Bab 24

Romance Completed 14382

"Abgg..kalau Iris nk kerja balik dekat syarikat papa blh?"Alia memecahkan suasana ketika masing-masing kusyuk menonton siaran tv selepas selesai mkn mlm.

Sebenarnya sudah lama dia berfikir utk kembali bekerja,tetapi tak terluah oleh mulut.Entah mengapa.

Bukan tidak seronok menjadi suri rumah.Tetapi dia kebosanan bila Aiman pergi kerja.

Selepas mendengar permintaan itu,Aiman segera menundukkan kepala kearah isterinya yg ketika itu berbaring diatas ribanya.

"Kenapa tiba-tiba?"soal Aiman,berkerut kening Aiman ketika ini.Kerana inilah antara soalan yg paling takut utk didengari.Nafas ditarik dalam.Bibir diketap seketika.

"Abg bukan tak bagi.Tapi abg risau la."seakan tidak berpuas hati dgn permintaan isterinya.

Alia bingkas duduk dari pembaringannya.

"Abg ni,tak habis-habis risau.Iris keluar nk beli brg dapur pun abg tak bagi kalau Iris pergi sorang-sorang.Iris nk pergi kerja je la abg.Bkn Iris nk buat apa pun.Takkan tu pun tak blh?Hmm"rengus Alia geram.Tubuh dipeluk.Tak berpuas hati kerana tak diizinkn bekerja.

"Iris bosan la duduk rumah.Tlg la izinkan Iris kerja,please abg"rayu Alia kembali selepas dari tadi lagi suaminya hanya mendiamkan diri.

Wajah tegang suaminya disisi ditenung.Walaupun agak gerun melihat reaksi Aiman ketika ini,tapi dia tidak kira.Dia nk juga kerja.

Aiman mendengus kasar "Abg ckp abg tak bagi,means abg tak bagilah.Duduk je la dekat rumah"intonasi masih dikawal walaupun amarahnya hampir terletus.Bkn sengaja dia tak izinkan.Tapi dia risau akan isterinya itu.Risau jika Haikal munculkan diri didepan isterinya.

"Abg..tlg lah...Iris nk kerjaa..Kalau abg risau sangat,abg ckp dekat Iris,abg risau pasal apa?Ckp la..Ke abg takut Iris pergi kelab balik?"serkap jarang Alia.

"Jgn pandai-pandai buat andaian Iris.Abg tak suka."

"Dh tu ckp la kenapa?"asak Alia lagi.Tidak berpuas hati

Bergerak-gerak rahang Aiman menandakan marahnya hampir sampai kelimitnya.Alia disebelah direnung dgn pandangan tajam,memerah mata itu.Kecut perut Alia melihat perubahan air muka suaminya itu,segera pandangan diturunkan.Jari tangan bermain sesama sendiri

Serba salah pulak kerana telah menaikkan kemarahan suaminya.Tetapi dia nk kerja.Takkan itu pun suaminya tak bagi.

Tanpa menjawab apa-apa.Aiman bingkas bangun dari duduknya dan berlalu kebilik.Dia perlu tenangkan dirinya dulu.Takut amarahnya dilepaskan kepada isterinya

Dh lama dia tidak marah seperti ini.Kenapa harini isterinya seakan mencabar kesabarannya.Birai katil dituju utk duduk.Muka diraup beberapa kali,pantas bilik air dituju.Ingin menyejukkan hati dgn mengaji.

******************************

Alia yg melihat suaminya itu bangun menuju kebilik hanya mampu menghantar melalui pandangan mata.Tidak berani mahu bersuara lagi.Tanpa disedari,airmata seakan bergenang dikelopak mata akhirnya perlahan-lahan menitik tanpa dipinta.

Sedih rasa hati bila suaminya sendiri seakan tidak mahu memahami kehendaknya.Entah apa yg dirisaukan,dia sendiri pun tidak pasti.Seperti terlalu byk rahsia yg cuba disimpan oleh Aiman.

Dia sendiri bingung.

Teringat kembali ketika dia mula melangkah kerumah ini.Sahaja dia mahu melihat suasana dirumah ini.Satu persatu bilik dituju utk melihat suasananya.Tetapi bila sampai di sebuah bilik di sebelah bilik mereka,Aiman tidak mengizinkannya utk masuk.Bila ditanya,jawabnya kunci hilang,sebab tu lah dia tak blh masuk.

Yg hairannya,kalau kunci hilang kenapa pernah je nampak suaminya masuk kedalam bilik itu.

Tetapi ketika itu,dia tak ambil pusing sangat.Mungkin ada brg berharga disitu.Jadi dia taknak kacau.

Keluhan berat dilepaskan.Airmata yg mengalir dikesat kasar.Apa yg Aiman cuba rahsiakan darinya sebenarnya ni?

Aiman ada perempuan lain?Tak-tak.Dia tak rasa begitu kerana tingkahlaku Aiman tak menunjukkan sedemikian.

Pening kepalanya memikirkan apa yg dirisaukan sangat oleh Aiman.Nk kata dia risaukan Haikal?Haikal dh lama dh tak kacau dirinya.

Takpelah,kalau suaminya tak izinkan juga dia utk bekerja.Dia akan ikutkan,malas mahu berdebat.Terasa makin berdosa pulak kerana melawan ckp suami.Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dilepaskan.

Niatnya kini satu,biarlah apa pun yg cuba dirahsiakan suaminya itu dia tak akan masuk campur.Mungkin suaminya ada sebab sendiri.Sekarang tugasnya adalah utk pergi minta maaf kerana telah menyebabkan kemarahan lelaki itu.

Pintu bilik dikuak dari luar.Dia terpandang suaminya diatas tikar sejadah seakan baru habis mengaji.

Perlahan-lahan kaki diatur melangkah kearah suaminya.Sampainya disisi suami,Alia melabuhkan duduk disitu.

"Abg"panggil Alia perlahan sambil wajah suami ditatap.Tangan itu dicapai,dia tahu Aiman baru sahaja habis mengaji.Tiada respond

"Abgg"panggil Alia kuat sedikit dari tadi,juga masih tiada respond.

"Abg,abg marahkan Iris lagi ke?"tanya Alia sayu.Tubir mata seakan memberat kembali bila rasa diri diabaikan oleh suami sendiri.Masih tiada tindak balas.

Padangan kosong sahaja dilemparkan oleh Aiman kehadapan.Hatinya sedikit tenang selepas selesai mengaji.

"Abg,Iris minta maaf sebab menjadi punca abg marah.Iris bersalah.Ampunkan Iris abg.Kalau abg tak izinkan Iris bekerja,takpe Iris ikutkan.Iris takkan pergi kerja.Iris duduk rumah je.Tapi tlg jgn marahkan Iris lagi,tlg jgn abaikan Iris lagi mcm ni,Iris terseksa.Iris minta ampun abg.."rayu Alia dlm meminta keampunan dari sang suami.Tangan suaminya digenggam erat seakan tidak mahu dilepaskan,kemudian tangan itu juga dicium beberapa kali

Aiman serba salah pulak melihat tangisan dari sang isteri.Bukan salah isterinya,tapi salahnya sendiri kerana terpaksa mengongkong isterinya itu.Salahnya kerana terpaksa berahsia.Salahnya kerana tak mampu tunaikan permintaan sang isteri.

Wajah Alia yg menangis teresak-esak itu ditatap sebelum tangannya naik utk mengesat airmata itu.Sakit hatinya kerana airmata itu jatuh kerananya.Lantas tubuh itu ditarik kedalam dakapannya

"Shh..bkn salah syg.Bkn salah syg.Bkn salah syg.Abg minta maaf dgn tindakkan abg tadi.Abg yg brsalah,abg minta maaf.Abg buat ni semua bersebab syg.Maaf sebab abg tak blh bagitau sebab tu.Abg minta maaf syg"luah Aiman.Alia menggelengkan kepala berkali-kali

"Iris tak kisah abg.Takpe,Iris akan ikut ckp abg.Iris tak pergi kerja.Iris tak pergi"kata Alia yg masih lagi dlm esakkan.Terhinjut-hinjut bahu itu.

Aiman menarik perlahan bahu Alia,dia ingin melihat wajah itu.

"Abg izinkan syg pergi kerja.Tapi dgn syarat."

Bersinar mata Alia mendengar persetujuan dari sang suami.Tersenyum gembira Alia dibuatnya

"Syarat apa?Alia tak kisah.Abg ckp je"soal Alia.Airmata dikesat,senyuman dihulurkan.

Aiman tersenyum nipis melihat reaksi Alia.Tak sampai hati pula rasanya ingin menolak permintaan isterinya itu.Perasaan takut ditolak jauh-jauh buat masa sekarang.Rancangan lain harus diaturkan kembali bagi memastikan keselamatan isterinya itu.Nafas ditarik dan dilepas perlahan.Wajah isteri direnung lembut.

"Syarat pertama.Pergi kerja dan balik kerja abg yg akan ambil dan hantar"Aiman berjeda sebentar.Menunggu jawapan Alia.

Alia hanya mengangguk.Senang.

"Syarat kedua.Tak blh keluar dari ofis berseorangan.Dan peneman itu,haruslah perempuan dan yg blh dipercayai"

Alia mengangguk lagi.Senang.

"Syarat ketiga.Kalau nk pergi kemana-mana makesure update dekat abg.Even masuk toilet.Sekurang-kurangnya abg takde lah risau sangat."

Ok ni mcm karut sikit,takkan lah nk pergi toilet pun nk kena bagitau.Tapi dianggukkan saja

"Syarat kedua terakhir,lunch dgn abg.Tak ada alasan!Melainkan kalau kita dua memang betul-betul busy"

Ok pass

"Yg terakhir."Aiman berjeda lama.Dia bangun menyimpan kembali al-quran dan melipat sejadah.Alia pula terpinga-pinga.Mcm berat je syarat terakhir ini.

Aiman menarik tangan Alia utk bangun dari duduk.

"Syarat yg terakhir"sambung Aiman sambil berbisik ditepi telinga Alia.Bingkas Alia didukung dan diletakkan diatas katil.Tubuh itu ditindih perlahan."Syarat yg terakhir ialah meramaikan umat islam"bisik Aiman kembali.Sambil tersenyum penuh makna

Alia yg terkulat-kulat pada mulanya kerana tidak dpt menangkap maksud Aiman.Apabila melihat senyuman gatal dari sang suami,barulah dia faham akan maksud meramaikan umat itu.Demi kerja dia relakan walaupun mlm ni,bkn mlm jumaat.Wrong timing la abg.Tapi demi abg Alia sanggup.

Demi abg laa sangat,padahal demi diri sendiri.Alia pantas mengangguk akan syarat yg terakhir itu.Tersenyum manis dibuatnya wajah itu.

Lampu dimatikan dan doa dibaca terlebih dahulu sebelum langkah seterusnya di ambil.Mlm ini seolah-olah milik mereka sahaja.Mereka tidur dibuai mimpi-mimpi yg indah.Semoga pelangi muncul lagi esk.

***********************

Seperti syarat yg telah ditetapkan oleh Aiman.Pergi dan balik kerjanya akan diambil oleh lelaki itu.

Setapak Alia melangkahkan kaki kebangunan pejabatnya.Byk mata-mata yg memerhati.Mungkin terkejut akan penghijrahannya.Alia menghulurkan senyuman manis kepada pekerjanya

Masing-masing seakan terkulat-kulat sendiri mungkin tak sangka,bos yg dulunya sombong dan seksi bertukar menjadi wanita yg murah dgn senyuman dan menutup aurat.

"Assalamualaikum..Selamat pagi semua"ucap Alia kepada para pekerjanya.Masing-masing menundukkan sedikit kepala dan menjawab sapaan Alia itu.

"Sara masuk bilik saya sekajap ye"arah Alia kepada pembantu peribadinya.Sara mengangguk tanpa menjawab apa-apa.

Alia melangkah masuk kedalam pejabatnya.Rindunya dengan bilik ni.Suasana bilik ini,susun atur semuanya masih sama.Alia melabuhkan punggung pada kerusinya,dan beg tangannya diletakkan dimeja yg terdapat dibelakangnya.Nafas ditarik dan dilepaskan perlahan.Berdebar juga bila lama tidak masuk utk bekerja.Byk yg perlu dia kaji dan semak balik.

Seketika,pintu bilik diketuk beberapa kali.Setelah mendapat arahan dari Alia utk masuk,barulah gerangan itu masuk.

"Cik Alia..selamat dtg kembali.Ada apa saya blh tlg?"tanya pembantu peribadinya itu.

Alia hanya menganggukkan kepala dan menyuruh Sara utk duduk terlebih dahulu.Bibir dikemam seketika,mencari ayat permulaan.

"Mcm mana dgn kerja?Masa saya takde ada apa-apa jadi tak?Maaflah ye sbb tinggalkan lama kerja saya.Awak pulak terpaksa urus sorang-sorang"ujar Alia serba salah.

"Ehh..takpe-takpe..Kerja semua Alhamdulillah ok,masa cik Alia takde,Dato' Sarimah yg selalu dtg sini.Uruskan apa yg patut"terangkat sebelah kening Alia bila nama auntynya disebut.

"So aunty saya yg urus kerja saya?"soal Alia inginkan kepastian.Sara mengangguk lagi.

"Ye cik"

Makin bertambah rasa bersalah dia pada wanita itu.Ya Allah berdosanya rasa sbb abaikan tanggungjawab dan biarkan auntynya yg uruskan semua seorang diri.Muka diraup beberapa kali.

"Emm..saya still rasa bersalah dekat semua staff saya.I'm so so sorry..."Alia berjeda seketika.

"Nanti saya akan fikirkan reward apa yg saya nk bagi dekat kamu semua ye"ucap Alia bersama senyuman.Sara yg pada mula-mulanya agak takut,mula berasa selesa dgn perubahan dari bossnya itu.

"So lepas dari aunty saya pergi keluar negara takde siapa la kn uruskan.So sekarang,apa yg saya perlu semak?Any appointment for today?"soal Alia lagi.

Buku nota yg dibawak oleh Sara dibuka,lalu meniliknya seketika.

"Owh ya.Harini,cik takde appointment dekat luar.Cuma cik ada lunch date dengan Encik Firas,pengarah dari syarikat F&F Sdn Bhd yg merupakn client baru kita."berkerut kening Alia mendengar nama itu.Tahulah dia siapa itu,senyuman cuba disembunyikan.

"Ada beberapa fail yg cik perlu semak dan tandatangan,utk projek baru gabungan dgn syarikat F&F Sdn Bhd.Emm..blh saya nk tanya sikit tak cik?"tanya Sara ragu-ragu.Ketika itu,kening Alia berkerut seribu.Sejak bila mereka mula bekerja sama dgn syarikat F&F.

"Emm..Ya silakan"

"Emm..betul ke cik dh kawen?Sbb selepas Dato' Sarimah tak dtg.Ada seorang lelaki yg dtg dan uruskan syarikat ni.Katanya suami cik.Mula-mula kami adalah sedikit argument,tetapi suami cik.I mean lelaki tu tunjukkan surat kebenaran utk uruskan syarikat ni selagi cik tak masuk atas nama Dato' Sarimah.Siap ada cop lagi.Lepas beberapa minit dari tu barulah saya dpt email dari Dato' yg lelaki itu yg akan uruskan syarikat ni sementara waktu"Cerita Sara panjang lebar.

Soalan pertama yg diajukan tidaklah dia terkejut mana.Tapi berkenaan cerita dari Sara tu.Sangat memeranjatkannya.Aiman yg tlg uruskan?Kenapa dia tak cerita pun.

Keluhan berat dilepaskan
"Haih..kenapalah suka sangat berahsia"gumam Alia sendirian.

"Sorry,apa ye cik?Saya tak dengar"soal Sara sambil tersengih dan kepala yg ditutup dengan tudung itu digaru.Alia hanya tersenyum kearah wanita itu seraya menggelengkan kepala.

"Takde apa.Ya betullah tu.Saya dh kawen.And almost 3 month already.Sorry tak panggil staff disini.Saya buat kenduri kecil-kecilan je.

Sara mengangguk "Alhamdulillah,seronok saya dengar.Patutlah berseri-seri je muka cik Alia.Eh puan Alia sejak masuk tadi.Seronok saya bila puan tak jadi kawen dgn Haikal"ucap Sara dgn muka bersinar.Teruja bosnya dh kawen.

Berkerut kening Alia mendengar nama itu
"Dh la..tak payah sebut nama dia.So berbalik pada syarikat F&F.Awak dh jumpa atau belum dgn pengarah tu?"soal Alia kembali serius.Sara hanya menggelengkan kepala.

"Suami puan yg uruskan,dan Encik Firas pun tak pernah turun kesini.Mereka selalu berbincang dekat luar ataupun suami cik yg akan pergi ke syarikat itu."Alia tersenyum nipis

"So awak tak ikut sekali suami saya pergi mana?"
Sara menggeleng lagi,kepala ditundukkan.Rasa bersalah mungkin.

"Encik Aiman tak bagi saya ikut.Maaf puan"haa..baru dengar dia sebut nama suami aku.Ingat tak tahu nama.Tergelak Alia didalam hati.

"Ok.Takpe.Awak blh keluar.Bawakkan saya semua fail projek yg saya kena semak.Bawak masuk sekali segala jenis invoice,dan adjustment budget,saya nk semak sekali."terang Alia.Sara hanya mengangguk sebelum meminta diri utk keluar.

Hilangnya Sara dari pandangan.Telefon bimbit dicapai.Whatsapp dibuka

To:Hubby syg

-Nakal ehh abg sekarang.Sampaikan tlg uruskan syarikat ni pun tak bagi tahu ye.Jumpa abg nnti,siap abg.Iris gigit-gigit abg,biar lebam satu bdn ***sambil emoji mata mengerling kesebelah diletakkan

Send.

'Ting'
Seketika mesej melalui whatsapp masuk kembali

From:Hubby syg

-HAHAHAHAHAHAHAHAA........emmm tak sabarnya nk kena gigit.Aumm.Sorry syg,abg lupa nk ckp sebelum ni.Tapi semalam abg ingat nk bagitau,tapi biarlah syg tahu sendiri harini.Surprise sikit.

Haih geram pulak hati kita.Ada pulak surprise.

To:Hubby syg

-Eiii...abg ni..dh lah malas layan.Harini Iris nk date dgn Encik FIRAS.Taknak date dgn Encik Aiman!

'Ting'

From:Hubby syg

-Jgn menggatal eh jumpa dgn Encik FIRAS kejap lagi.Love you syg ***emoji flying kiss diletakkan

Tersenyum-senyum Alia dibuatnya.Tapi senyuman itu tidak lama bila pintu diketuk dari arah luar

"Masuk"laung Alia

"Puan ni beberapa fail yg puan perlu semak.Dan ini pulak belanjawan syarikat ini,bersama invoice."ujar Sara sambil meletakkan beberapa fail dihadapan Alia.Alia hanya mengangguk.

"Saya minta diri dulu puan"Sekali lagi Alia hanya mengangguk.

'Arhhhh...'jerit Alia didalam hati.Pinggang cuba dibetulkan.Walaupun belum memulakan sebarang kerja.Tetapi melihat pada timbunan fail diatas meja sungguh meletihkan.

Tengahari menjengah waktu.Terlalu kusyuk menghadap kerja sehingga lupa yg dia ada lunch date sekejap lagi.Nasib Sara tlg ingatkan sebelum dia turun utk mkn.

Telefon berbunyi.Pantas diangkat tanpa melihat nama pemanggil

"Hello."

"Ok..tunggu kejap.Jumpa dekat bawah"panggilan dimatikan.Bingkas Alia mengemas brgnya sebelum turun kebawah.

Langkah diatur laju.Tidak mahu gerangan itu menunggu lama.

Sampai sahaja dihadapan gerangan itu,pantas badan dibongkokkan,seketika.Mencari tenaga.Nafas tercunggap-cunggap kerana berlari sedikit tadi.Nafas ditarik dan dilepaskan beberapa kali.

Bdn kembali diluruskan dan pandangan dihalakan kearah gerangan yg melihatnya sedari tadi senyap bersama senyuman manisnya.

"Sorry lambat.Ehemm..So kita nk lunch dekat mana Encik Firas?"soal Alia sambil membetulkan sedikit tudungnya yg agak senget kerana kelam kabut tadi

"Hmm..mana-mana je,tak kisah.Dekat area office ni blh,dekat tempat lain pun ok"balasnya sambil tidak lepas dari memandang Alia.

Alia menjeling sekilas kearah lelaki itu.Jawapan tak membantu langsung

"So Encik Firas.Baru dtg sini kn?How about my company?Is it okay?And mcm mana blh terbuka hati nk bekerjasama dgn syarikat saya?Ke encik ni sebenarnya terbuka hati utk saya.Sebab tu nk bekerjasama dgn saya kn?"soal Alia bersama usikkan.Mereka masih berdiri ditempat yg sama.

Lelaki itu hanya tersenyum mendengar usikkan itu.

"Dh la..kejap lagi saya jawab eh..Sekarang kita cari tempat utk date dulu"bisik gerangan itu ditepi telinga Alia.

Mereka hanya memilih restoran yg berdekatan dgn office itu sahaja,tidak membazir masa sangat.

Selepas pesanan dihantar.Mereka kembali berpandangan.Alia mengangkat sebelah kening kearah gerangan itu.

"So mcm mana dgn jawapan awak tu?"Alia berbalik kepada pertanyaan sebentar tadi.Encik Firas hanya tersenyum manis

"Hmm..not bad la company awak tu.Ye betullah ckp awak tadi.Saya terbuka hati utk awak,sbb tulah saya cucuk jarum dulu utk bekerjasama dgn syarikat awak,tak salah kn.."jawabnya tenang

Terangkat kening Alia.Wah beraninya kamu,yakinnya kamu.
"Awak tak takut ke.Saya ni ISTERI org tau"terang Alia,perkataan isteri itu sengaja ditekankan.

"Noo..buat apa saya nk takut.Dh kalau org yg bercakap depan saya sekarang ini adalah ISTERI saya sendiri"jawab Aiman.Perkataan isteri itu juga ditekankan olehnya.

Seketika,berderai ketawa mereka berdua.

Hai lah suami.Suami siapa ni,nakal sangat.Ada ke patut guna nama belakangnya utk kenakan PA nya.Kesian kwn tu digula-gulakan.

"Eiii..abg ni kn,nakal ehh sekarang..Eiii"geram Alia sambil lengan Aiman yg berdekatan dgnnya dicubit-cubit.

Mengaduh kesakitan Aiman dibuatnya.Sambil tangan-tangan digosok laju,bagi mengurangkan rasa pedih.

Alia pula rasa serba salah melihat suaminya dlm kesakitan.Memang dia cubit sekuat hatinya tadi sebab terlalu geram.

Pantas tangan suaminya itu dicapai dan digosok perlahan

"Sorry"ucap Alia lirih.

Seketika kemudian,pesanan mereka sampai.Mereka mkn sambil bercerita itu dan ini.Selepas selesai mkn,Aiman kembali menghantar Alia masuk kedalam officenya.

"Abg pergi dulu,jgn lupa solat sebelum start kerja ye syg.Balik nnti tunggu abg datang ambil."seraya itu,ciuman dilabuhkan diatas dahi isterinya

Alia hanya menganggukkan kepala.

"Abg taknak solat dulu ke dekat sini?"soal Alia kembali.Aiman hanya menggelengkan kepala

"Takpe,abg solat dekat masjid kt depan tu je kejap lagi.Abg pergi dulu eh..Assalamualaikum."ucap Aiman.Alia bingkas mencapai tangan Aiman dan menciumnya sebelum menyambut ucapan salam dari sang suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience