Bab 5

Romance Completed 14382

Bunyi muzik yang membingitkan tidak menjadi masalah kepada para penghuni.Semua masih leka mengutip dosa-dosa mereka tanpa sedikit pun rasa bersalah.Begitulah keadaan di dalam kelab.
Ada yang menari dengan pakaian yang tidak cukup kain,dengan kepala high.Ada yang berbual-bual berlainan jantina,entah apa yang dibualkan yang diselangi tawa sambil tangan tidak berhenti-henti melakukan senaman ringan untuk memuaskan nafsu masing-masing
Dan disitu juga berdirinya seorang Alia.Yaa pusat hiburan merupakan rumah keduanya jika hatinya tidak tenteram.Bukan macam kebanyakkan orang lain diluar yang bila gelisah dan tidak tenteram,Allah lah tempat mereka mengadu dan meminta petunjuk,sesungguhnya dirinya lalai dengan dunia.
Minuman didepan matanya diteguk rakus,entah kali keberapa dia meneguk air kecing tersebut.Yang pasti jika dia minum,sekurang-kurangnya dia dapat lupakan masalahnya

"Alia"bahu Alia ditepuk dari belakang.Tahulah dia siapakah gerangan tersebut,tak lain tak bukan Bella,atau nama sebenarnya Nurin Nabilla binti Nizam,merangkap partner Alia bila gadis itu ingin ke kelab
"Dah-dah la tu minum,jom balik.Esok kita kerja lagi kan.Dah pukul 12 lebih dah ni"dia risau tengok akan keadaan sahabatnya itu,dari awal masuk kesini,temannya itu hanya mendiamkan diri dan hanya meneguk minuman didepannya itu.Bila ditanya hanya gelengan yang dia dapat,mungkin belum masanya lagi Alia nak ceritakan padanya,bella cuba berfikiran positif.Dia tidak mahu memaksa sahabatnya itu,ruang perlu diberi agak sahabatnya itu boleh tenangkan fikiran

Walaupun dia juga seperti Alia suka bersosial,tapi dia juga merupakan salah seorang bff Alia yang selalu memberi nasihat dan dorangan kepadanya.
"Kau balik lah dulu,nanti aku balik"kata Alia dalam keadaan mabuk.
'Haih takleh jadi nie'tangan Alia segera ditarik,walaupun sedaya upaya Alia cuba bergelut untuk melepaskan tangan,tapi tidak berjaya.Akhirnya dia hanya mengikut kemana bella ingin membawanya

"Nah..minum ni dulu"mineral disuakan kepadaku.Ketika itu kami berada sebuah taman yang berdekatan area kelab tersebut,dia mengheretku kesitu untuk aku mengurangkan rasa mabuk,sebelum aku boleh pulang kerumah
Selepas keadaan agak stabil,dia kembali menyoal.
"Kau ok tak ni? kalau tak ok,aku ada untuk kau"senyuman nipis dihulurkan
"Akuu..akuu..aku hampir kena rogol dengan Haikal"suara seakan akan sangkut,tangisan kupecah sekali lagi,setelah sedaya upaya cuba untuk menahan

"Whattt??"tersembur air yang baru sahaja diteguk olehnya.
"Aku dah cakap kan dekat kau,dari dulu lagi.Hati-hati dengan mamat tu,sebab aku tengok dia macam ada niat tak baik je dengan kau.Tapi tu la kau taknak dengar,cinta sangat kat dia,but now see.apa yang dia nak buat dekat engkau"panjang lebar bella membebel
"But apa yang aku boleh cakap sebagai kawan,kau tak boleh terus bersedih,down macam ni.Kau kena kuat,kau tak boleh lemah.Kau jangan bagi muka dekat dia,kau kena berkeras dengan dia..aku akan sentiasa dibelakang kau,apa-apa yang kau perlukan tak kesah la masa aku ke,tenaga aku ke,tapi duit for sure kau takkan mintak kan,sebab harta kau pun giler bapak banyak..jangan risau aku akan tolong"disebalik bebelannya dan nasihatnya itu,terselit jugak lawak hambarnya itu yang mampu mencalit sendikit senyuman kewajah Alia.
Ya betul kata bella,aku tak boleh bagi muka.Dan keputusan aku muktamad akan arahan aunty Su,sorry aunty Su,Alia terpaksa ingkar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience