Bab 8

Romance Completed 14428

"Alia kau dekat mana?"tanya Bella selepas panggilan yg dibuatnya berjawab

"Office leer sayang oii,kau asal duduk tak duduk tanya aku kat mana?Tau la menganggur pun,takkan sampai lupa member sendiri kerja?"panjang lebar bebelan Alia.Dia hanya menggelengkan kepala perlahan dengan telatah sahabatnya itu

"Haih,aku tanya pun salah,tapi takpe la salah ke betul ke aku nak tanya jugak,sebab mulut aku kan..ehhh kau jangan bagi aku melalut banyak sangat err..."bebel Bella kembali,belum sempat Bella ingin meneruskan percakapannya,lantas dipotong oleh Alia

"Ehh...aku pulak kena,kau yang call aku kn?kau pehal?"

"Sabar laa nk ckp la ni,aku dekat dekat pavillion ni..err"sekali lagi percakapan Bella dipotong,siapa suruh duduk err err sangat

"Dah tu kau nak suruh aku buat apa?"balas Alia geram kerana kerjanya terpaksa ditangguh kerana gangguan daripada sahabatnya

"Aku..aku cakap kau jangan melenting tau,actually aku ternampak tunang kau dengan seorang perempuan ni,aku curious la weyh,kalau kawan kenapa siap berpeluk-peluk bagai nanti aku hantar gambar dekat kau,bukti aku tak ckp kosong tau"haih bila masa pulak aku upah minah ni sebagai spy

"Ehh kau ni,iya-iya je,tah pelanduk dua serupa ke?"Alia cuba menolak andaian itu,walaupun dia tahu itu tak mustahil
"Apa taknya betul laa"Bella cuba menegakkan bahawa dia betul
"Ok kalau kau tak caya aku,kau set satu hari kita follow dia sama-sama"

"Hmm yela-yela aku off dulu,aku busy ni..apa-apa kau roger aku ye,bye"panggilan dimatikan

Alia bersandar dikerusinya,haih betul ke apa Bella kata ni,takkan kwn aku nk tipu aku kn,tak blh jdi ni,aku kena follow mamat ni jugak,kalau betul dia ada perempuan lain,buat apa lagi dia kawen dengan aku dan aku jugak boleh hidup bebas dari dia
Sesungguhnya hati Alia sudah tertutup buat Haikal serapat-rapatnya

*********

"Kau serius ke ni Alia kita nak intip dia dari sini?"soal Bella ragu-ragu,mana tidaknya tiba-tiba sahaja Alia terpacak dirumahnya dan mengajaknya untuk mengintip tunangnya dikondonya

"Kalau tak serius,aku tak duduk cangak kat sini,aku dh text dia tadi ajak jumpa,tapi dia cakap dia ada hal nak jumpa kawan dia.So kita tunggu la,surprise apa yang kita akan dapat"kata Alia diakhiri dengan senyum sinisnya

Tidak berapa lama kemudian,kelibat yang ditunggu kelihatan bersama dengan seorang gadis yang tinggi lampai persis model

"Weyh..perempuan tu la aku nampak haritu"riang Bella memaklumkan perkara berkenaan

"Diam la kau"arah Alia,geram dengan sikap Bella yang tak habis-habis bising,dia nak fokus pun terbantut

"Hmm yelaa"muncung ditarik,tanda merajuk..hampir meletus ketawa Alia dengan sikap keanak-anakan sahabatnya tu apabila dia dengan tidak sengaja mengerling sahabatnya disebelah

"Kau nie besar gajah pun nak merajuk lagi"ketawa Alia perlahan

Kemudian mereka membuntuti kereta milik Haikal apabila mereka sedar yang kereta itu hampir keluar dari tempat parking itu,perlahan mereka mengikut dari jauh,agak pemilik kereta dihadapan tidak perasaan,sehinggalah mereka sampai disebuah rumah..rumahh yaa rumah itu,dia pernah sampai bersama Haikal,dimana dia hampir diperkosa..
Air liur terasa kesat untuk ditelan

"Ehh rumah siapa pulak ni?"soal Bella,Alia hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Mungkin rumah perempuan tu,aku ingat lagi..rumah ni,rumah ni la yang aku hampir kena rogol tu"suara bergetar menahan rasa dihati.
Bella menggenggam tanganku untuk memberi semangat

Tidak berapa lama kemudian,bayangan Haikal keluar dari kereta tersebut bersama perempuan tadi sambil jalan berpelukan dan masuk kerumah tersebut

Alia dan Bella masing-masing saling berpandangan,tidak faham apa yang terjadi..Adakah ini plan mereka berdua?untuk apa??semuanya masih kabur,tiada siapa yang mempunyai jawapan untuk itu

**************

"Haikal,saya nak jumpa awak dekat office saya esok pagi,ada benda saya nak bincang"tegas Alia memberi arahan

"Ok syg,see you tomorrow,miss you babe"balas Haikal manis,Alia hanya mencebik meluat dengan lakonan murahan Haikal..
Dia sudah buat perhitungan setelah beberapa hari mereka(Alia dan Bella)mengintip pergerakkan Haikal,mereka tahu bahawa lelaki itu mempunya hubungan dibelakangnya.Dia ingin putuskan pertunangan ini,tidah betah baginya untuk berkawen dengan lelaki yang laki perempuan..Ya dia tahu dia juga tidak sebagus mana,sekurang-kurangnya dia tidak mempunyai spare part seperti Haikal

Keluhan dilepaskan,dia tak kisah,jika keputusannya akan ditentang oleh auntynya nanti,dia kena prepare fizikal dan mental untuk berhadapan dengan semua ini.
Perkahwinannya jugak hanya berbaki 1 bulan sahaja lagi sebelum dia diikat menjadi milik lelaki itu sepenuhnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience