Bab 14

Romance Completed 14384

Jam menginjak ke pukul 1 tengah malam,tapi Alia masih tidak dapat melelapkan mata.Kolam renang yg terdapat dibelakang rumah menjadi destinasinya untuk menenangkan hati yg gundah gulana. Kaki yg direndamkan ke dalam air mula digerakkan perlahan,utk bermain dengan air

Suasana sunyi sepi dan kelam yg hanya diterangi dengan lampu neon ,tidak menjadi halangan untuk Alia berseorangan.Takut?Tidak terlintas dibenaknya utk takut tika ini.Yg ada tika ini hanyalah perasaan serba salah,berbelah bahagi dan suka..Ya dia suka dan seronok apabila dia dilamar oleh umi Aiman utk anaknya,tapi mampukah dia menjadi suri hati kepada seorang lelaki yg sempurna rupa paras,akhlak dan agamanya.Terimbau kembali perbualannya dengan umi,setelah mereka habis makan malam

"Alia,umi nak ckp something ni.Umi harap Alia dengarlah dulu apa yg umi nak sampaikan"Alia yg tengah mengelap pinggan menghentikan kerjanya dan menghadap umi yg duduk di counter dapur

"Apa umi?"soal Alia,senyuman dihulurkan utk menutupi debaran didada.Harap-harap umi tak ckp yg aku kena keluar dari rumah ni,sbb aku taknak keluar dari rumah ini.Aku dh selesa dekat sini.Rintih Alia dlm hati

"Emm..sebenarnya umi nak pinangkan kamu utk anak umi,umi nk kamu jadi sebahagian dari keluarga ini.Umi sayang Alia mcm ank umi sendiri,sbb itu umi nk Alia jadi menantu umi."Alia tersentak mendengar bicara umi

"Pinang?Ank?si siapa umi?"tergagap Alia.

Hampir terletus ketawa umi melihat tingkah Alia yg serba tidak kena itu

"Siapa lagi anak umi,Aiman la.Macam mana kamu ok?"

"Aiman?Tapi kenapa saya?"makin terkejut Alia apabila nama Aiman disebut oleh umi.Oh my,kenapa harus dia?Ya dia suka dengan lamaran itu,tapi bila memikirkan tentang kekurangan dirinya,dia tidak merasa dirinya cukup sesuai utk menjadi sebahagian dari keluarga ini

"Sebab Alia la calon yg sesuai,dan umi yakin,Alia boleh membahagiakan Aiman."pantas Alia menggeleng dengan apa yg disampaikan umi.Terasa kelat lidah utk menuturkan kata ketika ini

"Alia tak sudi ke jadi menantu umi?"soal umi kembali selepas melihat gelengan daripada Alia

"Tak,tak.Bukan tu maksud Alia..just Alia tak faham,kenapa Alia?Alia yakin bayak lagi wanita dekat luar sana yg lagi layak utk ank umi.Alia rasa Alia tak mampu umi,Alia byk kekurangan sedangkan ank umi.Alia tak nampak kekurangan dalam diri dia"jelas Alia.Dia tak mahu uminya salah faham akan gelengannya tadi

Umi menghampiri Alia yg berdiri di rak pinggan.Tangan Alia digenggam sebelum meneruskan bicara
"Kalau kekurangan yg menjadi penghalang.Ketahuilah Alia,semua manusia serba kekurangan,even ank umi juga tidak terkecuali,terlalu banyak kekurangannya.Jadikanlah kekhilafan kita sebelum ini utk perbaiki diri kita menjadi lebih baik.Umi percaya Aiman dan Alia dapat melengkapi kekurangan yg ada.Percayakan umi ok?"nasihat umi panjang lebar.

"Umi,bagi Alia masa boleh?"muka simpati ditunjukkan.Dia perlukan masa utk fikirkan pro and cons dengan pinangan ini.Dia takut jika dia membuat kesilapan.Takut akan penolakkan aunty Su nya..Arhh serabut.

Wajah umi dihadapanya ditatap penuh kasih sayang.Wajah inilah yg sentiasa memberi ketenangan utknya,insan inilah yg banyak beri nasihat,tunjuk ajar dan sentiasa memberi semangat kepadanya dikala diri dirundum pilu.Tegakah dia jika melukai hati insan ini dengan menolaknya?Lantas insan dihadapannya itu dipeluk meminta secebis kekuatan.

"Terima kasih umi,kerana faham Alia.Terima kasih sebab jaga Alia,tanpa sedikit pun merungut.Terima kasih juga kerana terima Alia seadanya dan sentiasa menjadi insan yg menyokong Alia dari belakang.Sampaikan Alia rasa bersalah dengan umi jika Alia terus menolak pinangan umi,tapi buat masa sekarang Alia perlukan masa utk fikir umi"Alia mula menangis didalam dakapan umi.Umi mengusap lembut belakang Alia bagi menenangkan Alia.

**********
Suara deheman dari seseorang mencantas lamunan Alia.Lantas Alia menoleh utk melihat gerangan itu.

Terkejut punya pasal dengan gerangan yg muncul,tidak semena-mena punggungnya beralih arah dan....

'Bushhh....'
Bunyi percikan air.Alia selamat mendarat didalam kolam renang.

Apa malang sangat nasibnya,itulah duduk lagi tepi kolam kan dh merasa mandi di awal pagi.

"Awak ok tak ni?"gerangan itu bertanya selepas memastikan keadaan Alia ok didalam kolam itu. Ketawa yg cuba ditahan akhirnya berderai juga

Jelingan maut dihadiahkan kepada Aiman.Mau berasap telingan Alia dengar soalan itu,boleh dia tanya aku ok ka tak.Eiii dia ni dh la bagi aku jatuh,lepastu boleh pulak ketawakan aku.Bukannya nk tolong huh!
Ketika dia nampak aku cuba utk keluar dari kolam itu lantas dia menghalang

"Kejap jgn keluar"

"Kenapa?"soal Alia kasar.Muncungnya sudah sedepa.Tanda protes dengan Aiman,tadi ketawakan dia.Sekarang dia nk keluar dari kolam ni dia tak bagi pulak..Haih melampau betul,dia tak tahu ke aku ni sejuk namatey dh

"Kejap tunggu situ"arah Aiman lantas kembali masuk kedalam rumah.Beberapa ketika dia kembali dengan sehelai tuala.

"Nah ambil ni,balut badan awak.Sebagai wanita muslimah,peliharalah diri dan maruah awak sebaiknya hanya utk tatapan suami awak nanti"nasihat Aiman.Alia terkedu dengan nasihat itu.Sejujurnya dia tidak marah akan nasihat itu malahan dia malu dengan diri sendiri,kalau tak disebabkan halangan dari Aiman confirm dia keluar dari kolam itu dlm keadaan yg mengaibkan.Mana taknya,baju tidur putih yg dipakainya melekat-lekat pada badan dan memaparkan benda yg tak sepatutnya dipaparkan

"Thanks"sebaris ayat dihulurkan kepada Aiman sambil menyambut huluran Aiman dan bingkas keluar dari kolam itu.Aiman hanya menghulurkan sebaris senyuman kepada Alia.

"Saya minta maaf sebab ketawakan awak tadi.Pasal lamaran umi tu,saya harap awak pertimbangkan.Saya betul-betul berharap awak blh menjadi zaujah saya.Sebab saya ikhlas nk memperisterikan awak"ucap Aiman ketika Alia ingin berlalu masuk kedalam rumah.Selepas mendengar ucapan itu Alia bingkas masuk kerumah tanpa menoleh kebelakang lagi.

Sampai dibilik,pintu bilik lantas ditutup dan dadanya dipegang.Sakitnya dada ini apabila jantung tidak habis-habis mengepam darah.Kenapa setiap kali aku berhadapan dengan dia,atau mendengar namanya hati ini berdebar bagai berlari beribu kilometer.Arhh galau rasanya.

ps:kalau ada typo dan kekurangan dimana2 minta maaf ya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience