Bab 23

Romance Completed 14382

Alarm berbunyi menandakan sudah pukul 5pagi.Begitulah rutin harian mereka.Iaitu bangun pagi dan mengaji bersama-sama sementara menunggu subuh.

Aiman tersedar terlebih dahulu,pantas mematikan penggera itu.Isterinya disisi yg sedang tidur pulas ditatap dgn penuh rasa cinta lantas dahi itu dicium lama.Kdg-kdg serba salah mencengkam jiwanya apabila menatap wajah itu,kerana terpaksa merahsiakan sesuatu daripada isteri tercinta.

"Abg harap syg akan kekal disisi abg walaupun satu hari nanti rahsia yg abg simpan selama ini terbongkar.Minta maaf.Bukan niat abg merahsiakan.Tapi abg terpaksa.Demi kebaikan kita semua"usai mengungkapkan kata itu pantas dahi itu dicium lagi.Kemudian barulah dia akan mengejutkan isterinya.

Kesian pulak mahu kejutkan isterinya awal-awal,kerana tadi pun hampir pukul 2 pagi baru mereka dpt tidur.

Sejak mereka berpindah,tiap-tiap mlm Alia akan mengikut Aiman utk pergi ke maahad.Risau mahu tinggalkan isterinya berseorangan dirumah mlm-mlm.

Rancangan awal semalam lepas balik dari maahad mereka mahu bermalam dirumah umi,kerana sudah lama mereka tidak balik.Dan kebetulan pulak esok merupakan hari sabtu.Tetapi tidak jadi kerana umi pergi kerumah makcik Ita kerana makcik Ita mahu pergi umrah.Jadi mereka bercadang utk habiskan masa dimaahad dgn bersembang dgn pelajar-pelajar disitu.Sahaja Alia mahu tahu pengalaman mereka dlm mendalami ilmu agama.

Alia yg begitu tekun mendengar telah mencuit hati Aiman.Seronok dia melihat isterinya yg begitu berminat utk berubah.Alhamdulillah,kini isterinya telah berhijab sepenuhnya dari hari akad nikah mereka lagi.Tiada paksaan,tapi itu semua kehendak Alia sendiri.Kini Alia tengah mencuba menyesuaikan diri dlm memakan handsock dan juga stoking apabila mereka keluar dari rumah.

Mereka berborak sehingga tidak sedar waktu menjengah ke tengah mlm.Pukul 12 tengah mlm barulah mereka meminta diri utk pulang.Bagaimanpun,mereka tidak terus pulang.Aiman mengajak Alia utk pergi minum terlebih dahulu.Bila lagi nk ajak isteri dating kn?Walaupun sekadar dikedai mamak.Nk bawak pergi ketempat lain pula,hari dh lewat sangat.Dan pukul 1.30 pagi barulah mereka sampai dirumah.Dan begitulah mengapa mereka tidur lewat semalam.

Sekian.

Ehh..belumm..

Selepas Aiman sudah membersihkan diri,Aiman duduk dibirai katil bersebelahan isterinya.Lalu tubuh itu dikejutkan perlahan.

"Syg bangun.Jom kita mengaji sama-sama"gerak Aiman.Masih tiada respond,lena sungguh tidur.Kali kedua Aiman kejutkan barulah Alia mencelikkan mata.Terpisat-pisat dibuatnya.

"Ohh..abg dh pukul berapa ni?"soal Alia masih didalam kantuk

"Dh 5 lebih syg.Jom,nk mengaji sekali tak?"soal Aiman kembali,kesian pulak melihat wajah mengantuk isterinya itu.

"Ohh..emmm..sorry abg,Iris cutii.Tak dpt kita mengaji sama-sama.Tapi jom Iris teman abg ekk"jawab Alia serba salah.

"Takpelah kalau mcm tu.Syg sambunglah tidur balik.Kesian pulak abg tengok Iris."senyuman manis diberikan.

"Takpe,Iris nk teman jugak"tutur Alia lagi.

"Ye lah..syg dengar dari atas katil je eh?"Alia hanya mengangguk

Aiman kembali kebilik air utk mengambil wudhuk,seraya itu al-quran dicapai dan memulakan pengajiannya.Alia diatas katil mendengar dgn khusyuk.Sesekali mulut ditutup apabila menguap.Tanpa disedari matanya kian memberat dan akhirnya kembali kealam mimpi.

"Syg bangun,dh pukul 8 ni"Aiman mengejutkan isterinya dengan berbisik ditepi telinga Alia.

Alia yg tersedar.Terus bangun dan duduk secara mengejut.
'Pukul 8?Ya Allah.Sarapan utk laki akuuuu!!!!'Jerit Alia didalam hati.Kepala diketuk beberapa kali

"Hey.Kenapa ketuk kepala sendiri ni?"soal Aiman bingung dan terkejut

"Hah?"Alia seakan baru tersedar dgn tindakannya itu terus menghentikannya.Suami disisi ditatap penuh rasa serba salah

"Abggg...Sorryy terlajak tidur.Sorry lambat sediakan breakfast.Kejap eh,Alia basuh muka lepastu kita turun bawah"meleret Alia meminta maaf sambil kelam kabut sendiri.Ya Allah berdosanya biar suami berlapar.Isteri apa mcm ni.

Aiman yg melihat isterinya seakan kalut ingin bangun dari katil lantas merangkul tubuh itu dari belakang

"Jgn la kalut sangat,silap langkah jatuh.Abg juga yg susah tahu.Pasal breakfast tu abg dh sediakan dh.Lepas habis basuh muka kita turun mkn sama-sama ye"bisik Aiman ditelinga isterinya.Seraya itu Alia berpaling melihat wajah suaminya.

"Abg sorry tau.Terbabas tidur"tangan suaminya dicapai lalu mencium belakang tangan itu sebagai tanda minta maaf.Aiman tersenyum nipis melihat tingkah itu.

"Tak payah minta maaf.Abg yg nk sediakan sarapan utk Iris harini.Asyik Iris je yg buat utk abg,apa salahnya abg buat utk isteri abg pulak kn"hidung Alia menjadi mangsa bibirnya.Tersenyum malu Alia dibuatnya.

***********************************

Selesai bersarapan Aiman kembali kebilik utk menyiapkan kerja pejabatnya yg dibawa balik kemarin.Manakala Alia pulak mengemas rumah.Aiman mahu membantu pada mulanya,tetapi ditegah oleh Alia sekeras-kerasnya.Jadi terpaksalah dia membawa diri kedalam bilik.

Sedang leka Aiman membuat kerja, Alia memasuki bilik mereka lalu leher Aiman dirangkul dari arah belakang.Aiman hanya membiarkan.

"Abg....tengahari ni abg nk makan apa?Iris masak.Abg ckp je apa.Iris masakkan."kata Alia dgn penuh yakin.Hebatnya kamu.Yakinnya kamu

Aiman yg mendengar,segera melepaskan rangkulan Alia,dan menarik isterinya utk duduk diatas pehanya.Kening diangkat-angkat

"Betul ni?Apa sahaja?"soal Aiman meminta kepastian

"Yup..betul.Abg ckp je"gigi ditayang kepada suaminya.Aiman mengangguk beberapa kali.

"Kalau mcm tu,abg nk makan kari ayam blh?Lama tak mkn,dgn sayur campur.Blh syg?"pinta Aiman.

Alia yg mendengar permintaan Aiman itu pula tercengang.Kari?Serius la?Alaa..aku mana pandai.Menyesal pulak rasanya bertanya..Aduhh masak.

"Blh tak ni syg?"soal Aiman lagi setelah melihat Alia hanya mendiamkan diri,seperti berfikir.

Serba salah Alia sendirian.Aduhhhh...mcm mana ni.Kari mana aku belajar masak lagi.Kepala yg tidak gatal,tiba-tiba terasa gatal.Wajah suaminya ditatap seketika.Kalau tolak,rasa mcm berdosa pulak.

"B boleh abg.Utk abg,abg suruh Iris buat kari bintang pun Iris sanggup.Itu pun ubi kentang yg Iris potong bagi jadi bentuk bintang la.Kalau bintang dilangit,tak tercapai pulak nk ambil"gurau Alia,nk tutup rasa guguplah katakan.

'Takpe Alia.You can do it.Pakcik google ngan makcik youtube kn ada'bisik Alia cuba menyedapkan hati.Aiman hanya tersenyum nipis kearah Alia.Dia tahu isterinya tak pernah buat kari.Saja dia mahu kenakan isterinya itu.Suka dia melihat wajah terkulat-kulat itu.Comel.

Seraya berkata begitu Alia bingkas bangun dari duduknya.Aiman pantas menarik tangan Alia.

"Dh nk masak ke?"

Alia menganggukkan kepala"Dh pukul 11 lebih dh,takut lambat pulak siap.Iris turun dulu ek"pinta Alia,sebelum turun telefon dicapai.Ye la beda nk tanya pakcik google,nk tanya umi takut mengganggu pulak.Aiman menyimpan senyum.

'Resipi Kari Ayam' butang search ditekan.Keluarlah pelbagai jenis kari ayam.

''Aduh nk ambil mana satu ni"bisik Alia sendirian.Kepala digaru berkali-kali.Satu-satu resipi dibuka sebelum dia terasa dipeluk dari arah belakang.Tahu sangat dh siapa,masak sangat dh dgn bau tubuh suaminya itu.Wangi.

"Cari apa tu syg?Mcm susah je abg tengok"usik Aiman.

"Errk..takde apa lah.Abg dh habis buat kerja ke?"Soal Alia kembali.Agaklah nk ckp dia tengah tanya pakcik google resipi.Malulah dia.Aiman hanya mengangguk.

"Jomlah kita masak sama-sama.Abg tahu Iris tak pandai lagi buat kari.Meh abg ajarkan eh"ajak Aiman sambil melepaskan rangkulannya.Alia terkedu.Aiman tahu?Aahhh..Mana nk letak muka ni.Malunyaaa.Jadi perempuan,tapi apa pun tak tahu.

"Tak payah nk malu syg.Sekurang-kurangnya syg ada juga niat nk belajar dan berusaha,dari ada setengah org yg dh belajar tetapi tak praktikkan benda itu dlm kehidupam seharian.Lagi rugikn?"Aiman memberi keyakinan kepada isterinya.Alia hanya menarik senyuman sedikit.

Alia kembali kesisi Aiman melihat apa yg dibuat olehnya

"Abg belajar memasak dari siapa?Umi ke?"soal Alia.Tangannya pantas mencapai ubi lalu air ditahan didalam mangkuk utk merendam ubi yg telah dikupas abg ubi itu tidak meninggalkan warna hitam.

Aiman mengangguk."Yup umilah yg byk ajar abg sebelum abg sambung belajar dekat Mesir,senang bila dh tahu memasak,duit tak habis sangat beli makanan.Takpun abg belajar je buat sendiri,pernah sekali tu abg saja mereka resipi sos blackpaper utk mkn dgn chicken chop.Abg search google dia ada letak sos prego cheese and herbs.Tapi abg pandai-pandai nk olah sikit,abg letaklah sos prego yg carbonara mushroom punya.Lepastu bila rasa-rasa..emm tak sedap,rasa pelik.Membazir je buang mcm tu"cerita Aiman sambil ketawa dihujung ceritanya.Alia juga turut ketawa mendengar cerita suaminya itu.Tu la siapa suruh pandai-pandai tukar resipi.

Aiman mengajar Alia satu-satu bagaimana mahu membuat kari ayam.Alia hanya kusyuk mendengar.Sesekali mengangguk.

"So lepas ni,kalau abg minta blh buat lagi tak?"soal Aiman.

Alia tersengih "In sha Allah..Iris cuba"Aiman hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum nipis

"Isteri..isteri.."

"Suami..suami.."balas Alia kembali.Seketika dapur itu pecah dgn ketawa dari mereka berdua.

ps:sorry bosan sikit bab nie..ampun ya para readers..kekeringan idea.Kalau ada siapa2 nk share idea utk part sweet Aiman and Alia blh la komen ye.Sebelum kita masuk part konflik.HEEE..cm biasa kalau ada typo tu,buat2 xnmpak ye.hehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience