Bab 27

Romance Completed 14384

Tubuh bersandar pada kerusi.Lemah satu bdn bila sedari sejak pagi tadi kerjanya hanya berulang alik ke tandas.Bila tengahari menjengah,bdnnya akan kehabisan tenaga terus kerana perut kosong.Apa yg dimakan semua dimuntahkan balik,Aiman yg mengajaknya keluar mkn juga ditolak,kerana tidak larat mahu berjalan.Akibatnya Aiman terpaksa menghantar makanan kepejabatnya.Mereka akan mkn bersama-sama disitu sebelum Aiman kembali semula kepejabatnya.

Pejabat juga Alia gagahkan diri utk pergi.Tidak mahu kerja semakin bertambah.

Keluhan berat dilepaskan.Sudah beberapa hari Alia muntah-muntah,tapi bila Aiman ajak pergi klinik,ditolaknya.Bkn dia taknak,tapi dia hanya akan merasa sakit itu pada waktu pagi.

Tiba-tiba sesuatu terlintas dibenaknya.

'Aku mengandungkah?'bisik Alia dlm hati.Berdebar rasanya bila mengungkapkan kata itu.Kalau betul,mungkin dialah insan yg paling gembira.Tetapi dia tidak mahu meletakkan harapan pada itu.

Sekejap lagi dia akan mengajak suaminya singgah di farmasi terlebih dahulu

Waktu pejabat sudah sampai kepenghujung,Alia mengemas barangnya perlahan-lahan sementara menunggu ketibaan suaminya.

'Ting'pesanan dari whatsapp masuk

From:Hubby syg

-Syg,abg dh sampai dekat bawah ni

Pesanan itu dibaca.Segera langkah diatur utk turun kebawah.Sampai dibawah,suaminya sudah terpacak bersama senyuman manis dihadapan pintu bangunan itu.

Sejak peristiwa yg terjadi minggu lepas.Aiman akan cuba utk mengambilnya awal dan menunggunya dipintu masuk.Tidak mahu hal yg lepas terjadi lagi.

Syg bini la katakan.

"Abg..jom singgah farmasi dekat area rumah kita sekejap eh"pinta Alia.Ketika itu mereka sudah berada didalam kereta utk pulang kerumah

Aiman memandang sekilas kearah isterinya bersama kerutan didahi sebelum kembali memandang kedepan

"Syg nk buat apa?Syg tak sedap perut lagi ke?Baik kita pergi klinik terus syg.Dh alang-alang dekat luar ni"ujar Aiman bersama kerisauannya.

Alia melihat sisi wajah suaminya dgn senyuman.

"Bkn la..Iris..nk. beli. prenancy test"jawab Alia persatu.

Terukir wajah kebingungan dari sang suami.Tergelak kecil Alia dibuatnya

"Nk beli buat apa?"soal Aiman polos.Entah kenapa kepalanya seakan tepu utk menghadam perkataan yg keluar dari mulut isterinya itu

"Abg....pregnancy test selalu org beli utk apa?"tanya Alia sedikit geram kearah suaminya

Suaminya terdiam seketika,mungkin berfikir sebelum dengan pantas signal sebelah kiri diberi lalu kereta diberhentikan dibahu jalan secara mengejut.Nasib kenderaan di belakang tiada ketika itu

"Serius la..syg mengandung?"soal Aiman.Matanya bersinar.Tangan Aiman ditepuk lembut.

"Ish abg ni.Iris tak check lagi la.Sbb tu Iris nk ajak abg pergi beli dulu tu.Kalau positif,barulah kita pergi klinik."ujar Alia lembut.Tersungging senyuman manis dibibir suaminya

"Abg yakin,Iris mengandung.Sbb penyakit yg Iris kena tiap-tiap pagi tu mcm simptom org mengandung"balas Aiman yakin.Alia tersenyum mendengar kata-kata itu.Dia pun berharap begitu.

****************************

Mlm itu seperti biasa mereka akan pergi ke maahad.Aiman akan memberi ceramah kepada pelajar maahad selepas solat maghrib

Tajuk yg dibentangkan oleh Aiman hari ini adalah berkaitan 'Demi masa'.

Alia duduk bersama pelajar-pelajar perempuan dan juga beberapa ustazah yg lain utk mendengar ceramah itu diruangan perempuan.Tidak sabar mahu mendengar suaminya memulakan ceramah.

Aiman memulakan mukadimahnya dengan memberi salam terlebih dahulu sebelum isi-isi penting disentuhnya

"Setiap surah dalam al-Quran mempunyai hikmah dan fadilat masing-masing. Kali ini mari kita sama-sama menyelusuri rahsia Surah al-Asr. ALLAH SWT berfirman:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-Asr 103:1-3)."

Masing-masing tekun mendengar tanpa sebarang suara.

"Surah al-Asr adalah antara surah yang terpendek di dalam al-Quran. Surah ini mengandungi tiga ayat yang membentangkan kepada kita tentang cara-cara untuk berjaya dalam kehidupan dan selamat di dunia dan akhirat."

"Imam al-Shafie berkata tentang surah ini, “Seandainya manusia merenungi surah ini, nescaya surah ini telah mencukupkan mereka.” "

Setelah mengerjakan solat isyak berjemaah.Mereka meminta diri utk pulang terlebih dahulu

Hampir pukul 11 mlm baru mereka sampai dirumah.Sebelum kaki melangkah utk naik kebilik Alia mematikan langkah,lalu suaminya yg baru sudah menguncikan pintu dilihat.
"Abg ada nk mkn apa-apa tak?Iris blh tlg buatkn"tanya Alia

"Kenapa syg ada nk mkn apa-apa ke?Kenapa tak ckp tadi.Kalau tak kita blh singgah kedai mkn dekat luar"balas Aiman kembali.

"Emm..rasa mcm nk makan biskut cicah air milo"bagitau Alia dgn senyuman dibibir.Kecur air liur terbayangkan itu.Sedapnya.

"Blh jugak.Jom"ajak Aiman kembali.Makin seronok Alia jadinya bila dia ada teman mkn

Milo panas dibancuh terlebih dahulu sebelum mengambil beberapa keping biskut lalu diletakkan diatas pinggan.Doa dibaca sebelum sama-sama menjamu selera.

"Abg"panggil Alia

"Emm..kenapa?"

"Kenapa abg panggil Iris dgn nama Iris?Kenapa bkn Alia?"soal Alia sudah lama dia mahu bertanya tapi terlupa.Kalau teringat,mesti ada halangan pula selepas itu.

Aiman tersenyum sebelum membalas soalan tu
"Sbb Iris bunga yg selalu mekar dihati abg.Walaupun hakikatnya bunga Iris mempunyai jangka hayat yg pendek.Tapi Iris abg ni, akan sentiasa hidup didalam hati abg,biarpun nanti kalau abg yg pergi dulu"ucap Aiman lirih.Bertakung mata Alia dibuatnya

"Abg ni..selalu buat org touching tau.."ucap Alia sambil matanya diseka.

Aiman ketawa melihat isterinya itu..Alahai isteri,itu pun nk menangis

"Syg-syg itu pun nk menangis ke?"

"Ye la.Terharu tahu tak.Abg lelaki pertama yg panggil Iris dgn nama tu"

"Dan abg harap,abg juga lelaki terakhir yg akan memanggil nama itu"ucap Aiman lirih.

******************************

"Syg....mcm mana??"laung Aiman dari luar bilik air pagi itu.Tidak sabar rasanya mahu menunggu keputusan dari sang isteri

Alia membuka tangan yg menggenggam alat ujian kehamilan itu perlahan-lahan.Berdebar mahu melihat hasilnya.

Selepas mengetahui hasilnya.Alat itu kembali digenggam.Nafas ditarik sedalam-dalamnya dan dihembus perlahan.Kaki diatur utk keluar dari bilik air.

Buka sahaja pintu,tersembul muka suaminya disitu bersama senyuman.

"Mcm mana syg?"wajah isterinya yg tidak beriak itu dipandang dgn pandangan tidak sabar pada mulanya kemudian kembali dikendurkan wajah itu.Wajah isterinya yg tidak gembira itu dipandang lama

"Negatif eh?"soal Aiman hampa.

Lalu alat itu disuakan kearah Aiman.Perlahan-lahan Aiman mengambil lalu ditatapnya alat itu.Terlihat dua garis disitu.
'Ini bukan maksudnya...'muka isterinya ditatap kembali

Terpamer senyuman manis diwajah itu.

"Ya Allahh...Syg betul kn ni?Betul kn?"tanya Aiman meminta kepastian.Alia mengangguk dgn seyuman manis

"Ya Allah.Alhamdulillah.."ucap Aiman gembira.Terima kasih Ya Allah diatas nikmat rezeki yg kau berikan kepada kami.

"Syg ni,buat suspend je tau.Sebelum kita pergi office,kita singgah klinik dulu eh"ujar Aiman lagi,lalu tubuh isterinya didakap penuh kasih syg.Lama mereka berkeadaan begitu,menikmati bahagia.

**********************************

Ya.Doktor mengesahkan Alia hamil 2 bulan.Syukur,setelah 8 bulan dia berkahwin Allah menghadiahkannya pula seorang ank yg bakal lahir tidak lama lagi.

Org yg paling gembira sekali sudah tentulah suaminya.Senyum sampai ketelinga.

Kebahagiaan itu tidak berpanjangan bila Haikal sekali lagi pecah masuk kedalam pejabat Alia.Belum sempat ditahan oleh pengawal dibawah,Haikal memecah masuk sesuka hatinya

'Bang'bunyi pintu yg dibuka kuat menyentakkan Alia yg ketika itu membelek beberapa fail.Pantas dia melihat siapa yg suka-suka hati masuk tanpa salam itu.Terketar-ketar dia sendiri

"Puan,maaf kami tak sempat tahan dia"ujar Sara bersalah

"It's okay panggilkan pengawal dibawah"usai mendapat pesanan itu,Sara menghilangkan diri.

"K kau buat apa dekat sini"soal Alia terketar-ketar

"Kau tak payah pun panggilkan pengawal utk halau aku.Aku blh pergi sendiri.Cuma aku ada benda nk bagitau kau pasal suami yg kau syg sangat tu"berkerut dahi Alia mendengar kata-kata itu.

"Ap apa maksud kau?"

"Huh..mesti kau tak tahu lagi kn siapa dia.Kalau kau nk tahu.."belum sempat Haikal meneruskan kata-katanya, dua org pengawal dtg kearah mereka.

"Eii..lepas!!aku blh keluar sendiri!!"ronta Haikal bila dia ditarik oleh pemgawal itu.

"Kejap..awak dua tnggu dekat luar dulu saya nk ckp sikit dgn lelaki ni."ujar Alia

"So ckp la apa?Apa yg kau tahu pasal suami aku?"soal Alia ingin mengetahui.Sengaja dia mahu lihat,fitnah apa yg ingin cuba dilemparkan oleh Haikal

"Kalau kau nk tahu.Suami kau tu punca kau takde mak ayah.Dia yg bunuh parents kau"

Jeng Jeng Jeng!!!Siapa yg jahat sebenarnya ni??Aduhh author pun dh pening..

Saya cuba habiskan sebelum raya.In sha Allah..Tak janji ye.
Mcm biasa kalau ada typo buat-buat tak nmpak ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience