Bab 26

Romance Completed 14973

Alia segera mengemas meja kerjanya dan komputer ditutup selepas mendapat pesanan dari suaminya yg menyatakan dia sudah mahu sampai.

Beg dicapai utk turun menunggu suaminya dibawah.Harini mereka pulang sedikit lewat kerana Aiman tersangkut dlm traffic jam.

"Puan baru nk balik ke?"tegur seorang pengawal keselamatan disitu.

"Ye Cik Mad"balas Alia bersama senyuman

"Nk Cik Mad tunggu tak?"

"Takpelah,suami saya dh nk sampai pun.Cik Mad nk buat round ke?"tanya Alia lembut.Cik Mad hanya membalas dgn anggukan.

"Cik Mad pergi round dulu la kalau mcm tu ye"
Alia kembali membalas dgn sedikit anggukan bersama senyuman manis kearah Cik Mad.

Kiri kanan dipandang.Sunyi sepi,yg terlihat hanyalah lampu jln yg menerangi kawasan itu.Semua staff sudah pulang kerumah masing-masing.Jam tangan dikerling.8 30 mlm

"Mana abg ni,ckp nk sampai dh"gumam Alia sendirian.

"Iris Natalia."panggil seseorang dari arah belakang.

Kecut perutnya kini bila namanya dipanggil oleh org yg tak dikenali.Bibir bawah digigit sebelum memusingkan bdn

Terlihat seseorang yg sangat dikenalinya tersenyum sinis.

"Ha Haikal"kakinya seakan mengeras,tidak mampu berganjak.

"K kau bu buat apa dekat sini?"soal Alia dlm ketakutan.

Haikal tersenyum sinis kearah Alia sebelum kaki melangkah lebih dekat dgnnya.

"Aku rindukan kau.Cantik kau sekarang kn.Pakai tudung..Emmm..ini yg buat aku makin geram ni"ujar Haikal,ayat terakhirnya dibisikkan ketelinga Alia.
Pergelangan tangan Alia dipegang kejap.Alia meronta-ronta melepaskan pegangan itu.Airmata ketakutan menitis

"Lepaslah!!Aku taknak jumpa kau.Apa kau tak puas hati dgn aku hah!!"jerit Alia bersama tangisan,sebelah tangannya cuba menumbuk tangan Haikal yg menggenggam tangannya.Tetapi nasib tidak menyebelahinya bila kedua-kedua tangan Alia dipegangnya

Haikal ketawa sinis
"Kau ingat senang-senang ke aku nk lepaskan kau.Selagi apa yg aku nk,aku tak dpt.Selagi tu aku akan kejar kau."usai berkata begitu tangan Alia ditarik utk mengikutinya

Meronta-ronta Alia dibuatnya.Kiri kanan dipandang mencari kelibat suaminya tapi masih tidak kelihatan

"Lepaskan akulahh!!Lepasss!!!"jerit Alia lagi

"Tolongg!!Tolong!!"Alia kembali meminta tlg bersama juraian airmata.Berharap Cik Mad atau sesiapa sahaja yg berdekatan situ dgr

Mendengar Alia yg cuba membuat bising,seraya poketnya diseluk dan mengeluarkan sebilah pisau kecil lalu pisau itu dihalakan kearah Alia

"Kau bising,aku bunuh kau"ugut Haikal.

Alia masih lagi dgn rontaannya.Dia tak kisah,apa nk jadi,jadilah

"Eiii..Degil laa perempuan ni !!"

'Pang'
'Pang'

Pipi kiri dan kanan Alia dilempang sekuat hati sehingga mengeluarkan cecair merah dibibir wanita itu.

Berpinar Alia rasakan kini.Kepala yg seakan memusing dipegang dgn sebelah tangannya,kaki pula cuba mengimbangi bdn.

"Tak guna kau"entah dari mana Aiman dtg,penumbuk terus dilayang kemuka Haikal sehinggakan pegangan pada tangan Alia terlepas.

Terdorong Alia kebelakang kerana tidak bersedia.Nasib Aiman sempat memegang pinggang isterinya apabila melihat wanita itu seakan mahu terjatuh.Isterinya dibawa jauh sedikit dari tempat itu

"Cik Mad tlg jaga isteri saya sekejap"pinta Aiman kepada Cik Mad selepas kelibat itu kelihatan baru keluar dari bangunan itu.Cik Mad yg tercengang pada mulanya hanya mengikut

Aiman kembali mengatur langkah kearah Haikal yg baru ingin bangun selepas tersungkur ditumbuk Aiman

Kolar baju Haikal dicekak,sehinggakan terjengket kaki Haikal

"Apa kau nak hah tak habis-habis kacau isteri aku?!"soal Aiman dgn nada kasar dan keras.Geram bila lelaki dihadapannya ini tidak habis-habis membuat masalah

Haikal tersenyum sinis kearah Aiman
"Kau tahukan apa yg aku nk"balas Haikal sarkastik.Tidak semena muka Haikal sekali lagi makan penumbuknya

'Buk'
"Aku takkan izinkan benda tu terjadi.Langkah mayat aku dulu"

Tanpa banyak bicara,mereka berdua berlawan tumbukan,pisau yg terjatuh dari pegangan Haikal tadi diambil kembali lalu tangan Aiman ditoreh dalam.Darah yg mengalir dibiarkan

Aiman kembali mematahkan serangan itu dengan menyilang tangan Haikal kebelakang,kemudian belakang tengkuk Haikal ditumbuk menggunakan sikunya.Kemudian belakang lutut Haikal ditendang kuat menyebabkan tubuh itu tersungkur diatas jln

"Aku takkan izinkan kau sentuh lagi isteri aku.Kalau benda tu terjadi juga,kau tahu kn apa yg aku blh buat?"soal Aiman dgn gigi diketap menahan marah Kemudian tubuh Haikal dilepaskan

"Aku lepaskan kau kali ni.Tapi kalau aku jumpa kau lagi.Siap kau aku kerjakan."

Haikal bingkas bangun,baju dibetulkan sebelum memandang Haikal dgn pandangan sinis

"Aku takkan berdiam diri selagi apa yg aku nk,aku tak dpt.Ingat tu dlm kepala kau."ujar Haikal,seraya langkah diatur utk pergi.Aiman hanya mengikutinya dari belakang

Bila sampai berdekatan Alia.Haikal berhentikan langkah sebelum wajah Alia direnung tajam

"Kau salah pilih suami Alia.."seraya berkata begitu,langkah kembali diatur meninggalkan tempat itu.Tercengang Alia mendengar kata itu.

Apa maksud dia?Adakah dia tak puas hati kerana bukan dia yg menjadi suami aku?

Alia kembali memandang suaminya yg masih lagi berwajah tegang.Pandangannya kemudian jatuh pada pergelangan tangan Aiman yg mengalirkan darah.

Pantas tubuh Aiman dihampiri
"Abg tangan abg berdarah ni"bagitahu Alia cemas

Aiman menarik nafas panjang lalu menghembusnya.Wajah kerisauan isteri ditatap.

Sebelah tangan yg tidak cedera diangkat memegang wajah isterinya.Wajah itu dibelek dgn wajah yg berkerut risau
"Sikit je ni.Syg ok tak ni.Jom kita pergi klinik dulu check.Mana tahu kut ada luka dlm ke"ujar Aiman.Hampir terletus ketawa Alia dibuatnya

"Abg,Iris kena tampar je abg.Takdenya effect dalaman.Abg ni hah,yg kena pergi klinik.Bkn Iris.Pipi Iris dh ok dh.Cuma tadi je la,mcm nk tercabut je rasa pipi ni"

"Sorry syg"Alia hanya membalas dgn senyuman.

"Cik Mad tlg ambil first aid.Cepat"arah Alia.Luka suaminya perlu dibersihkan dahulu.Sementara itu Alia menarik suaminya kembali masuk kedalam bangunan syarikatnya,kerusi berdekatan dituju utk diduduk.
Cik Mad berlalu dan kembali semula dgn sebuah kotak

Tanpa menunggu,Alia membersihkan luka suaminya dgn kapas dan sedikit anti septik terlebih dahulu.

Berkerut muka Aiman menahan sakit.Habis satu bungkus kapas digunakan.Tetapi darah itu seakan tidak mahu berhenti juga

"Abg"panggil Alia risau.Suaminya dari tadi hanya mendiamkan diri

"Kita pergi klinik jom"ajak Alia
"Darah tak berhenti mengalir la abg.Risau Iris.Jom"pujuk Alia lagi

"Hmm"wajahnya tidak beriak.

Walaupun pendek sahaja balasan dari suami,itu sudah cukup melegakan hatinya.

"Cik Mad terima kasih sbb tlg saya tadi.Pasal hal tadi tlg rahsiakan dari staff yg lain ye.Saya taknak kecoh nanti"pinta Alia.Cik Mad hanya membalas dgn anggukan.

Dia sendiri tidak tahu,apa yg jadi sebenarnya.Yg dia tahu suami majikannya berlawan tumbukan dgn seorang lelaki dan muka majikannya seakan membengkak sedikit.Adakah lelaki itu cuba nk rompak bosnya?Andaian sendiri dibuat.Nak tanya lebih tidak berani.

Alia membalut dahulu tangan Aiman dgn bandage sebelum mereka keluar utk pergi ke klinik.

"Abg,mai kunci kereta Iris bawak"pinta Alia

"Takpe,abg blh bawak.Jom"ragu-ragu Alia pada mulanya,tapi diikutkan sahaja.

Mereka hanya menyepikan diri,samaada didlm kereta ataupun di klinik.Masing-masing melayan perasaan sendiri.

Mereka hanya akan ckp bila disoal oleh doktor.Alia juga menerima rawatan setelah didesak oleh Aiman.

Nk dibandingkan luka tepi bibirnya dgn luka Aiman mana sama.Lukanya hanya perlu sapu ubat,manakala luka Aiman menyebabkan dia menerima 3 jahitan disitu.

"Ab abg.."panggil Alia bila merasa tidak betah dgn suasana ini.Aiman mengerling isterinya disebelah sekilas,sebelum kembali fokus memandu utk pulang kerumah mereka

"Abg ok tak ni?Abg marahkan Iris ke?Sebab Iris jumpa Haikal?"soal Alia.Dia perlukan jawapan,sebab tingkahlaku Aiman yg banyak mendiamkan diri telah mendera perasaannya

Keluhan berat dilepaskan."Tak syg.Abg tak marahkan syg.Abg marahkan diri abg.Abg kesal dgn diri abg sendiri.Kalau abg awal tadi semua ni takkan jadi"mata dipejamkan seketika sebelum kembali dibuka.

Alia mengusap lembut tangan Aiman"Taklah.Bkn salah abg pun.Kita sendiri pun tak tahukan yg Haikal nk dtg serang mcm ni.Iris janji lepas ni Iris akan lebih berhati-hati"janji Alia.Pantas mencalitkan sedikit senyuman diwajah Aiman walaupun sedikit hambar

*******************************

"SIAL!!!!"amuk Haikal ketika dia meloloskan diri kedalam kereta selepas beradu tumbukan dgn Aiman.
Stereng kereta dihentak kuat,melepaskan rasa geram yg membukit.Pantas telefonnya diambil kasar.Nombor seseorang didail.

Seketika panggilan berjawab.

"Aku suruh kau pancitkan tayar dia,kau buat tak?!Kenapa dia blh sampai awal hah?!Tak guna beribu aku bayar dekat korang,kalau setakat benda kecik mcm tu pun korang LEMBAB!!"jerkah Haikal.Berang bila plannya gagal lagi

"Maaf bos.Kami memang dh pancitkan dh bos.Tapi tak tahu mcm mana,dia balik guna kereta lain pulak tadi.Kami syak,dia dh blh baca pergerakkan kita.Mungkin ada mata-mata dia yg tengah usya kita sekarang"ujar suara dicelah telefon.Pantas panggilan itu dimatikan.

Telefon dicampakkan kedepan.Tak kisah jika ia mahu retak atau apa.

"Sial!!Takpe.Harini aku gagal.Aku akan pastikan lepasni,kau pulak gagal Aiman."ucap Haikal dgn senyuman sinisnya.Seraya itu enjin kereta dihidupkan sebelum membelah jln.

******************************

Sedang seronok dibuai mimpi,tidur Alia dikejutkan oleh rasa yg seakan menjolok kerongkongnya utk memuntahkan isi.Perlahan-lahan,dia cuba utk bangun tanpa ingin menyedarkan suaminya dari lena.

Setelah turun dari katil,Alia berlari-lari ank menuju ke bilik air sambil tangan menekup mulut,risau jika termuntahkan isi didalam bilik.

Setelah selesai memuntahkan isi,kaki kembali mengatur langkah utk keluar dari situ.Baru selangkah kaki menapak keluar dari bilik air.Rasa itu menyerang kembali.Alia kembali masuk kedalam utk memuntahkan lagi isi didalam perut

Beberapa kali Alia berulang kebilik air.Tenaganya sudah habis kini.Bdnnya yg bersandar pada dinding mulai melurut ke lantai.

Dia sudah tidak larat utk berdiri.Akhirnya tangisannya pecah.Sedih kerana dia benar-benar tidak larat utk menghadapi situasi ini.

Tangisan Alia telah menyedarkan Aiman.Pantas jam dinding dilihat,sudah pukul 4.30 pagi.Tanpa berlengah lagi,bdn dibawa turun dari katil utk melihat keadaan isterinya yg tiba-tiba sahaja menangis.

Pintu bilik air dikuak,nasib baik sahaja tidak berkunci.Terlihat isterinya duduk menyembamkan muka dilutut sambil menangis teresak-esak

"Syg kenapa ni"tegur Aiman risau.

Alia mengangkatkan wajah,airmata yg mengalir dikesat"Iris dh bangunkan abg ke?Sorry"ucap Alia dgn nada teresak-esak.

Isterinya dihampiri lalu dia mencangkung dihadapan isterinya

"Kenapa duduk disini syg.Kotor.Jom masuk"ucap Aiman seraya mengesat pipi isterinya.Alia. membalas dgn gelengan

"Iris tak larat nk bangun,abg masuklah dulu"usai berkata Alia bingkas bangun lalu mangkuk tandas dituju lagi utk memuntahkan isi.Kini hanya air sahaja yg keluar,terasa pahit tekaknya kini.

Aiman menghampiri isterinya sambil belakang tengkung isterinya diurut-urut bagi mengurangkan rasa.Selepas Alia selesai membasuh muntahnya,Aiman segera mencempung tubuh itu lalu diletakkan diatas katil.

"Tunggu kejap"Alia membalas dgn anggukan.Dia tak larat utk membalas apa-apa.Kepalanya seakan memberat.

Seketika kemudian Aiman kembali dgn menatang segelas air kosong dan beberapa biji ubat.

"Nah mkn ubat tahan muntah ni dulu"lalu ubat itu dihulurkan diikuti dgn air.Alia hanya menurut.

Setelah melihat isterinya sudah seakan sedikit selesa,pantas balm diambil lalu disapukan pada dahi isterinya dan juga dada isterinya.

"Kenapa tak kejutkan abg?"soal Aiman lembut.Alia yg ketika itu memejamkan mata,kembali membuka mata sebelum menjawab soalan suaminya itu

"Iris taknak ganggu abg tidur"balas Alia perlahan

"Sorry susahkan abg,Iris salah mkn kot semalam"sambung Alia lagi

"Tak susah pun syg.Esk kalau tak ok jugak,kita pergi klinik ye.."

Alia mengangguk kembali.Lalu tangan Aiman ditarik utk Aiman kembali berbaring disebelahnya

"Syg,dh nk dekat pukul 5 ni.Abg taknak tidur dh"

"Kejap je please"pinta Alia seakan merayu.Akhirnya Aiman terpaksa mengalah.

Dia kembali berbaring disebelah isterinya lalu tangannya menjadi bantal Alia.Alia memusingkan bdnnya kearah Aiman dan bdn Aiman dihidu.Bau Aiman sedikit sebanyak melegakan rasa sakit yg menyerangnya.

Aiman mendodoikan isterinya sehinggalah tertidur kembali.Perlahan-lahan rangkulan cuba dileraikan dan langkah diatur menuju kebilik air.

Sementara masih awal,dia ingin menunaikan solat sunat terlebih dahulu.Alia dibiarkan tidur.Subuh nanti baru dikejutkan wanita itu.

***********************

Sakit yg menyerang Alia pagi tadi langsung dilupakan bila pagi itu mereka mendapat panggilan daripada umi,menyatakan bahawa umi dan Atilia mahu singgah dirumah.

Seronok bkn kepalang lagi Alia dibuatnya,seolah-olah sudah lama tidak jumpa.Padahal,hampir setiap minggu mereka akan berkunjung kerumah umi.

Sedang Alia dan Aiman rancak menyediakan mkn tengahari,loceng rumah kedengaran.

"Syg nnti minyak panas tlg tumiskan bwg sekejap eh.Abg nk pergi bukak pintu"pinta Aiman,mendapat anggukan dari Alia

"Assalamualaikum"ucap umi dan Atilia serentak.

"Waalaikumussalam.Masuklah jom"seraya tangan dihulur utk bersalaman dgn umi

"Mana Alia,Aiman?"soal umi,bila kelibat Alia tidak kelihatan

"Ada dekat dapur,tengah masak"umi mengganggukkan kepala.Lalu mereka menuju kedapur

"Umiiii..."laung Alia gembira bila kelibat umi kelihatan didapur.Lalu tubuh itu dipeluk seketika.

"Rindunya dekat umi"sambung Alia lagi.Umi tersenyum dgn tingkah menantunya itu.Syg sungguh dia dekat umi.

"Aiman ckp,kamu kena pukul dgn bekas kekasih kamu baru-baru ni.Teruk tak?Nak luruh jantung umi,bila Aiman cerita mcm tu tahu"ujar umi risau.Alia tersenyum nipis.

Dia tahu,Aiman ada cerita padanya yg umi risaukan dirinya selepas mendapat kabar itu.Puas Aiman dileternya kerana tidak menjaga isterinya elok-elok

"Alia dh ok la umi.Tengok bengkak pun dh takde"pipi disuakan kearah umi utk dilihat.

Umi memegang pipi itu"Hati-hati lepas ni tau.Org kalau nk buat jahat,mcm-mcm cara blh"nasihat umi

"Sampai hati umi,ank umi ni.Umi tak risau pun.Kena leter lagi ada la.Sakit tahu kena pisau"adu Aiman meminta simpati sambil muka dicebik.Terletus ketawa mereka bertiga melihat reaksi Aiman itu.

"Abg nk risau buat apa.Abg tu urat dawai tulang besi.Takat kena pisau apa la sangat kn"usik Atilia bersama senyuman mengejek.Sengaja mahu mengusik abgnya.

Cemberut muka Aiman mendengar usikkan adiknya.
"Takpayah buat muka mcm tu abg.Geli rasa ank tekak adik ni"balas Atilia lagi.

Umi dan Alia masing-masing ketawa perlahan kearah mereka berdua.

"Dh tak payah bergaduh.Umi ngan Atilia duduk la dulu.Alia bancuh air sekejap"pinta Alia cuba meredakan usik mengusik dua beradik itu.Kalau dibiarkan,memang tak akan sudah la jawabnya.

Umi berlalu kearah meja mkn yg berdekatan sebelum melabuhkan punggung,diikuti oleh Atilia.Manakala Aiman kembali melakukan tugasan memasaknya.Alia pulak mencapai jug air sebelum membancuh minuman.

Selesai mkn tengahari,Aiman dan umi berlalu masuk kebilik utk menunaikan solat.Manakala,Atilia membantu Alia mengemas meja mkn.

"Akak..mcm mana sekarang dh jadi isteri org.Bahagia?"soal Atilia.

Alia membalas dgn anggukan dan senyuman dibibir.

"Bahagia sangat.Alhamdulillah.Akak bersyukur tau sbb dikurniakan suami dan family mertua yg sanggup terima akak seadanya.Lepas kawen,Aiman lah yg byk ubah akak.Dari kosong,sekarang Alhamdulillah makin terisi"ujar Alia.Terpancar kebahagiaan diwajahnya

Atilia hanya tersenyum nipis kearah kakak iparnya.Setelah selesai kemas,mereka juga kembali mengatur langkah kebilik utk menunaikan kewajipan.

Agak petang,umi dan Atilia meminta diri.Puas dipujuk oleh Alia utk mereka bermalam disitu.Tetapi ditolak lembut.Katanya,umi mahu menghadiri ceramah dimasjid berdekatan rumah mereka mlm ini.

Dengan berat hati,Alia terpaksa melepaskan.Kini mereka kembali tinggal berdua.

"Nanti kita pergi eh rumah umi"ujar Aiman,cuba memujuk isterinya yg kelihatan muram itu.

"Janji tau.Tiap-tiap minggu"pinta Alia kembali.Aiman segera mengangguk.Mengiakan permintaan isterinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience