Bab 12

Romance Completed 14382

'Tok tok tok' ketukan dari bilik Alia berada kedengaran.Alia bingkas bangun untuk membuka pintu

"Cik,ni saya ada bawa baju dan ubat utk sapu luka cik"suara seorang gadis kedengaran.Alia menyambut huluran tersebut diselangi dengan senyuman.

"Terima kasih .Awak tak payah panggil saya cik,you can call me Alia"senyuman dihulurkan

"Ok baik kak Alia,lepas brsiap umi suruh turun makan"selepas menyampaikan pesanan dia segera beredar dari situ.
Alia segera menutup pintu bilik dan menuju kebilik air yg terdapat disitu.
Selesai membersihkan diri dan luka,Alia duduk dibirai katil

Keluhan dilepaskan,Alia memerhati keliling bilik yg di diaminya.Kini dia berada dirumah Aiman,Aiman menawarkan Alia utk brmalam dirumah keluarganya buat sementara waktu.Mula-mula berat utknya menerima pelawaan itu.Tetapi apabila memikirkan yg dia tidak ada arah tuju,jadi dia terpaksa juga menerima

Selepas teringat akan pesanan adik Aiman tadi Alia bingkas keluar dari bilik mencari umi Aiman,rasa serba salah menjentik tangkai hati kerana terperap didalam bilik lama-lama.Anak tangga dituju untuk turun kebawah.

"Alia..meh duduk sini tepi umi"pelawa umi Aiman sambil menepuk sofa disebelahnya.Senyuman tidak lekang dari bibirnya sedari Alia sampai lagi

"Err.erm..aunty Alia minta maaf sebab susahkan family aunty,Alia janji esok Alia cari tempat lain"janji Alia sambil mengangkat tangan seumpama berikrar

"Apa pulak aunty,Alia panggil je umi.Takpe,Alia nk duduk sini lama mana pun umi tak kisah,duduk je.Nak duduk terus pun lagi umi ok,sekurang-kurangnya umi ada jugak kawan utk bersembang.Nak harapkan Atilia adk Aiman tu,bukan selalu sangat dpt balik rumah.Cuti sem baru la umi ada kawan.Aiman pulak nama ja duduk dengan umi tapi nak jumpa utk berborak lama-lama pun susah sebab umi faham dia busy dgn kerja dia" cerita umi.Alia hanya menjadi pendengar setia sambil-sambil mengangguk mengiakan apa yg disampaikan oleh umi.

"Tapi kalau tak keberatan,boleh umi tahu kenapa Alia lari dari rumah?"Soal umi perihatin.Tanpa berlengah Alia pun menceritakan apa yg terjadi kepadanya sehinggakan dia nekad utk melarikan diri.Umi hanya mendengar dan diselangi dengan anggukan.

"Banyak-banyakkan bersabar ye.Allah akan sentiasa menguji hamba yg dia syg.Dan percayalah Allah takkan uji hambanya diluar kemampuannya,umi percaya Alia dapat atasi semuanya.Nanti bila Alia rasa dh kuat sikit,pergilah balik minta ampun dekat aunty Su,cerita dekat dia apa sebenarnya yg berlaku.Mungkin dia ada sebab sendiri kenapa dia paksa Alia kawen dengan Haikal.Umi bukan menghalau cuma umi tak nak kamu jadi anak derhaka walaupun sekarang kamu tinggal dengan aunty kamu."nasihat umi panjang lebar sambil tanganku digenggam tanda memberi kekuatan.

Dia perlukan waktu,tidak mungkin dia akan pergi berjumpa aunty Su dalam waktu terdekat ni.Dia percaya pasti aunty Su akan mengamuk besar dengannya kerana punca Haikal masuk penjara walaupun dia tahu Haikal akan dibebaskan tidak lama lagi dengan ikat jamin(org kaya kn semua benda boleh settle dgn duit) dan juga melarikan diri dari rumah
"Dah la tak payah fikir lagi tentang itu.Jom kita makan"ajak umi Aiman lagi.Alia hanya mengikut arah yg dituju oleh umi

"Cantiknya dapur umi"puji Alia,rekaan dapur bentuk rustic look.Reka bentuk dapur melihat pedesaan diperbuat daripada kayu tulen yang memerlukan kerja yang tepat untuk menukar kayu ke dalam pemandangan lama desa itu. Reka bentuk jenis ini berada di bawah reka bentuk dapur mewah. Kabinet, kaunter atas, cerobong dan meja makan dibuat dari jati atau rosewood tulen.Sangat cantik!

Alia terpana sebenarnya dari mula-mula dia melangkahkan kaki ke rumah ini.Rumah ini boleh dikatakan 100% diperbuat menggunakan kayu dan kaca.Rumah kayu moden.Sangat cantik.

Umi hanya senyum nipis mendengar pujian dari aku."Biasa-biasa je Alia,alhamdulillah.Kalau Alia nak tau Aiman yg reka konsep rumah ni.Katanya nk bagi umi rasa balik hidup mcm zaman dulu-dulu"cerita umi sambil tergelak kecil mengingatkan anknya yg seorang itu.Selepas kematian suaminya 10tahun yg lalu,hanya kepada Aiman la tempatnya bergantung harap.Syukur dia mendapat anak seperti Aiman dan juga Atilia yg sentiasa menyenangkan hatinya.

"Ehh tunggu apa lagi makan la Alia,jgn malu-malu"aku hanya mengangguk lalu menikmati hidangan dihadapan aku kini.Sebelum menerima satu suapan,aku sempat menanyakannya kenapa umi tak mkn sekali kerana pinggan nasi hanya disediakan satu sahaja untuk aku.Tapi umi menjawab dia sudah mkn awal lagi.

********************

Sedang aku leka bermain air di dalam kolam yg terdapat dibelakang rumah umi,terdengar bunyi deheman dari seseorang.Sekilas aku pandang sambil senyuman dihulurkan

"Akak buat apa kt sini?Puas Tilia cari"tegur Atilia sambil mengambil tempat disebelah Alia

"Saja ambil angin dekat sini.Seronokkan duduk sini.Aman.Tenang.Haa..kenapa Tilia cari akak"sesungguhnya pada mula Alia sampai sini dia berfikir mungkin gadis ini tidak suka akannya,ye la mana taknya masa mula-mula jumpa dulukan Alia ni minah kerek sikit.Dah menumpang rumah orang ni,kena la buang perangai tak semengah tu.Tapi tak sangka gadis ditepinya ini sangat peramah dan sopan santun.Pandai umi mendidik anaknya.

Alangkah bahagia hidup aku kalau mama dengan papa aku juga masih hidup.Mesti hidup aku tak kacau bilau macam sekarang.Keluhan dilepaskan.

"Kenapa ni akak?Ada masalah ke?mind to share with me?"soal Atilia.Aku hanya memandangnya lalu menggelengkan kepala.Senyuman dihulurkan

"Emm..akak sebenarnya tadi saya cari akak sebab ingat nk ajak akak pergi market beli brg basah.Nak tak?"ajak Atilia

"Hmm..boleh jugak,dah lama kak Alia tak pergi market ni sebenarnya.Jom."ya dulu dia rajin pergi ke market dengan mamanya,tapi setelah mama dan papanya tiada,dia mula membawa diri keluar negara dan mula mengikuti budaya barat.

"Emm..Tilia,Aiman memang tak duduk dengan umi ke?"tanya Alia memecah kesunyian yg mengamit ketika mereka berada di dalam kereta.Ketika ini mereka dalam perjalanan pulang ke rumah setelah pulang dari pasar.

Mana taknya,setelah dia menjejakkan kaki kerumah itu dua hari lepas.Langsung bayangan lelaki itu tidak kelihatan.Entah mengapa rindu seperti menggamit tangkai hatinya..Arhh parah.
Takkan aku dh jatuh hati dekat Aiman

Tapi siapa saja yg tidak akan jatuh cinta kepada lelaki seperti itu.Memiliki wajah tampan,mempunyai badan yg boleh dikatakan sasa,baik,comel dan mempunyai akhlak yg baik.Ahakks comel kau kata dia Alia.Ahh biarlah bukan dia tahu pun kn?.Ya Alia tahu Aiman mempunyai akhlak yg baik kerana ketika dia memyelamatkan aku pada haritu aku perasan dia mengenakan jubah berwarna coklat.Kain serbannya pun masih dalam simpanan aku hokey.Alaa beda lepas rindu..Ahahahaa

"Aiii akak senyum sorang-sorang tu,teringat dekat abg Aiman ke tu?"ketawa Atilia. "Abg Aiman memang duduk dengan umi,tapi kak Alia ada dekat rumah.Jadi dia duduk dekat rumah dia satu lagi"jelas Atilia.Aku tergamam.Jadi akulah punca dia jauh dari family dia.Rasa bersalah mula timbul

"Tapi kenapa sampai kena duduk rumah lain?akak mintak maaf tau.Kalau akak tahu akak punca Aiman tak balik,akak tak duduk situ"bagitahu Alia serba salah

"Ehh tak-tak.Abg bukan tak nak balik sebab akak ada,tapi sebab nk jaga iktilat.Tak elokkan kalau dia tinggal sekali,sebab itu dia tinggal dekat rumah lain.Tapi akak jangan la risau,abg akan datang la jenguk umi.Mana boleh dia tak datang jenguk buah hati pengerang jantung dia tu"cerita Atilia sambil berseloroh tentang abgnya.Aku hanya tersenyum nipis.Rasa bersalah masih terasa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience