Bab 2

Romance Completed 14384

*2 hari berlalu
"Pak ustaz ni nak bagi aku guna kereta dia sampai bila?Kereta aku apa cerita ni dah siap ke belum,dah la nombor dia aku tak ambil haritu ruginyaa"
Rugi sebab tak boleh dengar suara merdu pak ustaz dan dalam masa yang sama risaukan kereta,buatnya dia acah-acah alim,pastu kidnap aku punya kereta.Bagi pulak aku pinjam kereta curi,ish ya Allah minta simpang.

Ingat lagi masa baru-baru bawa balik kereta ni,habis kena bising teruk dengan aunty Su sebab senang-senang je percaya orang.Sekarang aku menyesal uwaaaa....

"Kringg....kringgg" telefon bimbit berbunyi.
"Mangkuk ayun mana call time aku takde mood ni,tak sayang nyawa ke"
Dengan malas aku mengambil telefon,punat hijau diseret dan ditekapkan ke telinga.
"Hello..nak apa?" kasar suara aku,sebab aku tengah takde mood.
"Assalamualaikum cik,sorry kalau menggangu" suara lembut dihujung talian kedengaran.Itu menunjukkan seorang wanita yang tengah bercakap dengan aku ni

"Haah..nak apa?" balasku tanpa membalas salam

"Errk..erkk..ke..kereta cik dh siap,abang saya minta cik ambil kereta cik dekat bengkel,kejap lagi saya send location"

"Abang? abang mana pulak ni?"

"Maaf cik,saya adik kepada lelaki yang dah tolong masa kereta cik rosak haritu"balas suara dihujung talian dengan nada geram tak puas hati kerana panggilannya dibalas dengan kasar

"Owh..maaf,ok kejap lagi saya pergi sana."
"Kereta abang awak ni mcm mana?Siapa yang datang ambil"tanya ku lagi tapi dengan tone suara diturunkan,tidak seperti mula-mula tadi,mana tahukan ada rezeki jumpa jodoh lagi..ahakks

"Saya dengan abang saya tunggu cik dekat bengkel,kejap lagi saya send location.Kita jumpa dekat sana ya,assalamualaikum" tit..telefon diletak tanpa sempat Alia membalas salam

'Huhh...tak guna betul bakal adik ipar' bisik Alia didalam hati

*********

"Nah ni kunci kereta encik ustaz,thank you sebab sudi tolong saya plus sudi bagi pinjam kereta lagi"senyuman manis dihulurkan tanda terima kasih

"Yaa,sama-sama" balasnya sambil pandangan dilemparkan kehadapan.Mata Alia dihalakan kearah yang dipandang oleh encik ustaz itu,tapi hanya terlihat kenderaan berpusu-pusu memenuhi jalan raya,menunjukkan masa bekerja sudah berakhir.
Mamat ni ada penyakit ke ehh?Cakap dengan aku,tapi mata tengok tempat lain.Ya la macam mana aku tak cakap macam tu,haritu tolong aku pun sama..Mulut dan gaya semangat tolong aku,tapi mata kearah lain,haih panas pulak hati.Ada ka spesis ni dekat dunia?Cakap tanpa tengok muka..
Ehh ke dia malu tengok aku sebab aku seksi sangat,pakaian ku ditilit sekali imbas.Kebaya berwarna hitam ku kenakan dan rambut disanggul kemas.Hmm takde la seksi kalau nak dibandingkan masa mula-mula kami jumpa haritu.
Arhh lantak dia la

"Encik ustaz,jom la kita minum-minum dulu,kalau balik sekarang pun,jalan jem sangat ni..Saya belanja,anggap je sebagai tanda terima kasih saya sebab sudi tolong saya" Alia cuba lagi untuk menarik perhatian encik ustaz

"Takpe la,lagipun saya kena balik awal ni.Saya ada kerja malam ni,lagipun sekarang dah pukul 6 lebih,takut lambat pulak sampai rumah untuk maghrib kejap lagi, saya minta diri dulu,bawak kereta elok-elok,assalamualaikum"Encik ustaz meminta diri
"Adik jom kita balik"

"Cik saya minta diri dulu"pamit adiknya sambil senyuman dihulurkan
Manis sekali rupa adiknya,dengan pemakaian yang patuh syariah,bukan seperti dirinya,terdedah sana sini.Agak-agak bila la aku boleh berubah macam adik ni,bisik Alia dalam hati

Walaupun Iris Natalia seorang yang suka bersosial tapi jauh disudut hatinya masih terselit rasa ingin berubah,tapi biasa la hati manusia.Suka bolak balik,kena hasut sikit melayang-layang la rasa ingin bertaubat tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience