Bab 15

Romance Completed 14382

"Haikal kamu nk pergi mana ni?Tak boleh ke kamu duduk rumah je buat sementara?"pinta Datin Ruby,mummy kepada Haikal.Ketika itu mereka baru sahaja sampai ke rumah selepas mengikat jamin Haikal setelah seminggu dia berada dilokap.

Berbagai-bagai cara digunakan oleh Datin Ruby demi melepaskan anak tunggalnya dari tahanan polis termasuklah sogok duit kepada pihak berkuasa.Hal ini kerana Haikal telah menghadapi dua pertuduhan iaitu kes menggunakan kekerasan dan juga kes rogol yg boleh menyebabkan anaknya dipenjara selama bertahun-tahun.
Kasih sayang seorang ibu,sehinggakan tidak sanggup melihat anaknya berada dalam keadaan susah.

"Mummy jgn bising boleh tak?Suka hati la nk pergi mana pun,sebelum ni bukan mummy kisah pun.Sekarang nk kisah,nk ambil berat sangat dh kenapa!"bentak Haikal.Tersentak Datin Ruby akan tengkingan Haikal.Tak pernah seumur hidupnya ditengking oleh ank sendiri.Dalam diam,dia pendam rasa sakit hati itu

"Mummy bkn apa,mummy risau dengan kamu.Kamu tu baru je keluar dari penjara..mummy taknak kamu buat benda yg akan menghancurkan hidup kamu lagi.Mummy ada kamu saja Haikal dalam dunia ni.Kamu je tempat mummy boleh bergantung harap"hiba Datin Ruby meluahkan rasa.

"Arhhhh! jgn sibuk la org tua!Aku nk cari Alia.Aku nk jumpa aunty Su.Erhh!Perempuan tu memang nk mati dgn aku!"

"Buat apa lagi kamu cari dia?tak puas lagi ke apa yg kamu dh buat dekat dia hah?"tegas Datin Ruby berkata,tetapi nada masih diperlahankan.Haikal mendekati Datin Ruby yg tengah berdiri dibalik pintu rumah dengan wajah yg menyinga.

"Kau tak payah masuk campur hal aku boleh tak?!Sebabkan family dia aku hilang daddy tau!Sebab family dia hidup aku hancur!!"tangan dikepal menjadi penumbuk lalu pintu ditumpuk kuat sehingga mengalirkan cecair merah dicelah tangan.Hilang hormatnya kepada seseorang yg bergelar ibu.

Terketar-ketas Datin Ruby disisi Haikal.Hampir sahaja mukanya menjadi sasaran Haikal.Terhinjut-hinjut bahu Datin Ruby menahan tangis.Airmats yg ditahan sedari tadi lebat mengalir bagaikan hujan.

Selepas menghamburkan marahnya,Haikal bingkas keluar dari rumah dengan tangannys yg masih berdarah.Dendam kesumat haruslah dilangsaikan walaupun nyawa menjadi taruhan.

***********************

Selepas ketiadaan Alia.Dato' Sarimah terpaksa mengambil tempat Alia bagi menguruskan syarikat yg ditinggalkan oleh arwah abangnya.Dia terpaksa menguruskan syarikat arwah abangnya dan juga syarikatnya sekaligus.Penat.Dia terlalu penat,tetapi dia tidak mahu syarikat yg telah diusahakan oleh arwah abangnya selama bertahun-tahun melingkup akibat tiada yg menguruskannya

Hari minggu juga merupakan hari berkerja utk Dato'Sarimah.Hari ini dia mengambil keputusan utk balik kerumah awal,memandangkan kepalanya berasa berat sedari pagi tdi.Setibanya dirumah,tiba-tiba ada sebuah kereta meluncur masuk ke perkarangan rumahnya

Tak usah diteka.Melihatkan pads jenis kereta dan nombor plat kereta sudah menjelaskan siapa gerangan itu

"Assalamualaikum.Apa khabar?Kamu sihat?"tegur Dato' Sarimah berbasa basi kepada gerangan itu.

"Huh!Aku datang sini bukan nk beramah mesra dengan kau..Aku nk kau bagi separuh dari harta Alia dekat aku dan aku nk jumpa Alia SEKARANG!!!"tengking Haikal

"Aunty tak faham.Kenapa kamu nak sangat hah harta kitorang?Apa yg kami dh buat sampai Haikal layan kami mcm ni?"soal Dato' Sarimah tegas

"Jangan buat tak tahu la org tua,kau dengan abg kau sama ja.Aku nk balik harta bapak aku yg family kau dh rampas!"

"Jadi kamu berbaik dengan family kami.Kamu rapat dgn Alia,kamu pikat dia semua tu sebab harta ke Haikal?"soal Dato'Sarimah lagi.Kepala digeleng-gelengkan beberapa kali.Menyesal kerana meletakkan harapan yg tinggi terhadap Haikal utk melindungi ank menakannya itu.

Dia ingin menyatukan Haikal dan Alia utk menjernihkan balik hubungan yg pernah renggang suatu ketika dahulu.Tetapi tidak sangka dendam itu masih ada.

"No..Aunty takkan bagi satu sen pun dekat kamu.Kamu nk tahu kenapa?Sebab kamu tak layak!"bidasnya sarkastik.

"Tak guna kau perempuan!"bentak Haikal lalu tangan dilayangkan ke muka Dato' Sarimah,terpejam Dato' Sarimah menanti tangan yg akan hinggap dipipinya.Tanpa disedari ada tangan yg menghalang lalu tangan Haikal dikilas kebelakang.

Meronta-ronta Haikal minta dilepaskan.Tanganya serasa mahu sahaja patah bila dikilas seperti itu

"Bukan mcm ni caranya melayan org tua"sekilas berkata begitu,penumbuk sulung dihadiahkan kearah wajah itu.Terduduk Haikal sambil menyeringai kesakitan tangan dipegang seketika dan kemudian beralih kemuka yg terasa kebas disebabkan oleh tumbukan

"Penumbuk itu atas sebab kau tu tak ada adab datang rumah orang."sinis Bang Sani berkata.Terkejut Dato' Sarimah,mujur ada Sani.Kalau tidak,habis dia dikerjakan oleh Haikal.

"Sekarang kau blah!jgn tunjukkan muka kau dekat sini lagi.Kalau tak,tahu lah nasib kau aku kerjakan"bengis Bang Sani melontarkan kata.Haikal bingkas bangun lalu menuju ke keretanya.Seketika dia berhenti dan kembali mengadap mereka berdua

"Ok.Aku boleh blah dari sini.Tapi jgn lupa,aku akan datang dengan kesengsaraan korang semua.Jgn menyesal dgn apa yg aku akan buat lepas ni!Jgn menyesal juga kalau kau org tua, takkan jumpa anak saudara kesayangan kau tu lagi!"jari telunjuk ditundingkan kearah Dato' Sarimah,sebelum dia menerobos kedalam kereta.

Selepas kelibat itu hilang dari pandangan Bang Sani kembali menghadap Dato' Sarimah "Dato' mcm mana ni?"soal Bang Sani.Dato' Sarimah hanya menepuk bahu Bang Sani beberapa kali sebelum tersenyum nipis

"Takpe,kita tengok je sejauh mana dia nk buat.Jgn lupa inform dekat boss awak pasal hal ini.Saya masuk dulu"pinta Dato' Sarimah.Bang Sani mengangguk lalu menghantar Dato' Sarimah kedalam rumah dengan pandangannya.Telefon didalam kocek seluarnya dikeluarkan.Nombor seseorang didail.Seketika..panggilan berjawab

"Hello..bos.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience