Bab 22

Romance Completed 14382

3 hari berlalu selepas dari majlis perkahwinan itu.

Bahagia.Itulah apa yg Alia dpt huraikan selepas dia bergelar isteri.Terasa disayangi.Dihargai.Dilindungi.

Kalau tahu bahagia mcm ni.Awal-awal lagi aku dh pergi lamar si Aiman ni.Ceh.Hahahaaa..

Jam menginjak ke pukul 10.30 mlm.Umi dan Atilia awal lagi sudah masuk tidur.Tapi Aiman masih tidak menunjukkan bayang lagi sedari tadi keluar sebelum maghrib.Lepas balik rumah dari office,berehat sekejap.Lepas solat asar dalam pukul 6.30 ptg mcm tu Aiman kembali keluar rumah.Katanya ada kerja di maahad tahfiz.Begitulah rutin Aiman yg Alia perasan sejak mereka bergelar suami isteri.

Entah kerja apa dia sendiri pun tak pasti.Tak letihkah dia?Hmm tanya diri sendiri,biar diri sendiri je yg jawab.

Dalam Alia berangan akan suaminya,pintu bilik dikuak dari luar.Maka muncullah insan yg dirindui itu.

"Assalamualaikum syg Iris tak tidur lagi?"tanya Aiman lembut sambil senyuman dihulurkan.Pintu bilik ditutup kembali.Alia bingkas bangun dari katil dan menuju kearah suaminya.

Tangan dihulurkan utk bersalam.Sudah menjadi rutinnya utk menghantar dan menyambut suaminya dgn bersalam

"Belum lagi.Tunggu abg balik"balas Alia kembali yg juga tersenyum manis kearah Aiman.

Aipp jap...!Ye tahu Alia dh mula panggil suaminya abg.Itu pun selepas di brainwash oleh umi.Dh jadi suami isteri tapi panggilan mcm org belum kawen.Memang panggilan mereka sebelum ini pun tidaklah kasar atau biadap,tapi kata umi,dgn panggilan abg sedikit sebanyak akan mengubah kita utk meletakkan penghormatan kepada suami kita.Kalau nk cakap kasar-kasar pun takkan lepas sbb adanya rasa hormat dlm diri kita utk suami trChenta.Ah gitchu!

"Syg dh solat?"soal Aiman kebiasaan.

"Dh tadi.Abg dh mkn?kalau belum Iris blh tlg panaskan lauk."Alia hanya membahasakan diri Iris.Tak terluah pulak dekat mulut utk membahasakan diri syg.Rasa geli tekak.

"Blh jugak.Tapi abg nk mandi dan sembahyang dulu la"balas Aiman kembali.Alia hanya menganggukkan kepala,seraya itu bingkas turun kebawah utk panaskan lauk.Manakala Aiman terus masuk kebilik air utk membersihkan diri.

Alia kembali menapak utk memanggil suaminya turun setelah makanan siap dihidangkan.Pintu bilik dibuka.Aiman masih lagi solat.Telefon ditepi meja dicapai,saja nk scroll-scroll ig.Mana tahu ada cerita menarik.Dalam Alia seronok melihat video-video lawak di ig.Satu mesej masuk.

Dari unknown.Siapa pulak la yg nk ajak berborak mlm-mlm ni.Segera mesej itu dibuka

From:Unknown

-Bahagialah dulu dgn suami tercinta,sebelum kebahagiaan itu diragut.

Automatik kening berkerut.Tidak faham akan mesej yg cuba disampaikan.Kenapa pengirim mesej ini berkata begini.Tak mahu serabut kepala,segera mesej itu dipadan.Salah nombor mungkin.Cuba positifkan diri.

"Ehemm..syg..berkerut sakan sangat kening tu.Ada apa-apa ke nk share?"soal Aiman prihatin.Terus tersedar Alia.

"Errk..err emm..takde apa pun just tadi ada org salah hantar mesej kott,dia ckp bahagia dulu sebelum kebahagiaan diragut"jawab Alia ragu-ragu dan takut-takut.Dia kalau blh memang taknak berahsia dgn suaminya.Takut dimurka,cukup-cukup lah dosanya yg lampau.

"Mana?Mai abg tengok"pinta Aiman dgn riak tegang.Kecut pulak perut Alia dibuatnya melihat reaksi Aiman begitu.Tak pernah pulak dia melihat sisi Aiman yg ini.Selalunya pandangan tenang je yg terbit dari wajahnya

"Erkk..I iris dh padam"kata Alia takut-takut.Aiman hanya mendengus perlahan.

"Takpelah kalau mcm tu.Lepasni kalau dpt mesej bukan-bukan lagi mcm tu,jgn delete ya..Tunjuk dekat abg dulu"wajah tegang tadi kini mulai bertukar menjadi tenang.Huh ingat nk kena marah dh tadi.Kecut perut mak.

Aiman bingkas menarik lembut tangan Alia"Jom teman abg mkn ye"pinta Aiman lembut.Alia hanya tersenyum dan mengikut langkah Aiman.

Sampai dimeja mkn,Alia mencedukkn nasi utk suaminya dan juga utknya

"Syg tak mkn lagi ke?"

"Dh tadi sikit.Sekarang nk mkn dgn abg pulakk"tutur Alia dgn nada yg manja.Sekarang ni,memang makin menjadi-jadi gedik manjanya.Alaa..biarlah.Gedik dgn suami sendiri je,bkn dgn suami org.Nasib juga Aiman seorang yg melayan.Melayan isteri dia sorang je ok.Bkn melayan perempuan-perempuan dekat luar sana tu.

"Emm...abggg...nk tanya sikit blh?"pinta Alia sambil menunggu balasan dari Aiman.

"Apa syg?"

"Err..abg selalu pergi maahad buat apa?"terluah jugak soalan yg dia simpan hampir jadi pekasam itu.Bkn apa curious jugak,kalah owner lagi pergi selalu kesana.

"Abg pergi melawat kawasan la syg.Kdg-kdg tu abg bagi ceramah sikit dekat pelajar-pelajar situ.Abg kn owner maahad tu.So kena korban masa dan tenaga lebih sikit la"balas Aiman.Hampir terlongo Alia dibuatnya

What owner???Asal dia tak tahu??

"Iris tak tahu pun"jawab Alia perlahan.

"Sekarang dh tahu kn?Abg tertunggu jugak,bila syg nk tanya abg.Dan harini barulah abg dgr soalan tu dari mulut syg"kata Aiman seraya mencuit hidung Alia manja.Alia hanya memuncungkan mulut.Sampai hati tak berterus terang

Aiman ketawa perlahan melihat muncung isterinya.

'Cup' mulut itu dicium sekilas.Tersentak Alia dibuatnya dgn tindakan drastik itu

"Abgggg...kalau org nampak mcm mana,tak senonoh la abg ni"soal Alia tak puas hati.Tapi Aiman hanya membalas dgn ketawa melihat wajah itu.Pipi yg sedia merah makin merah jadinya kerana terlalu malu.

Makan mlm mereka dipenuhi dgn usik mengusik dan gelak ketawa dari kedua-duanya.Bahagianya rasa.

Tanpa disedari tindak tanduk mereka telah diperhatikan oleh seseorang....

******************************

Seminggu kemudian,Aiman mengajak Alia utk berpindah kerumahnya.Sebelum melangkah masuk kerumah itu pun Alia dh terpegun.Apatah lagi bila masuk melangkah kedalam.

Sangat cantik dgn deco ala-ala ingris.Byk memainkan wrna putih menjadikan rumah yg besar ini kelihatan lebih besar.Wahh tak sangka bkn biasa-biasa juga yaa citarasa Aiman.Ketika Alia berjalan kearah tangga,dia terpandangkan sebuah piano yg berada betul-betul disebelah tangga.

Terlopong Alia dibuatnya.'Abg pandai main piano??'soal Alia dalam hati.

"Ehemmm..takkan tengok piano sampai nganga mulut syg?"soal Aiman.Ketika itu,dia baru masuk kerumah setelah selesai mengangkat brg mereka didalam kereta.

Alia yg menyedari akan silapnya pantas menggigit bawah bibirnya.Aiman ketawa melihat tindak balas Alia

"Abg pandai main ke benda ni?"soal Alia polos.Apa punya soalan laa..dh sah-sah ada dlm rumah dia,mestilah dia pandai main.Tapi tak kira,dia nk dengar jugak dari mulut Aiman.

Bukan apa,dia memang suka kalau ada lelaki yg pandai main piano ni.Rasa romantik.Tambah-tambah kalau mainkannya masa mlm anniversary ke mlm ulang tahun kelahiran ke..Auch!

"Ofcourse la abg pandai syg.Kalau abg duduk sorang-sorang,takde apa nk buat.Abg akan main dgn benda ni.Hilangkan tekanan.Ini salah satu terapi bagi abg selain mengaji dan workout.Syg suka ke?"soal Aiman.Dia melihat isterinya seakan teruja melihat piano itu.Alia mengangguk laju.

"Suka sangat abg.Nnti abg mainkan utk Iris ehh..Blh?"soal Alia kembali teruja.Bersinar matanya.

"Blh syg..nnti kita main sama-sama ekk?"

"Iris mana pandai main"

"Abg kn ada syg"seraya itu Aiman mengenyitkan sebelah matanya kepada Alia.

Haii laa hatiii..makin bertambah syg jadinya kalau mcm ni.Asal laa sweet sangat encik suami ni.

***************************

Hujung minggu merupakan kegemaran Alia kini kerana adanya Aiman dirumah.Dengan masa yg ada berdua-duaan inilah mereka gunakan utk mengemas rumah sama-sama,bercucuk tanam sama-sama,memasak sama-sama dan blh dikatakan semua benda mereka buat bersama-sama.

Alhamdulillah.Dia dikurniakan seorang lelaki yg sangat sempurna,sehinggakan tiada satu pun yg Alia rasa kekurangan buat lelaki bernama Aiman ini.Makin hari benih-benih cinta tersemai didalam jiwa sehingga menghasilkan kelopak bunga dihati.Yg selalu sahaja disirami dgn kasih syg dan dibajai dgn cinta dari sang suami.

Seperti mlm-mlm sebelum ini juga,Aiman akan menolongnya memasak.Tetapi mlm ini special sikit sbb Aiman sendiri yg volunter kn dirinya utk memasak mkn mlm mereka.Katanya mahu isterinya pulak merasa air tangannya.

Alia hanya menjadi pemerhati tidak berbayar.Nk tlg,tak dikasi.Tiba-tiba muncul idea gilanya.

Aiman ketika itu tengah membasuh udang setelah selesai menyiangnya didalam singki.Tanpa memberi salam,Alia bingkas memeluk Aiman dari arah belakang.Aiman yg terkejut hampir saja terlepas udang dari pegangannya.

"Abgg..Iris bosan laa..blh laa Iris tlg abg ehh..please..."rayu Alia manja sambil tangannya bermain dgn perut Aiman yg beralaskan baju.Saja nk usik-usik manja.

"Syg Iris..tangan ni cuba behave sikit,kang ada yg kena gigit kot kejap lagi.Tak jadi mkn mlm kita"Alia yg mendengar kata-kata Aiman terus menghentikan perbuatannya,tapi pelukan masih lagi belum dilepaskan.Takut juga dia kena gigit dgn Aiman nnti.Aiman ni bukan blh kira,nampak je ala-ala ustaz.Sekali dtg angin gatal campur sweetnya,habis..satu kerja tak blh jln.

Aiman tersenyum bila Alia berhenti bermain dgn perutnya.Tau takut.

"Emm..kalau syg nk tlg juga,syg tlg masak nasi je.Blh?yg lain semua dh siap dh,cuma tinggal nk tumis je.."kata Aiman sambil memusingkan sedikit kepalanya utk melihat wajah Alia.

"Ok,menurut perintah suamiku!"Aiman tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala.Hai la isteriku,kenapa comel sangat ni..

Setelah selesai mkn mlm,mereka mengambil bahagian diruang tamu utk menonton tv bersama-sama sebelum masuk tidur.Alia hanya teman sekejap sebelum dia naik keatas utk mengambil telefon,nk maklumkan kepada aunty Su yg besok mereka mahu kerumah.

Dh seminggu kawen.Mestilah nk jumpa ibu saudara pulak kn.Lagipun,dia rindukan katilnya.Berapa bulan dh dia tak balik kerumah itu.

Setelah tiba dibilik Alia pantas mengambil telefonnya.Ada satu mesej baru.

Berdebar.Jgn la dpt lagi mesej mcm haritu.Mesej dibuka dgn ucapan bismillah..

From:Aunty Su

Happy bukan kepalang lagi bila nama aunty Su yg terpampang.Tapi dia hairan juga,kenapa mesej biasa?kenapa bkn whatsapp?

Mesej itu ditekan.

Dear sygku Alia,
Ketika Alia dpt mesej ini,ketahuilah Alia bahawa aunty Su sudah berangkat keluar dari Malaysia.Ke mana?Biarlah ia menjadi tanda tanya.Minta maaf kerana tidak memaklumkan lebih awal kepada Alia.Aunty Su buat semua ni,demi kepentingan diri kita bersama.Ada sebab sendiri kenapa Aunty Su terpaksa jauhkan diri dari Alia.Jgn lupa pesan aunty,jaga suami kamu elok-elok,jgn mkn pakai dia.Taat akan perintah suami kamu itu.Aunty Su doakan semoga Allah panjangkan jodoh kamu dan suami,serta cepat-cepat bagi aunty cucu ye.In sha Allah bila semua dh selesai,aunty akan balik ye.

Salam syg dari Aunty Su.

Terjelepok Alia keatas lantai.Lemah segala tulang belulang didalam bdnnya.Setitis demi setitis airmata itu mengalir.

''Kenapa aunty kenapa?Kenapa tinggalkan Alia?Kenapa kena jauhkan Alia dari aunty?Kenapa?Alia ada buat salah ke aunty?''ngongoi Alia sendirian.Nombor aunty Su pantas didail.Tapi sudah tiada dlm perkhidmatan

Muka diraut beberapa kali.Tertekan.Apa yg tengah terjadi sekarang.Apa yg dia dh buat sehingga ibu saudara sendiri menjauhkan diri.Airmata yg mengalir dari tadi seakan tiada penghujungnya.

Pintu bilik dikuak dari arah luar.Beristighfar dia melihat isterinya yg menangis teresak-esak sambil memeluk lutut ditepi katil.

Dia naik keatas utk melihat keadaan isterinya kerana tadi katanya mahu mengambil telefon sahaja,tapi hampir 10 minit ditunggu masih tidak nampak bayang isterinya.Alangkah terkejutnya melihat keadaan isterinya ketika ini.Pantas isterinya dihampiri.

"Syg Iris.."panggil Aiman dgn nada perlahan.Takut mengejutkan isterinya.Setelah mendengar seakan namanya diseru,Alia segera mengangkat wajahnya utk melihat gerangan itu walaupun dia tahu siapa pemilik suara itu.Dia sangat kenal akan suara itu.Habis memerah muka dan matanya

Seraya itu Aiman merangkul tubuh isterinya.Cuba menenangkan dahulu isterinya itu..

"Shhh..jgn menangis mcm ni syg.Bagitau abg,apa yg jadi sampai syg menangis mcm ni"soal Aiman lembut.

"Aunty Su,aunty Suu...dia tinggalkan Iris..dia tinggal kn Iris abg..Apa salah Iris abg..Dia dh tak syg kn Iris ke abg??Kenapa aunty buat Iris mcm nii"ngongoi Alia didalam pelukkan Aiman.Aiman mengusap lembut belakang Alia.Dia hanya membiarkan Alia menangis didalam dakapannya dulu

Biarlah isterinya itu meluahkan rasa sedih dulu.Ruang harus diberikan utk memulihkan kembali semangat isterinya itu.Apabila tangisan mulai berkurang,barulah Aiman mula membuka mulut

"Syg tak salah apa pun.Mungkin dia ada sebab sendiri mengapa dia pergi.In sha Allah,nnti mesti aunty Su akan balik semula kepangkuan kita.Kita doakan yg baik-baik saja ye syg.Dh jg menangis lagi mcm ni.Sakit hati abg ni sbb tak mampu menahan Iris dari mengeluarkan airmata.Sedih Iris maka sedih juga buat abg.Jadi jgnlah sedih lagi kalau taknak abg pun sedih juga"pujuk Aiman.Alia yg sudah berhenti dari menghamburkan tangisan mula meleraikan pelukkan.Esakkan demi esakkan masih tersisa.

"Iris minta maaf abg"ucap Alia lirih sebelum kembali kedalam pelukkan itu kembali.Mencari balik kekuatan yg telah hilang itu.

"No..syg tak salah apa pun"
"Dh jom la kita tidur,dh lewat ni"sambung Aiman lagi.Alia hanya mengikut sahaja.Tiada tenaga mahu membantah.

Setelah lampu ditutup,Aiman menarik Alia utk tidur didalam pelukkannya seperti biasa sebelum dia kembali menutup mata.Alia mendongak melihat wajah itu.Bersyukur kehadrat illahi kerana menghadirkannya seorang lelaki yg sanggup menjadi pendamping hidupnya.Moga jodoh ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Malu pula bila difikirkan.Sejak dia kawen dgn Aiman,berapa kali dh dia menangis didepan lelaki itu dan berapa kali dh dia dipujuk.Haii airmata,kenapa engkau murah sangat tumpah didepan dia.

"Tidur syg,esk tatap lain muka abg yg hensem ni"kata Aiman didalam tidurnya.Pelukkan pada pinggang Alia makin diperketatkan

Erkk...mcm mana dia tahu aku usya dia.Seraya itu Alia kembali memejamkan mata.Alia membalas kembali pelukkan suaminya itu.Tak sampai beberapa ketika,Alia mula dibuai mimpi.Letih menangis barangkali.

Aiman yg sedar isterinya sudah lena, kembali membukakan mata.Wajah isterinya ditenung penuh kasih seraya itu,bibirnya mendarat didahi isterinya lama sebelum kembali tersenyum dan memejamkan mata.

ps:author rasa mcm panjang je bab nie..mcm mana ok tak?
hehee..minta maaf kalau ada salah silap dimana2 dlm penulisan author

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience