Bab 3

Romance Completed 14382

"Hai sayang..you free tak esok?I ingat nk ajak you teman I pergi celebrate birthday party my friend"pesanan ringkas itu dihantar kepada Alia.
Alia membaca pesanan tersebut dengan perasaan sedikit sebal,mana taknya setelah berapa hari menghilangkan diri,tiba-tiba hari ni text suruh teman dia pulak.Nasib sayang.
"Kalau ye pun tanya la khabar I dulu macam mana,kereta I macam mana,ini tak..hmm merajuk la macam ni" punat hantar ditekan

Kringg..kringg..

"Hello sayang you apa khabar,ok tak nie?Ha kereta you macam mana?dah ok ke belum?ada nak I tolong apa-apa tak?"soalan bertalu-talu ditanya,haa kalau tak tegur memang tak ingin nak ambil tahu pun agaknya boyfriend aku.Haih.

"I ok la,kereta dah repair,you pergi mana ye hilang sampai berapa minggu dh,harini baru muncul balik"

"Sorry la sayang,I outstation dekat Indonesia,ni pun baru je balik,miss you sayang.Miss you so bad"Alia mencebik,Haikal kalau bab mengayat yaa siapa je tak cair.Sebabkan mulut manis Haikal lah membuatkan dia masih setia bersama Haikal.

"Ye la I maafkan and i miss you too sayang, so esok you nak ambil I pukul berapa?

"Pukul 9 malam I ambil you,see you tomorrow sayang"

Selepas berbalas salam panggilan dimatikan

*******

Haikal tersenyum sendiri,selepas panggilan bersama kekasih hati ditamatkan.Tinggal sikit saja lagi rancangan dia untuk mendapatkan diri Alia.
'Kau jangan nak jual mahal sangat diri kau tu Alia,sebab kau takde beza pun dengan perempuan-perempuan yang lain,aku akan pastikan kau jatuh kat tangan aku and harta kau jadi milik aku' bisik Haikal sendirian.

"Sayang,what's wrong with you?senyum sorang-sorang?"soal Linda yang baru keluar dari bilik air,spare part Haikal.Inilah aktiviti Haikal jika dia kebosanan,iaitu mencari mangsa untuk terkam.

"Nothing,come join me"kata Haikal sambil menepuk-nepuk tilam katil,agar Linda duduk bersamanya disitu.

Dengan senyuman penuh menggoda Linda dengan perlahan dia menuju kearah Haikal untuk melepaskan nafsu mereka

Haikal hanya tersenyum sinis melihat Linda yang dah terlena disisinya.Dah dasar perempuan,goda sikit,layangkan duit sikit,semua akan tersungkur.Tiba-tiba Haikal teringatkan akan Alia,this girl sangat mencabar nafsu dia.Dia akan pastikan Alia jatuh ke tangan dia,itu janji dia.Buat masa sekarang dia harus mempunyai rancangan untuk memastikan plan dia tidak terkantoi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience