan diatas meja,seraya itu tubuh isterinya dipeluk seketika

"Maafkan abg sbb tertengking Iris.Abg kecewa sbb Iris cuba membelakangkan abg"usai berkata begitu pelukan kembali direngangkan

Kunci kereta dicapai.Lalu kaki diatur utk keluar dari situ.Baru selangkah dia menapak,langkahnya terhenti setelah dipanggil oleh Alia.

"Abg..abg nk pergi mana?Dh lewat ni.Iris minta maaf abg,Iris minta maaf.Bkn niat Iris nk merahsiakan,tapi Iris takut abg akan marah mcm ni.Maafkan Iris"ngongoi Alia lagi sambil muka ditekup dgn telapak tangannya

"Dh la.Tidur dulu,tak payah tunggu abg.Abg ada hal sikit dekat luar"seraya itu kakinya diatur pergi,wajah isterinya yg basah dgn airmata dibiarkan.Dia perlukan masa utk bertenang seketika.

'Maafkan abg Iris'bisik Aiman didalam hati sambil langkah diatur keluar.

Usai kelibat Aiman hilang dari pandangan,Alia terduduk disitu.Lalu Alia duduk sambil memeluk lututnya,wajahnya disembamkan disitu.Teresak-esak dia menangis.Rasa bersalah kerana menjadi punca kemarahan suaminya.

Entah berapa lama dia berkeadaan begitu sehinggalah dia tertidur dlm keadaan duduk.

Sedarnya pagi itu,dia sudah berada diatas katil.Pandagan dihalakan kesisi.Kosong.Menandakan suaminya sudah bangun.Bilik air pula dipandang.Kosong.'Mana Aiman pergi?'detik hatinya.

Kemudian jam pula dilihat,6.30 pagi.Terkejut Alia kerana sudah terlewat utk mengerjakan solat subuh.Dgn sepantas mungkin,bilik air dituju utk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum mendirikan solat

Selesai mendirikan solat.Alia segera keluar dari bilik,dia mahu mencari kelibat suaminya.Sampai dianak tangga terakhir terdengar suara org berborak didapur.

Tahulah dia yg suaminya tengah berborak dgn umi didapur.Pantas langkah diatur menuju kedapur.

Setelah kelibat Alia kelihatan didapur,Aiman segera meminta diri dari umi.Ciuman dilabuhkan pada pipi wanita itu,seraya dia bergegas keluar tanpa memandang wajah Alia.Makin terasa Alia dibuatnya,bila sang suami seakan-akan cuba mengelakkan diri dari sang isteri.

Hilangnya Aiman dari pandangan umi segera menegur Alia
"Alia,mai sini..Kita mkn sama-sama"panggil umi lembut.Melihat wajah keruh dari sang menantu sedikit sebanyak membuatnya jatuh kasihan pada wanita ini.

Alia cuba memaniskan muka yg sememangnya kelat itu.Kaki diatur kemeja mkn sebelum punggung dilabuhkan pada kerusi.

"Alia nk mkn apa?Umi tlg sendukkan"tanya umi lagi.

Alia membalas dgn gelengan."Takpelah Alia teman umi je mkn.Alia tak lapar lagi"tolak Alia lembut.Sungguh dia masih tidak lapar kini kerana selera mknnya sudah mati.

"Alia..Alia dgn Aiman ada masalah ke?Taknak sharebdgn umi?"tanya umi prihatin.Alia membalas dgn gelengan

"Takde apalah umi.Biasalah,gaduh-gaduh manja"seraya itu Alia ketawa bagi menutupi rasa.Tapi apa yg dia perasan ketawa itu kedengaran hambar sekali.Sehambar perasaannya.

Umi tersenyum manis kearah Alia,tangan itu digenggamnya"Alia hidup berumah tangga ni,ada pasang surutnya.Sekejap kita happy,sekejap kita sakit hati,sekejap kita marah,sekejap kita sedih dan sekejap kita rasa kita paling beruntung didunia ini.Jadi apa yg blh umi ckp,tak kiralah apa pun yg jadi dlm perkahwinan kita ni.Selagi masih ada rasa syg dlm jiwa,cubalah ajak pasangan bincang elok-elok.Perbaiki hubungan ni sebaiknya.Jgn biarkan ada tangan yg cuba rosakkan.Dan yg paling penting dlm perhubungan itu,elakkanlah dari simpan rahsia.Sbb bila sekali dh pecah.Susah utk pasangan kita percayakan kita.Pesanan inilah yg umi selalu pesan pada Aiman"nasihat umi.Sedikit sebanyak dia seakan terasa dgn nasihat umi itu.

Ya dia tahu dia salah,kerana merahsiakan hal itu.Bibir dikemam seketika sebelum tersenyum kearah umi."In sha Allah umi.Alia cuba"

Umi menganggukkan kepala"Umi minta maaf bagi pihak Aiman sbb dia abaikan Alia tadi.Aiman ni dia cepat marah dan dia juga cepat sejuk.Cuma kita kena bagi dia masa,bagi dia masa utk fikir balik.Umi percaya,nnti dia ok dgn sendiri.Tadi pun umi ada jugak nasihatkan dia.Jadi Alia jgn risau ye"jelas umi lagi.Alia terpana sekejap

"Erkk..Aiman cerita dekat umi ke?"soal Alia minta kepastian.

Umi pantas menggeleng"Tak.Aiman tak cerita apa pun.Dia perahsia orgnya,sbb itu umi risau.Dari air muka dia,umi blh baca yg dia ada masalah"jelas umi lagi.

Alia mengakui,suaminya itu memang perahsia.Tapi mungkin utk kepentingan mereka juga,jadi dia tak akan sesekali meraguinya.

Dia percayakan suaminya.Apa pun yg dirahsiakan oleh suaminya,mungkin bersebab.

********************************

Selepas sahaja keluar dari dapur tadi,Aiman segera keluar dari rumah utk tenangkan fikirannya yg berserabut.Taman berdekatan situ dituju utk berjogging.

Dua round dia berjongging,dia berhenti seketika.Melepaskan lelah.Badan direngangkan sebelum kerusi berdekatan dituju

Badan dibongkokkan sedikit membiarkan kedua-dua siku berada diatas pehanya,lalu pandangan dilontarkan kearah hadapan.

Serabut dia kini.Nafas kasar dihela.Perasaan bersalah menjentik tangkai hatinya kerana mengabaikan isterinya.Bkn niatnya utk melakukan begitu.Tetapi dia perlukan sedikit masa utk berfikir.

Teringat kembali perjumpaannya dgn Saiful mlm tadi

"Satu je cara utk kita bagi dia munculkan diri dia"kata Saiful sambil kening terangkat-angkat diikuti senyuman sinisnya

"Apa?"tanya Aiman mendatar.Kepalanya terlalu berserabut kini

"Kau kena buat-buat bergaduh besar dgn isteri kau"hampir terjerit Aiman dibuatnya mendengar cadangan Saiful itu

"What??Kau gila ke?No aku takkan ikut"jawab Aiman tegas

"Dgrlah dulu.Aku rasa dgn cara tu je yg kita blh buat.Sekarang dia tak berani nk tunjukkan diri dia sebab dia tahu,kau sentiasa ada dgn isteri kau.Tapi bila kau gaduh,automatik kau akan abaikan isteri kau.So dari situ,barulah dia berani munculkan diri dia utk teruskan niat dia tu.Mungkin memang niat dia utk bagi kau brgaduh dgn isteri kau dulu..Dari dia yg menjadi penyebab korang bergaduh,apa kata kau sendiri pura-pura bergaduh"Aiman dia seketika.Cuba menghadam kata-kata Saiful yg berbelit-belit itu.

Keluhan berat dilepaskan.Rambut dikusutkan.

"Sorry bro.Aku tak blh ikut cadangan kau.Mcm melampau sangat.Aku tak sampai hati nk buat isteri aku mcm tu.Tengok muka muram dia pun aku dh sedih.Inikan pulak kalau hari-hari dia menangis mkn hati dgn aku.Sorry aku tak mampu sakitkan hati isteri aku"ujar Aiman lirih.

Melihat setitik airmata wanita itu jatuh pun sudah menghancurkan jiwanya,inikan pula mahu berpura-pura bergaduh dgn isteri sendiri.Sungguh dia tidak sanggup.

Saiful kembali mendiamkan diri.Dia sendiri sudah mati akal

"Aku tak kira,mcm mana pun.Kau buat sampailah jumpa siapa punya angkara ini semua.Aku nk tahu minggu ni juga"arah Aiman tegas.

Nafas berat ditarik dan dihembus.Entah berapa kali dia membuat hal sedemikian.

Tak..dia tak akan ikut cadangan dari Saiful.Tadi sengaja dia cuba mengabaikan isterinya.Namun ia membuatkan hatinya sakit sendiri.

'Ya Allah,Zat yg maha membolak balikkan hati.Kau tetapkanlah imanku Ya Allah.Kau berikanlah kekuatan kepada hambaMu utk melalui dugaanMu ini Ya Allah'doa Aiman didalam hati

Seketika,Aiman kembali bangun dari duduknya.Dia ingin kembali berjogging.Entah berapa pusingan dia jongging dia tak pasti.Setelah puas,barulah dia melangkah pulang kerumah

Sampai sahaja dirumah,Aiman terpandang kelibat isterinya yg duduk menghadap kolam renang yg berada dibelakang rumah.Dia yg pada mulanya mahu naik keatas terus membantutkan niatnya.Langkah diatur kesitu.

"Syg"panggil Aiman lembut.Sebelum mengambil tempat disebelah Alia

Alia yg mendengar terus berpaling kearah suara itu.Senyuman dihadiahkan kepada sang suami sebelum pandangan kembali dihalakan kedepan

Masing-masing menyepi.Tiada seorang yg ingin membuka bicara terlebih dahulu.

"Syg.."panggil Aiman lagi.

"Abg minta maaf diatas kelakuan abg semalam dan pagi tadi.Abg minta maaf sbb abg terlalu ikutkan perasaan.Maafkan abg syg"ucap Aiman lirih.

Alia segera mengalihkan padangan kearah suaminya.Tangannya menggapai tangan sang suami.

"Abg..Iris dh maafkan abg.Takpe,Iris tak salahkan abg pun.Ni semua salah Iris,sbb Iris dh ingkar arahan abg.Iris minta maaf utk itu"ucap Alia kembali.Wajah suaminya ditenung penuh kasih syg sebelum tubuh itu dipeluk

"Iris rindukan abg"ujar Alia bersama getaran suara.Pelukannya dibalas kembali oleh Aiman

"Abg pun rindukan isteri abg ni"seraya itu,ubun-ubun Alia dikucupnya

"Tlg janji dgn abg yg syg tak akan rahsiakan apa-apa lagi dari abg.Abg risau syg.Abg taknak apa-apa jadi pada syg.Abg janji yg abg akan cuba sedaya upaya abg utk lindungi isteri abg dari ugutan mcm tu.Kita pergi buat report polis ye nanti"ujar Aiman kembali dan mendapat anggukan oleh Alia

ps:Maaf hambar utk bab ni.saya akan cuba lgi next time..hehee..jln cerita asal mcm lain,dh taip siap dh tapi disebabkan lupa nk save dan lupa dialog asal,so jdilah bab yg hambar ini..maafin author ya para readers..
Mcm biasa,klau ada typo buat-buat tak nmpak ya..See you tomorrow.. Muah :-*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience