Bab 1

Romance Completed 14384

"kringgg....kringgg...."jom loceng yang terletak diatas meja ditepi katil Alia berbunyi.
"kringg....kringgg...."
10 saat

20 saat

30 saat
Masih tiada respond daripada pemilik jam tersebut
"tokkk..tokk..tokkk"pintu bilik Alia pula diketuk beberapa kali.
"Aliaa...oooo..Aliaa..bangun dah pagi ni,kamu nie tidur ke mati ni,sampai jam loceng kamu pun Aunty Su boleh dengar dekat luar nie" jerit Dato' Sarimah, merangkap ibu saudara Alia yang telah menjaganya selepas kematian ibubapa Alia akibat kemalangan jalan raya.
Masih tiada respond
"Haish..budak ni nak kena ni" Dato' Sarimah segera memulas tombol pintu bilik Alia,selangkah Dato' Sarimah melangkah,beristighfar panjang beliau kerana memandang keadaan bilik yang tunggang langgang seumpama baru dilanda gempa bumi.
Dato' Sarimah mencapai bantal yg jatuh di atas lantai lantas membaling mengenai tubuh yang tengah diulit mimpi

"Bukk.."bunyi bantal mengenai sasaran.tersenyum sinis Dato' Sarimah kerana balingannya mengena

"Grrrrhhhh....apa ni Aunty Su pagi2 dh bising,orang nak tidur laa..pergi la keluar dulu" jawab Alia malas,dalam keadaan mata masih tertutup rapat

"Bukk.."bunyi bantal dibaling lagi,tapi dalam jarak yg lebih dekat dan lebih keras pembalingannya.

"Bangun sekarang Alia! Kamu ni tak dengar ke hah jam tu bunyi mcm nk pecah bilik ni,kamu boleh lagi tidur! marah Dato' Sarimah dengan sikap anak menakannya yang seorang ini.

"Awal lagi laa Aunty Su,bagi la Alia 15minit lagi nk tidur..Aunty Su bukan tak tahu pukul berapa Alia balik semalam" Alia memberi alasan
"Awal tengkorak kamu,tengok jam tu dah pukul berapa! jangan ingat syarikat tu milik keluarga sendiri,kamu boleh suka hati je nak masuk lewat? Bangun! Dah tahu harini kerja yang kamu balik lambat semalam siapa suruh,Aunty tak nak dengar alasan lagi,bangun sekarang juga"jerit Aunty Su lebih kuat dari tadi.

"Haishh..ye laa Aunty Su yang garang lagi comel"Alia bingkas bangun dan duduk dikatil sambil menayang senyum kambingnya dihadapan Aunty Su nya.

"Dah mandi cepat,aunty tunggu kat bawah kita makan sama-sama

***************

Selesai membersihkan diri Alia menuju ke almarinya untuk mencari baju untuk dipakai ke pejabat.Blouse berlengan pendek berwarna pastel dicapai dan dipadankan dengan skirt separas lutut.Kemudian muka dioleskan dengan sedikit bedak dan pemerah pipi,bibir dicalitkan dengan sedikit lipstik.
Selesai berdandan,Alia bergegas turun kebawah dan mencapai kasut yang berada didalam almari kasut yang terletak disebelah pintu masuk.
"Auntyyy.....Alia pergi dluuu,bye!"laung Alia dimuka pintu.
"Heyy..tak makan dulu ke?"
"Tak,tak sempat ada meeting" Alia bergegas kearah keretanya
"Ehh..harini tak payah hantar saya,saya pergi sendiri"kata Alia kepada bodyguard merangkap driver kepada Dato' Sarimah yang diberi nama abang Sani
"Kenapa cik,nanti Dato' marah saya pulak" balas Bang Sani
"Kalau Dato' marah awak,saya marah dia balik. Hehehee" dengan senyum kambingnya seraya terus tenggelam dalam perut kereta
Tanpa menunggu lama,pacuan empat roda mula berpusing mengikut arah yang dituju.
15minit memandu,tiba-tiba kereta Alia mati ditepi jalan.
"Ya Allah,aku dah lambat kereta buat hal pulak pagi ni.Kenapa la aku gatal sangat nak bawak kereta harinie"rungut Alia sambil tangan mencapai telefon bimbit.
Nombor didail
1saat,2saat,3saat
"Hello"suara malas buah hati Alia iaitu Haikal kedengaran dihujung telefon.

"Awak ada mana sekarang?Kereta saya rosak la,awak tolong saya boleh.Saya tak tahu nak buat apa ni"bicara Alia dalam keadaan cemas.Mana tak cemasnya seumur hidup,mana laa dia pernah hadap situasi macam ni,sebab pergi mana bertemankan bodyguard.Bila jadi macam ni,haru jadinya.

"Bodyguard awak mana?Suruh la dia tengokkan,kenapa suruh saya pulak"kasar suara Haikal kedengaran
Haih mamat ni,aku susah tak nak tolong,kalau dia susah haaa tau pulak langit tu tinggi ke rendah
"Kalau bang Sani ada dengan saya,tak kalut la saya call awak nie.Tak boleh takpe la" telefon dimatikan.Menyakitkan hati.
Alia keluar dari kereta dan membuka bonet didepan untuk melihat apa yang tidak kena.Acah macam tahu sangat,tapi satu apa pun tak tahu.Normal la kan,perempuan.HAHAHAA
"Aq nk buat macam mana ni"kepala tak gatal digaru,habis semak balik rambut.Jam ditilik sekilas.
"Alaa..mati laa aku nak jumpa client macam mana ni"
"Ehem..assalamualaikum cik,ada apa saya boleh tolong"
Satu suara kedengaran dari arah belakang.Suara mamat mana ni merdunya dengar,jadi suami aku ni,hari-hari aku suruh menyanyi sebelum tidur.Ahakk,galak kau Alia.Bisik Alia dalam hati.
Alia segera berpaling kebelakang selepas tersedar dari angan-angan tak jadinya.
"Waalaikumsalam" masyaAllah,ustaz pulak sekali datang,nak buat macam mana ni,dah la pakaian terlampu cukup kain,bisik Alia dalam hati.Skirt ditarik-tarik sedikit bagi tidak terlalu ternampak terseksa(ehh banyak pulak 'ter'nya).

"Emm..boleh encik ustaz tolong tengokkan tak kereta saya ni,entah kenapa tiba-tiba demam pulak harini"kepala yang tidak gatal ku garu sekali lagi,entah la macam mana penampilan aku sekarang ini,sebab berapa kali dah asyik menggaru macam beruk.
Selepas mendengar pertolonganku itu,encik ustaz tersebut terus memeriksa enjin kereta dan beberapa kompenen kereta yang entah apa namanya dipanggil.
"Saya rasa kereta cik ni kena hantar bengkel sebab saya sendiri pun tak pasti apa masalah kereta ni"
"Aduh..macam mana ni,aku dah lambat ni.Tah client dah tunggu aku lama apa" rungut aku sendirian.
"Nah..cik guna la dulu kereta saya,nanti lambat pulak sampai"
Aikk dia dengar ke bisikan aku yang tak seberapa ini.Hehehee...
"Eh ehh takpe,saya ambil grab je la kalau macam tu" tolak aku secara berhemah,ye la kan.Dah la engkau kenal dia pun tak,tiba-tiba bagi pinjam kereta!Sesuatu betul la encik ustaz ni.

"Takpe guna je kereta saya ni,nanti saya suruh kawan saya ambil saya dekat sini.Awak pergilah settle kan kerja awak dulu,kalau awak ambil grab kena tunggu lagi beberapa minit sebelum dia sampai,kalau guna kereta saya,dah tentu awak tak perlu tunggu lagi kan?" lembut encik ustaz bertutur

Orang dah bagi guna tu,guna je la.Bila lagi kau nak merasa bawak kereta orang.Lamunan ku terhenti bila terdengar ada suara yang berbunyi

"Kereta awak jangan risau,nanti saya call towing ambil kereta awak,awak bagi nombor awak dekat saya,dh siap nanti saya call"

Nak tak nak aku terpaksa juga terima pelawaan dari encik ustaz tersebut kerana aku memang dah betul-betul lambat ya ampunn,nomborku bertukar tangan dan aku memandu kearah tujuanku.

ps:sorry kalau penceritaan panjang dan membosankan..sis cuba perbaiki,semoga nukilan ini boleh diterima ramai
Selamat membaca?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience