Bab 17

Romance Completed 14428

"Abanggg...."laung Atilia dari jauh sambil tangan dilambai-lambaikan selepas kelibat abangnya kelihatan tiba dari balai ketibaan.

"Adik ni,buat mcm tak jumpa abang setahun..malu abang tahu"sambil tangan dihulurkan utk bersalam.Atilia menyambut huluran itu lalu tunduk utk mencium..

"Heheee..ala bukan sengaja,excited sangat nk jumpa abang"sambil senyum angsa..ehhh..

"Sebelum tu,kita singgah kejap maahad Al-Amin.Abang ada kerja sikit"

"Aiyay captain"sambil sebelah tangan diangkat dan diletakkan di dahi,tanda tabik akan arahan dari ketuanya.

Aiman hanya menggelengkan kepalanya .Haih mcm-mcm la adik aku ni,sambil sebelah tangan naik utk mengusap lembut kepala adiknya yg ditutupi tudung..Apalah nasib dpt adik otak tak berapa center.

Beberapa langkah ingin sampai ke kereta,langkah Aiman terhenti.

"Iris"perlahan nama itu meluncur dari mulutnya.Atilia yg perasan akan pandangan abangnya turut melihat kearah yg sama

"Akak...akak buat apa tunggu dekat luar?kenapa tak tunggu dalam kereta?Bahaya la"cuak Atilia melihat Alia memeluk tubuh di balik pintu kereta sambil melihat kebawah

Alia yg perasan akan suara Atilia terus mengangkat muka"Alaa..akak bosan la duduk dalam kereta.Tilia la lambat sangat"balas Alia tak mahu kalah.Tanpa sedar Aiman hanya memerhati tingkah laku mereka.

Dia masih terkejut dengan pemandangan di depan matanya kini.Orang yg dirindui berada betul-betul depan matanya.Astaghfirullahhalazim..segera di beristighfar didalam hati kerana terlalu leka dengan benda yg belum halal utknya

"Aikk kita pulak salah.Akak yg tak nak ikut.huh"Atilia memeluk tubuh,wajah dipaling kearah lain.Tanda merajuk..

"Alololooo...busyuk-busyuk akak ni..jgn la merajuk akak gurau je la tadi"sambil sebelah tangan dinaikkan kemuka Atilia dan dicubit manja

"Ehhh..mana abang Aa..."terkelu terkejut terpempam selepas dia baru perasan akan kehadiran satu susuk disebelah Atilia sedari tadi yg hanya melihat mereka bergaduh manja

"Aiman sorry tak perasan awak"haaa..tadi bukan main kuat je suara,sekarang mengalahkan perempuan melayu terakhir.Cis fake betul.Malu dengan perbuatan sendiri

Aiman hanya tersenyum nipis.Lalu melarikan pandangan kearah lain.Segan.

"Dah la,jom"ajak Aiman kembali

Ketika Aiman ingin memasukkan begnya kedalam bonet dia terperasan akan sesuatu yg aneh.

"Iris..tangan dengan kaki awak kenapa tu?"soal Aiman risau.

Alia kerutkan kening

"Iriss??siapa Iris?"soal Alia polos sambil melihat kiri dan kanannya.Walaupun hakikatnya Aiman seperti bertanya padanya.Takut tersalah andaian sendiri.Jadi tak salah bertanya

Giliran Aiman pulak mengerutkan dahi sambil kening diangkat sebelah.Sebelum dia sempat menjawab,Atilia lebih pantas memintas

"Haih..akak ni,menghidap amnesia ke?nama sendiri pun dh lupa?"Atilia hanya menggelengkan kepalanya dengan sikap 'bakal' kakak iparnya itu.

"Ooooo"hanya itu yg mampu terkeluar,kerana terkejut akan panggilan itu.Kenapa Iris?Kenapa bukan Alia?Menjadi tanda tanya kepada seorang Iris Natalia.

"Kaki ngan tangan akak tu terseliuh sikit.Baru-baru ni jatuh"jawab Atilia tanpa selindung

"Jatuh?jatuh apa sampai mcm tu?"

"Jantan tu punya pasal la abang.Tolak akak.Nasib takde kereta yg lalu lalang.Kalau tak,tak berbini abang"tambah Atilia.Geram bila ingat balik peristiwa yg terjadi.Alia yg berdiam dari tadi hanya mampu menundukkan pandangan

"Atilia..tak baik tau cakap mcm tu"tegur Aiman lembut.

"Heee...gurau je la..risau sangat dengan buah hati dia ni.Dah jom.Kang lambat pulak sampai"

****************************

"Kita nk pergi mana ni?"Alia kembali memecahkan suasana apabila perasan kereta itu memasuki perkarangan seperti rumah.Kemudian baru dia perasan akan papan tanda yg menulis maahad Al-Amin (Perempuan).

"Kita singgah kejap sini,saya ada kerja sikit"balas Aiman. "Jom turun"

"Erkk..takpelah,saya tunggu dalam kereta je,lagipun saya pakai mcm ni.Mcm tak sesuai pulak"

"Takpe..jom.Takkan awak nk duduk dalam kerera je,panas nanti."lembut Aiman memujuk.Akhirnya aku mengalah

"Adik bangun,kerja membuta ja siang-siang"Aiman beralih pulak kesisi utk mengejutkan adiknya yg dibuai mimpi selepas beberapa minit kereta meluncur

Atilia yg baru tersedar bingkas mengesat matanya."Hmm..jom turun"

Alia hanya menjadi pemerhati sedari tadi.Melihat sekeliling kawasan itu.Maahad ini terdapat dua bahagian yg memisahkannya.Diseberang jalan sana merupakan maahad utk lelaki.Manakala tempat yg dia berdiri sekarang adalah utk perempuan.

Aiman entah hilang mana,selepas keluar dari kereta.Atilia juga katanya mahu melihat hafizah menghafal ayat al-quran.Tinggal dia keseorangan.Beberapa kali Atilia mengajaknya utk turut menyertai tapi ditolak

Kerusi batu yg trdpt disitu dituju.Sayup-sayup kedengaran suara orang mengaji.Entah mengapa kantung matanya pecah perlahan-lahan membasahi pipi.Serasa dirinya kerdil sangat berada disini.Dia tak layak.Dia banyak dosa.Nafas ditarik dan dilepaskan.Mencari secebis kekuatan.

"Ehem..kenapa tak masuk?"soal satu suara.Alia bingkas menyeka airmatanya seraya melihat gerangan yg menegurnya.

"Erkk..emm takpe,saya nk duduk sini je.Awak dh habis ke buat kerja awak?"saja ingin meramah mesra,menutupi kesedihan hati.Kekok juga,sbb sebelum ni dia seperti tergedik-gedik.Sekarang perangai gedik tu terbang melayang.Yg ada malu.malu.malu.

Aiman hanya tersenyum kemudian membalas"Settle dh kerja saya.Saya faham kenapa awak taknak masuk.Iris..saya harap sangat awak tak letakkan diri awak serendah-rendahnya.Saya taknak awak perkecilkan diri awak.Semua manusia ada melalukan kesalahan Iris,semua..Saya juga tak terkecuali.Sebagai hamba,kita kena berusaha menuju kejalanNya,selagi kita berpegang teguh akan kalamNya.In sha Allah,Allah akan bantu kita.Saya taknak awak serba salah dengan diri awak.Kalau awak nk tahu,kebanyakkan hafiz dan hafizah disini datang dari kalangan org yg bermasalah.Dan alhamdulillah,banyak perubahan yg saya nampak dalam diri mereka bila mereka mendekatkan diri mereka pada Maha Pencipta.So pointnya disini,awak tak perlu perkecilkan diri awak disebabkan oleh kisah silam awak.Sebab nobody perfect.Dan in sha Allah,awak juga akan menjadi salah seorang seperti mereka suatu hari nanti.Doa saya"seraya habis berkata-kata Aiman kembali menghulurkan senyuman ikhlas kepada Alia.Pandangannya masih dihalakan ke depan,tidak tega dia mahu melihat raut wajah Alia.Takut tidak tertanggung bebanan rasa dihati

Alia terkedu mendengar ayat terakhir dari Aiman.Aiman doakan aku?Biar betul.Allah.Terharu rasanya

"Terima kasih Aiman kerana sudi mendoakan saya"ikhlas Alia.Sebak didada cuba ditahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience